Thursday, August 9, 2012

Kenangan aku dengan Tok T____T

Kelmarin, balik dari uni,baru sampai rumah..tiba-tiba ada call daripada Acik (abang aku di Penang). Berdetak hati aku.

"Ayah..Acik call ni."
"Jawab je la."
"Err... Mama takut pasal Tok."

Tapi aku jawab jugak..Hello, hello... 
Tak dengar suara on the other end.

Few seconds later, Acik call lagi.

Sahih.

Tok dah takde.
Tok dah meninggal.

.
.
.
.
.
.
.
.


Innalillahi wainna ilaihi rojiun.

Hati aku dah tergerak siang tu, bila Ina bagitau aku di FB yang Tok tak nak makan, sedangkan selera dia boleh tahan juga lately. Tapi takkan la aku nak sebut pulak kan.
And as a matter of fact, memang 3,4 hari ni MrHubby and I have been mentioning about Tok. Wondering dia larat posa ke tak, dia makan apa, ada selera ke tak, whatnot.

Tok meninggal pukul 1.05pm... lepas Abah bersihkan dia, dan suapkan air zamzam.
Ironinya, lebih kurang sejam lebih sebelum tu aku ada call Abah, tanya khabar Tok. Kalau lah aku tau, mesti aku akan minta bercakap dengan Tok kejap. Sekarang, nak menyesal pun dah tak guna.



Aku sedih, sebab tak dapat balik. Baru 3 minggu kami tinggalkan Malaysia... Memang la takde dalam list langsung untuk balik dalam masa terdekat. Lagipun awal-awal nak settle in ni, ada financial constraints sikit.

Hmmmm....
Aku ingat lagi kecik-kecik dulu, masa sekolah rendah. Aku cukup bahagia kalau dapat ikut Tok pegi ambil pencen kat Oriental Bank, kat pekan BM tu. Maklumlah... aku bukan orang mewah. Aku jarang sangat dapat makan angin jauh-jauh, keluar dari kawasan kampung pun jarang sekali. Sesekali kalau dapat keluar ke pekan tu, kira umpama pegi ke Paris la. Macam tu sekali rasa happy masa kecik dulu. All the little things.


Nak lagi best, lepas tu Tok belanja cendol kat depan KFC BM, opposite BM Supermarket (sekarang KFC tu pun dah tutup). Dan lepas tu, biasanya kami akan menyusur lorong belakang between Arked MARA tu untuk beli kismis dan keropok sotong buat stok kudapan kat rumah untuk kami adik-beradik.

Tok,
Ija minta ampun atas segala salah silap Ija. Minta halalkan duit syiling tok dalam celepa Brylcreem merah yang Ija (dan Acik) ambik dulu.
Biasanya aku amik sekupang dua je, buat beli ais kepal kat kedai Mak Tom lepas abis mengaji dulu.
Aku percaya, Tok tahu duit syiling dalam tu makin berkurang, tapi dia tak pernah tanya. Malah, dia bubuh lagi...supaya aku dan Acik dapat ambil lagi.

 gambar contoh


Tok jugak la yang hantar aku ke Tabika KEMAS almost every day. Kalau bukan Tok, maybe bergilir dengan tok Aziah. Or maybe Pak Saad atau Abah sendiri kalau diorang free.
Pernah sekali tu, dah halfway berjalan keluar kat lorong between rumah kitorang dengan rumah Tok Lang Teh, tiba-tiba baru Tok perasan yang dia terlupa pakai gigi pelesu dia. Terkekeh-kekeh aku gelak, sebab aku memang dah perasan dari awal, tapi aku saja tak nak bagitau. Nakal aku kan?
So, terpaksa la patah balik supaya Tok dapat maintain kelawaannya dulu sebelum hantar aku. 

Balik dari tabika, sepanjang jalan balik rumah, aku akan bersembang dengan Tok...apa yang aku belajar, apa yang aku makan, etc. Tok akan menjadi pendengar setia cerita aku yang memang sejak azali banyak mulut.

Tok jugak selalu bagi duit RM2.. untuk beli 10 biji telur, sebab tak larat tengok aku berebut bunga telur kenduri dengan Acik. "Nah ambik duit ni, pi beli teloq sepuluh biji, kita rebus, makan..."
Tapi bagi aku, telur rebus sendiri tak sedap macam telur kenduri. So, kitorang tak heran sangat kalau makan telur yang kena beli dan rebus sendiri.


Kali terakhir aku jumpa Tok 15 Jun aritu. lebih kurang dua bulan lepas.
Masa tu, aku balik untuk bagitau Abah yang aku akan ke Aussie for my PhD in about a month time. Tapi aku tak bagitau Tok pun. Sebab aku tak nak nanti Tok cakap "Nanti sapa nak balik tengok Tok? Bila lagi nak balik jumpa Tok?"
Dan sekarang... aku menyesal tak sudah sebab tak bagitau Tok
T____T
Cuma balik yang last tu, aku ada belikan diapers, shower foam, biskut dan barang-barang lain sikit untuk kegunaan Tok.

Lepas ni, kalau aku balik, dah takde la Tok kat sudut bilik dia.
Tersandar kat tepi pintu. Terengsot-engsot ke ruang makan.


Ni la almari usang Tok.
Masa kecik-kecik dulu, aku gatai tangan selongkar dengan Acik. Tapi saja suka-suka je.
Budak naive kan.... Tak pernah pun curi apa-apa, walaupun tau ada barang kemas bagai.
Pernah gak lepas selongkar tu, kitorang tak boleh tutup balik pintu almari tu, terus masing-masing gelabah, takut kantoi dengan Tok.



