Monday, November 11, 2013

Siapa jodoh anda?

Kadang-kadang aku diconsult menjadi Dr Love (as termed by you-know-who-you-are), sebab diorang tak tau nak buat camna bila calon impian dah beralih arah bertemu orang baru kat tempat keje, bila boifren macam hampagas hampeh kunyit, bila tak tau nak pilih yang mana satu, yada yada... 
Aku ni bukan la dewa ala-ala terer sangat jadi pakar motivasi. Tapi dengan 'panglaman' chenta lama aku yang berderet-deret dulu tu, sedikit sebanyak boleh la aku nasihatkan apa yang patut. Bukan apa, tak larat tengok adik-adik ni jadi loser.

Eh, sebelum korang sambung baca, aku nak emphasize sikit....

Entry ni adalah specifically untuk adik-adik yang belum dapat jodoh. I mean, target readers adalah yang belum kawen. 
Yang dah kawen tu, tak payah le baca. Kan korang dah jumpa jodoh korang..  kecuali jodoh yang lagi 3 tu, untuk lelaki. Hahaha. Okay, tak lawak.


Okay... adik-adik sekalian...
Standard la kan... sejak masa remaja dulu kita dok wonder dan tergedik-gedik excited nak tau sapa la jodoh kita kan? Budak sekelas yang cute tu ke? Awek yang korang dok feewit-feewit kat bus stop tu ke? Ke mamat yang alim lagi malu-malu tenuk tu ke?

Memang la jodoh tu rahsia Allah. Aku pun jenuh jugak wonder dulu... Is he the one? Eh..bukan ekkk?
Paling tak boleh blah, kat FB sekarang... sikit-sikit nak jadi rusuk kiri, sikit-sikit imam. Rusuk kiri la sangat. Imam la sangat.

Calon?
Masa wartawan interview Ning Baizura dulu pun, dia jawab nak cari lelaki yang beriman, soleh. Eh apsal pulak tetiba Ning Baizura nih?


Sama le kita pun kan, selagi boleh... nak cari yang tangan menggenggam macam tengah nyanyi nasyid. Lupa pulak nak cermin diri sendiri, dah hafal surah-surah lazim ke... atau jenis cakap macam speaker, siap dengan carutan di hujung bibir.

Aku selalu pesan kat you-know-who-you-are... kalau cari calon, tengok la agama dia. Takkan nak main eenie-meenie-miney-mo, sebat je mana yang lalu depan mata. Esok-esok kang gaduh pulak sebab tersilap pilih.

Elehhh... Aku pun dulu pernah jadi loser jugak (what-the-fotosintesis-lah). Rasa macam forever alone. Tapi maybe tak sampai le tahap "teruk sangat ke aku ni sampai takde orang berkenan?" Hahaha.
Masa tu memang aku selebet dan selekeh. Ni tak payah sesapa pun verify, sebab aku memang sedar diri. Tapi lama-lama aku rasa aku ni tak le huduh sangat pun. Ada je orang yang muka biasa-biasa je, tapi kawen jugak... siap anak 5,6 orang. 
Ni yang aku cakapkan ni adalah dari segi fizikal dan personaliti. Jangan le sentap pulak kang ingat aku kata kalau tak lawa tu tak menarik.

Yang penting, kita berusaha untuk mendapatkan jodoh tu. Memang sengal la orang yang selalu buat statement “Nak buat camna, ini semua ketetapan." (eh, macam familiar pulak ayat tu. Kweng3x)
Lepas tu cerita pasal pasrah, redho, loh mahfuz bagai. Aduiyaiiii... ni yang aku nak marah ni. Masa belajar Pendidikan Islam dulu... bab qadar mu'allaq dengan qadar mubram... kau tido ke, ponteng kelas? Ke kau sibuk dok usyar awek dalam kelas kau?


Hmmm.. Ada orang memang bertuah. Bercinta dengan orang pertama, yang tu le jadi pasangan dia. Good on you. Tapi jangan le pandang slack kat orang yang terpaksa bertukar-tukar pasangan sebab mencari yang betul-betul serasi.
Aku kategori kurang bertuah. Sebab kena go through berbagai jenis orang, tapi itu yang mendewasakan aku. So, kira bertuah le jugak kan?

Disebabkan tu jugak la, once ago bila aku terima satu undangan majlis kawen daripada sorang kawan lama, dia kata bakal perantin dia tu adalah bukan orang yang aku expect... aku tak terkejut pun.


Cuma masa aku cakap aku nak kawen, pernah la PakBear tanya... "Ni kau (kawen) ni dengan yang mana satu?" Hahaha. Takpe..takpe... aku tak offended pun. Instead, aku anggap itu adalah tanda aku ni fofular dan laku. Bahahaha.

Bila dah broke up, memang la sedih. Tapi life must go on. I got over it and moved on. Baca balik tips untuk hadapi break up yang aku pernah blogkan dulu. Baru korang jadi optimis sikit. Tapi kalau kau asyik nak mengongoi kata tak boleh lupakan si ex tu, aku cuma nak cakap satu je... Padan muka! Hahaha.

Lagi satu, aku bet korang mesti dok pikir jugak, umur berapa la korang kawen. Kan?
Hahaha. Yang ni memang tak buleh blah. Sebab aku sendiri pun terlepas target.
Ingat paling lambat pun umur 25 dah kawen. Diulang, PALING LAMBAT. Sekali, tengok-tengok dah 25 pun tak kawen-kawen jugak. Harharhar.  
Tapi takpe...korang jangan gelak lebih-lebih sangat kat aku. Sebab aku ada alasan kukuh... Aku kan belajar dari diploma, then Bachelor degree, then buat Masters. Memang la tak sempat kan?

Cenggini la...
Ada sesetengah orang memang jenis ada experience merasa jantung nak pecah, rasa cair menengok calon pojaan...setiap masa nak berkepit je.
Tapi ada je orang yang straight forward jodohnya. Jumpa, rasa sesuai... okay, pinang! Lepas kawen nanti baru ber-sms I miss you bagai.

Tapi kalau korang masih wonder jugak sapa jodoh korang... caranya....

Kan??? Kan???
Hahahaha.


Moral:
Sudah, toksah dok cengeng sangat jadi loser. Korang equip-kan je diri korang dengan ilmu agama, sopan-santun, personaliti menarik (e.g peramah)... nanti datang le jodoh yang sesuai. Tapi jangan lupa berdoa ye.



Sekian.
Sila hubungi Dr Love (tak bertauliah) kalo nak dapatkan consultation.

8 comments:

  1. Pasni aku nak gengam tangan erat ala nasyid...motif? Aku xberani nak guna statement ini ketentuan sebab dah terang2 belajar dulu, kena usaha. After dah usaha tapi kalau still in doubt...or jodoh xsampai lagi, kena redha. Muhasabah diri, meesti ada sebab dilambatkan jodoh...maybe ada kekurangan diri yang perlu diperbaiki. Hihi. Motivasi diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat Bie...nanti buleh dtg hanimun kat sini.
      eh..amacam ayat aku...berjaya x memotivasikan kau?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Ala x hanimun pun bole datang sana. Tapi berdua lebih baik, eh? Haha ko xde ke calon calin yang nak kenen2 ngan aku ni. Almaklum...dah alang2 jadi doktor cinta ni.

      Delete
    4. adaaaaa.....
      kau nak mata hitam ke, mata biru ke, mata kero?

      Delete
  2. Jodoh pertemuan Allah yg tentukan. Penat bercinta bagai nak rak - putus - frust tertonggeng - bercinta lgi - putus lagi --> tu pengalaman yg mendewasakan. Yg penting jaga diri dan perbaiki diri. (punya penat bercinta end up aku kawen kawan skolah rendah yg dok sekampung yg used to be my musuh sbb berebut meja komputer! Oh my!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alololo..suwitnyaaa... kenangan masa jaman kanak2 kan? mesti lawak bila pikir balik

      Delete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat