Untuk raya kali ni, geng-geng MyPSA sepakat untuk merewang kat rumah Abg Shibi/K.Surah. Maklum la... banyak juadah nak dimasak untuk jamuan raya nanti.
Masing-masing bertungkus-lumus mencucuk sate, cuci ayam/daging, kupas bawang/kentang segala...
Hiyahhhh... kacau, bang... Laju!!! Laju!!!
Ni dia chef ulung di Adelaide, Kak Azie.Tengah masak gulai daging. Nyum nyum...
Anak-anak yang seramai ~30 orang pulak mind their own business la. Cari geng masing-masing dan pandai-pandai la main. Mujur tak roboh rumah K.Surah.
Dan memandangkan semua dah sibuk masak untuk raya, maka untuk iftar terakhir hari tu, masing-masing bawak sikit-sikit juadah. Potluck sampai penuh meja.
Laksa, stew, pizza, agar-agar, bubur kacang, ayam goreng, buah melaka... macam-macam la.
Selalu berbuka berdua je, memang la seronok.
So, bila kali ni berbuka ramai-ramai, terus jadi beronok-ronok! Kekekeke
As usual, lepas makan, solat la kan... dan sambil tu, mak-mak bercamwhore kat dalam bilik solat. Hish...tak semenggah betul :P
Diselit sikit dengan tazkirah dan paling best...takbir raya.
Punya la ramai pakat dok snap gambar dan record video masa takbir tu. Maklum la... rare. Bukannya tiap hari boleh buat kan?
Lepas tu, sambung makan lagi...Hehehe. Muka aku takde dalam gambar tidaklah bermakna aku tak ulang makan. Ni sebab aku yang snap. Hakikatnya, aku la yang hadap kat meja tu masa berbuka. Kihkihkih
Sebelum masing-masing beransur balik untuk bersilat di dapur sendiri pulak, kitorang bagi budak-budak main bunga api.
Haaa..jangan korang ingat kat sini takde bunga api. Aku dapat beli dua paket je, tapi nasib baik Aqilah pun ada belikan jugak. So, cukup la untuk main sorang sikit.
Budak-budak sungguh riang main bunga api, tak ketinggalan juga mak budak.
Cuma aku pelik la sebab diorang ni main bunga api tak bising pun. Aku dulu sambil pusing-pusing bunga api di tangan, mesti nyanyi lagu raya Saloma. Hehehe
Itu belum masuk lagi kekejaman aku dan kakak/abang aku memburu katak dengan bunga api dan mencucuh bungkus jambu batu sampai kena maki.... Hehehe
Okaylah, sekian sahaja laporan rewang raya kali ini.
Babai.
No comments:
Post a Comment
Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.