Jenazah Tok selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kubang Semang lepas Asar kelmarin.




Aku tak banyak berjasa kat Tok. Tak sempat ambil Tok tinggal dengan aku, sebab aku kind of dah tau plan aku sekian-sekian (lepas bersalin, akan sambung PhD). Weekend biasa pulak, aku occupied dengan aktiviti students atau urusan duniawi lain).
So, aku tak dapat jaga Tok. Aku tak nak la nanti terpaksa hantar Tok balik lepas beberapa bulan kerana kesibukan aku, sebab nanti mesti ada mulut yang akan speku dan mengata aku dah tak sanggup jaga Tok pulak.

Aku ingat lagi pesan Tok dulu masa aku dok cari jodoh...
"Ija ni (unsur) api, anak nombor tiga... kalau cari jodoh, Ija cari la yang (unsur) tanah ka, ayaq ka...baru serasi."

"Alaa Tok. Kalau api tu berpunca daripada minyak, kalau boh ayaq, lagi la marak. Hehehe"

"Susah bercakap dengan hang ni..."

Macam tu la aku selalu loyar buruk dengan Tok.
Sekarang ni Tok dah takde, tapi dia sempat tengok aku bersanding dengan MrHubby yang berunsur tanah tu.
Dan aku selalu cerita pasal unsur tanah/air/api.angin ni kat students masa ajar topic Fire Safety dalam subjek OSH.

gambar Tok masa hari aku kawin



Awal-awal kawin dulu, MrHubby rajin usik Tok..  "Tok nak minum ayaq apa? Tok sebut saja, Sham pi buat. Tok nak Sham siram pokok?" (dengan pelat sengau pseudo-Penangite dia).
Tok pulak akan 'layan' usikan tu...sebab confirm dah tahu MrHubby sembang je lebih. So makin galak la MrHubby mengusik.

Tok.
Ija sedih.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Walaupun sedih, tapi aku redha.
Dah lama sangat Tok sakit. Dari boleh berjalan dengan frames, sampai la mengengsot, sampai la terlantar. Kata Acik, kalau duduk pun dia dah tak larat.
Last two times aku balik kampung, tok macam dah tak berapa kenal aku. Dementia agaknya.
Bila aku sampai rumah, nak salam, Tok tanya "Ni sapa dia ni? Tok tak kenai pun."
Kalau aku dah introduce diri pun, Tok tanya pulak, "Yang ni (sambil tunjuk kat MrHubby) sapa dia pulak?" 
Aku tak pasti dia saja-saja nak usik aku atau memang dia dah pelupa.


Kalo aku belikan baju Kedah atau kain batik untuk Tok, mesti dia akan cepat-cepat pakai yang baru tu lepas mandi. Tak main la tunggu peram dua tiga hari. Tok akan tunjuk yang dia besaq hati, bak kata orang utara.
Last two years, aku sempat belikan sepasang baju peach dgn tudung untuk Tok pakai pagi raya. Dan kata MrHubby, aku jadi excited semacam lepas dapat belikan baju untuk Tok. Aku pun tak sure kenapa. Sayangnya Raya tahun tu bukanlah raya paling best pun.



Tok,
Ija harap Tok ampunkan segala dosa Ija kat Tok.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan Tok kat Ija dari Ija lahir sampai la Ija dah jadi 'orang'.
Nanti balik Malaysia, Ija pi ziarah kubur Tok naaa...


 Abah, sebagai anak tunggal...menyiram pusara Tok.


Sob sob

Semoga roh Tok ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.
Allah saja Maha Mengetahui penderitaan Tok sebelum dia tinggalkan kami semua.
Aku redha dengan pemergian Tok, sebab aku yakin dia lebih bahagia di sana.

T_____T

9 comments:

  1. Salam Is
    I tahu macamana perasaan itu, kehilangan nenek yang paling disayangi cos I pun kehilangan nenek yang dah banyak berjasa kepada I dari kecil. But me in different case cos sempat balik Malaysia masa first time dulu.

    ReplyDelete
  2. Takziah...Sedih kan tak dapat balik..x pala..doamu tetap sampai walau di mana pun...Al Fatihah...

    ReplyDelete
  3. innalillah. semoga tok ditempatkan dikalangan orang yang beriman. untung tok meninggal dalam bulan ramadhan..

    aku risau gak..nenek dgn datuk aku pun tengah tak berapa sihat. baru je masuk hospital awal ramadhan aritu..

    ReplyDelete
  4. sob...sob...sob...hang betoi2 buat aku menangih teresak2 kat meja kerja aku....waaaaaaaa!!!!aku sedih sangat!!!

    ReplyDelete
  5. sabar ye Is. Knur faham perasaan tak boleh balik nak menatap arwah kali terakhir. Dulu knur pun kehilangan mak masa kami kat NZ. Cuma kami balik seminggu lps tu. Nak balik segera tak dpt tiket.

    ReplyDelete
  6. Innalillahi wainnalillahi rojiun. Takziah Belle. Moga Tok ko ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

    ReplyDelete
  7. Takziah is.Aku pun turut bersedih.Kita sama2 doakan arwah ditempatkan bersama org2 yg soleh di sisi Nya...-Bidah-

    ReplyDelete
  8. takziah Is and family. be strong di tmpt org *hugs*

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat