Friday, November 29, 2013

Perut elastik


Kat rumah aku, ada dua orang yang berperut elastik. Boleh 'memeri'. Isi sikit pun penuh, isi banyak pun boleh muat lagi.

Calon pertama adalah..... *drumrolls*

Lil Adib Bear-bear....

Dalam masa tak sampai sejam... dia boleh  makan macam-macam.
Roti, nasi, cereal, then buka peti ais cari kudapan lagi...


Ni time dia kapok sebantal roti dengan sebotol honey nak minta kitorang tolong squeeze atas roti tu. Dia sanggup gendong dua benda tu dari kitchen ke bilik, semata-mata sebab nak makan. Kadang-kadang, dia tarik tangan kitorang sambil sebut "Jommmm!!!"
Tu tandanya ada la benda yang dia nak tunjuk kat kitchen.

Selang beberapa minit, dia boleh makan nasi pulak.
Atau dalam bahasa dia yang masih tak banyak vocab ni... "Mam!!!"


Sekarang ni dah jadi rutin, on days that dia ikut aku ke ofis (untuk swap dengan MrHubby), sebaik je sampai kat parking bays, dia akan turun dari car seat dan duduk kat co-driver punya seat. Dan aku akan suap dia makan.
Ye, pagi-pagi makan nasik ye, Tuan Puan sekalian. Memang perut Melayu betul la budak nih.


Tak cukup dengan tu, nanti dia minta Koko krunch or Corn Flakes pulak. Kat rumah aku ada cereal dispenser (yang macam kat hotel tu). So sekarang dia dah pandai buka drawer, amik bowl and spoon, pulas dispenser tu amik cereal sebanyak mungkin. Cuma susu je kitorang tuangkan.

Susu, or as he calls it... "Ilk".
Mana hilang huruf M kat depan Milk tu tak tau la... Haishhh...


Ni gambar dia suap sendiri. Kalau ikutkan dia...semua nak bersuap. Manja melajak ni budak nih.
Aku rasa Lil Adam dulu pun tak manja macam ni.

Nak buat macam mana kan? Dah membesar kat tangan ayah dia sendiri.
Lepas tu, kalau dia teringin biskut ke, aiskrim ke... dia mintak la lagi. Kekadang tu, minta tolong bukakan fridge, then dia melengung dok pilih nak mintak benda apa. Hahahaha.


Eh...tu baru sorang.
Sapa lagi sorang yang perut elastik tu ye?  Bukan... bukan MrHubby. Adam pun bukan.

Dah tu, sapa?
Hehehehe. Lalalalaaa.....

Thursday, November 28, 2013

Mengokel pipi @Goolwa

Masuk je bulan-bulan yang ada huruf R (September till April), warga South Australia pun mula la aktiviti tepi laut. Kalau aritu kitorang pegi crab raking, kali ni pegi cockling pulak kat Goolwa.
Oh well, by right cockles tu kerang la kan? Tapi yang ni actually bukan kerang... tapi macam lala, or as they call it Pipi. 


Sebelum bertolak, kita selfie dulu. Hahaha. Motif???


Views along the way...



Setelah b*nt*t nak hampir kematu, akhirnya sampai la kat port yang dimaksudkan. Actually last year aku dah pegi sekali.


Dasar blogger! Selfie lagiiiii...


Sampai-sampai je, bentang picnic mats, pasang tent kecik.... then isi perut dulu la...

Mat Saleh  picnic boleh la makan sandwich sekeping je. Kalau Melayu, amekkaw... dengan tong Esky, nasi lemak, lauk 2,3jenis... bihun goreng, tong air... Orang kata kalau tetiba darurat tak boleh balik, memang tak mati la. Sebab banyak sangat makanan untuk survival. Hehehe



 Trail of surfboards. Aisehhh...nampak kecik je pulak.


 Anak-anak...bila dah dapat pasir pantai.... apa lagi? Jenuh mengorek la.

 Ewah..ewah... Lil Adib kalau dengan awek, dan dan ngam.



Adam Yatie dah menggigil kesejukan...

Mak-mak lain kebanyakannya tak ready nak berbasahan. So aku je la yang lupa diri join geng bapak-bapak mengorek pasir cari cockles.
The key is, kena pegi ke tengah sikit (towards open water), dan biasanya kalau jumpa sekor, ada la geng dia dekat-dekat kawasan berhampiran. Cuma kena ada skill meraba dan menggagau je.
Eh. :P

Tapi macam ketam aritu jugak la... kena ukur dulu, make sure tak kurang daripada minimum legal length, which is 3.5cm when measured across the widest part of the shell. Personal daily bag limit adalah sorang 300 ekor je. Tapi nak cecah 300 tu entah berapa jam tak tau la.


Lepas beberapa jam, dapat banyak la jugak... tak tau nak estimate berapa ekor.


Close-up sikit.
Nampak tak isi dia keluar...fresh lagi kan?
Kalau nak simpan fresh lama sikit, bawa balik sikit la air laut tu.

Habis mengokel, aku salin baju dulu... Anak-anak? Masih lupa diri.


Whoaaa... Adrian salin seluar dalam kain batik jer. Cool la. Hahaha

Nasi lemak bungkus Malaysian style tiba agak lambat sebab Chef Esa/Shifa dah settled in kat bahagian lain (diorang sampai sebelum kitorang sampai). Tapi Alhamdulillah dapat gak merasa. Hehehe



So selama 2,3 hari puas la aku makan fresh Pipi cockles ni. Nyum nyum.
Nanti kalau rajin, boleh la pergi lagi. Hmmm...


Auwww... (mata keluar love-love)

Wednesday, November 27, 2013

Spring has sprung...and ending

Sepanjang 3 bulan lepas, tiap kali aku lalu je kat area yang ada blooming jacaranda, mesti aku sebut "Ahhh..bestnyaaa..."
Kalau tak ucap dari mulut, at least dalam hati. Standard la kan, pompuan... mesti hati cair kalo tengok bunga. Nak-nak pulak kalau pokok besar gedabak keluar bunga purple.

 

Walaupun aku masih rasa can't-beat-Brisbane, tapi at least terubat la rindu aku kat Brisbane. Haishhh.. Bila la tabung ayam nak cukup ni, nak balik ke 'kampung halaman'.


Dan..bestnya jugak... bila roses depan rumah aku berbunga dengan meriahnya. Weeehooo!!!


Ada dua kaler roses depan rumah aku ni. So, masa spring ni MrHubby tak payah la beli bunga untuk aku.


Tengok la bunga ros tu besar mana!!!
Err..gambar bunga ros oren tu masa aku kat rumah Mai, so kena sopan santun sikit, tak buleh engkak-engkak sangat. Kehkehkeh.


Weeds pun berbunga! Terus feeling Hindustan, golek-golek atas rumput.




Aku selalu cakap... kalau MIL datang sini, mesti dia sukaaaa sangat.
Eh..apakah itu tandanya aku dah sama taste dengan beliau? Hehehe. Takpe..takpe... umur masih berbeza.



Cantik kan?
Cakap la cantik.... cakap la....



Bottlebrush!!!
To those yang tak pernah tengok, or wonder why is it named so... ni gambar close-up.


Yang ni pulak cherry blossoms kat rumah neighbour aku.

Sekian saja gambar-gambar random sempena spring tahun ni.
Nanti masuk summer, aku post gambar orang sexy-sexy berjemur kat pantai pulak ye. (#janjipelesu)

Nuffnang ads

My Heartbeat