Tuesday, August 14, 2012

Did u just ask me "How is Adelaide?"

Hari ni aku baru dapat 'feel' raya. Maka sambil menaip ni, aku diiringi oleh lagu-lagu raya yang aku simpan sejak kat Brisbane dulu.
Jangan risau... aku tak nangis setakat dengar lagu raya. Aku cuma nangis bila tengok iklan raya BERNAS.



Tapi, entry pasal persiapan raya.. nanti la, kalo sempat.

Well... Lately masa jalan-jalan sekitar Adelaide city dan masa pusing-pusing serata suburbs, I could see budding cherry blossoms. Lawa!!! Feeling winter sonata kejap.


So I guess,  spring is just around the corner.


Walaupun hakikatnya kedinginan masih tahap takde-gaya-winter-is-coming-to-an-end pun, but enough said...I love the beauty of spring.
Tingat ke-purple-an jacaranda kat UQ dulu.

Well, sedar tak sedar... Ramadhan pun dah nak abis. Maksudnya dah dekat sebulan juga aku kat sini.

As usual, soalan yang banyak ditanya oleh orang-orang di Malaysia, "Macamana kat sana? Ok?"

So, dalam entry ni... aku summarize segala observation dalam masa sesingkat sebulan di sini.


Warmth of people 
Bagi aku orang sini, tak semesra the ones in Brissy. Locals la, I mean. Tadi baru je sorang PhD student dari China bagitau, diorang sini discriminate Asians sikit.
No wonder la aku rasa lain-macam kalo nak senyum kat strangers. In Brissy, u can simply smile, or say "Hi, howzat goin' mate?" or even chat with strangers. Ada la jugak few people I met on the bus yang ramah, tapi tak banyak.
Nasib baik supervisor aku dan lab mates semua baik.

Malaysians pulak... sangat warm and welcoming. Especially postgrads and the family.
Yang undergrads kureng ramah. Aku tak expect la sampai jadi ala-Joyah sampai mesti kena bersembang tiap kali terserempak, atau menyibuk siap datang rumah buka fridge macam jadi kat Adri dulu. Tapi at least, senyum la.

Ntah la ye. Dulu masa aku buat Master dulu pun, aku takde la kamceng sangat dengan postgrads yang dah ada family, tapi senyum dan bertegur sapa tu, normal la.
Maybe orang muda (single) rasa leceh sebab tak sama wavelength kalo mingle dengan orang tua atau berkeluarga. Tapi...err..adakah itu bermakna aku masuk kategori tua? Ohhh..Tidak. Aku rasa sebab aku masuk kategori 'berkeluarga' (teruskan la in denial, Isabelle).

Back to the friendliness of the postgrads here... so far, muka-muka yang aku jumpa, sangat ramah-tamah. Dah ramah, tamah pulak.
Ada yang jemput berbuka kat rumah diorang... Contohnya macam K.Surah/Abg Shibi, K.Shidah/Hj Arif, Darwin/Anep, K.Wan/Abg Sayuti, K.Azie/Abg Azul, K.Has/AbgFizul, etc.

Tengok la ni... Yang ni contoh juadah berbuka kat rumah K.Azie.
Dia dah la terer masak, so makanan memang macam kat Malaysia la. Dengan kuih cara berlauk, tepung pelita bagai...






Lepas tu siap bagi aku posing dengan Corning dia lagi. Hehehe.
Untuk pengetahuan orang-orang yang tak tau, Corning dan Corelle adalah kegilaan rakyat Malaysia kat sini. hehehe


 Yang ni masa Iftar Perdana last weekend.




Okay, enough dengan gambar bersosial.



Transportation system

Study is so far, so good. But as I said in my previous post, my lab is at Thebarton, so jenuh la travel dengan two buses and a tram. Sekejap je, about an hour, cuma leceh la as compared to duduk sejam terus dalam satu kenderaan je tanpa tukar-tukar.

 my first tram ride. I hate camwhoring sorang-sorang. awkward!




In other words, I'd say the public transport and accessibility tak se-best kat Brissy. Jangan la kecoh pasal aku asyik compare dengan Brissy je, dah dulu aku study situ..takkan nak compare dengan Malaysiaku yang gemilang ittew kan? Ehem *clearing throat*

Kena berjalan sikit tu, biasa la. Tak terasa sangat lagi sebab tengah winter. Dan nasib baik aku ni jenis berjalan laju. Kalo jenis lenggang mak Limah?


Turun kat Bonython Park, aku kena berjalan about 15mins ke Anderson Street (via Holland St or Cawthorne St).


Dan akhirnya baru la boleh sampai kat 28, Anderson St, Thebarton Campus.









Ni workstation aku kat lab, yang aku  tak beria set-up lagi.


I will also have another workstation at the main (North Terrace) campus. Nanti dah set-up elok-elok, aku buat la entry #janjipelesu



Road safety in Adelaide


Ni la satu perkara lawak ntahapahapa. Ada ke patut, halaju average is 60km/h. Kalau kat tengah city, jadi 40 to 50km/h. Sia-sia je kalau beli Lamborghini kat sini. Seiring dengan kura-kura la jawabnya.


Maka kalau nampak signage 80km/h, MrHubby akan jadi excited semacam. Hahaha
Sini kalau kena saman, terus kena $300-tiada maaf bagimu. So, risau le jugak.

Budak-budak pulak takleh dok seat depan, kena dok belakang dalam car seat (or booster, for big kids).
Lil Adib selama ni dok dalam car seat sekejap-sekejap je (e.g. masa nak hantar gi nursery, so tak jauh la kan). Sekali kat sini, dia buat panas bontot lak ..mengamuk kalo lama-lama duduk dalam car seat.




Haishh..jenuh la dilambakkan dengan makanan dan gadget.
Janji diam.
Aku senang je..aku kata "Kalau  kena saman sebab korang, Mama korek duit tabung korang la untuk bayar ye?"
Hahaha. Keji kan?



My three boys @ home

MrHubby yang banyak lemak ittew ternyata tidak berapa tebal 'insulator'nya. Sebab berbungkus jugak kat rumah.
Anyway, he's developed some cooking skills. Dah pandai masak macam0macam jenis lauk. So far, none of us has been food-poisoned, takde berulang ke toilet..so kira okay la tu kan?

 

Lil Adib Tomeyto dan Lil Adam Cikebum asyik berebut main tab. Haishhh... cenggini la anak-anak dibesarkan dengan gadget. Oh no!!!

 



Me in the kitchen

Tak semena-mena, aku reti buat puff...  Hebat kan? Kat Malaysia, aku tau tiga singgit je. Hahaha
Kali kedua buat, ter-rentung skit sebab masih tak dapat agak guna oven yang guna gas. Hehehe




Kali ketiga buat puff ni, lagi rentung. So aku tak tempek la gambarnye.
Cuma aku wonder, kalo aku buat lagi kali ke-4, entah-entah jadi arang terus. Huahuahua.


Dan aku jadi rajin buat bubur pulut hitam, pengat pisang, buah melaka a.k.a klepon (kata orang Indo). Meriah benau MrHubby golekkan atas  kelapa tu sampai tak nampak rupa. Tu la, aku gatal sangat komplen 'amboi, lokeknya nyoq!'


MrHubby lak, bila tekak rasa rindu kat Teh Tarik mamak, dia pun 'menanak teh Dilmah Extra Strong'. Jenuh gak la.. Kat Malaysia, walaupun ada teh pekat untuk buat, kita tetap selesa "Mamak...teh tarik unnek..."


Huwaaaa..tetiba rindu kat mamak Shaaz. Bukan je rindu nasik dia...dengan mamak-mamak sekali aku rindu. Hoho
Favourite Lil Adam tu. Aku takut gak kalo tetiba dia teringat nasik mamak, mampuih aku nak menyinsing lengan baju kat dapur.

Kat sini gak aku jumpa tomato cinta. Hahaha. Poyo la aku ni. Itu pun nak amik gambar.
 
Sampai benyek aku simpan tomato ni.








And another nice thing here is the Medjool dates. Kurma dia..humang aiii...besar ibu jari kaki.


Sekilo could go up to $12-14. Tapi towards the end of Ramadhan, dah makin murah. Hehehe

Hmmm... tetiba I miss my ex-students. Rindu masa berbuka sama-sama di Dataran dulu.


Activities

So far, kitorang tak explore banyak tempat lagi... sebab tunggu winter abis. So, kalau tak ke shopping malls, pegi garage sale/car boot sale. Best wo!

Nanti dah warm sikit, boleh la plan macam-macam.



Ni saja nak tempek gambar Lil Adam naik keta Wiggles ni kat Tea Tree Plaza, sebab terkenangkan our BigRedCar.


So, pendek kata... aku conclude Brisbane lagi best la. Hehehe
Tak tau la kalau lagi 3,4 tahun ni aku terrrjatuh cinta dengan Adelaide pulak.

Okay la...that's all for now.
Aku nak miming lagu raya Junainah M.Amin lak.

Marilah adikku...marilah bersamaku... kutukar bajumu yang baru... lalalala







8 comments:

  1. nampak seronok yer ko kat sana. lagipun bawak family kan. kalau aku pun sure happy as long ada fmily bersama walau kat mana pun :) selamat hr raya in advance kot2 tak sempat dah sebab esok balik trg !

    ReplyDelete
  2. Salam Is...

    Kak Azie & Abg Azul yg Is sebut kat atas nih macam saye kenal la... Huhuhu!

    Abg Azul (saye panggil dia Encik Azul) tuh ialah lecturer saye mase study kat UNITAR dulu. Huhuhu! Bile terpandang muke wife dia tuh, macam saye kenal & bile Is tulis "K.Azie/Abg Azul", saye rase betul dah dia tuh En Azul yg sama (yg saye kenal).. Hehe! Mmg skrg dia tinggal kat Adelaide. Sambung study rasenye, kan?

    Tp kalo salah, "ampunkan saye penunggu gua!"... Ngeeeeeeeee~~~

    ReplyDelete
  3. meriah jugakla raya nanti sbb ramai family postgrads. Maybe you just need more time to adjust in Adelaide kot baru rasa Adelaide pun ok.

    ReplyDelete
  4. Elissmie,
    selagi ada diorg dpn mata, no problem. slmt ari raya juga ye.

    ayyadad arieyanna,
    yup,abg azul tu la orgnye. dia dah nak abis dah phd.

    TH,
    tu la..hrp2 i'll find it as lovely as Brissy.

    ReplyDelete
  5. best kalo duduk dgn ramai msians yg senior sket (pangkat kak2 dan abg2), nnt kita paling muda and sentiasa dpt mkn makanan lazat... kat tmpt i ni semua sebaya (late 20s, early 30s), so sama2 la peringkat experimental kalo bab2 masak hahah.

    good to see you dah settle down. sham mmg full time house husband ka skang ni?

    ReplyDelete
  6. Belle! Thanks for this entry. Ceh tetiba kecek Omputih lak ye. Sila belajar camwhore ye. Sangat best!!!

    And since aku nmpk taipan car boot sales di sini, lagilah semangkit nak kumpul duit utk melawat ko kat sna. Yeah!

    ReplyDelete
  7. hye.. salam perkenalan.
    sy tgh cari maklumat tentang adelaide.. sy bercadang nk further study kat sana. my husband n 2 years old son akan ikut sekali.. nk tanya kat sana kindergarten kena byr mahal x?

    ReplyDelete
  8. oyis,
    i je yg bajet muda.hahaha. tapi yg kakak2 pun byk gak try and error. so, kira sama2 la kan.

    bibierr karim,
    aku masih tersiput2 malu bila bercamwhore. ko dtg la cepat, ajar aku.hehe

    diyana mahmud,
    kalo study tu by research, akan dpt exemption utk fee. cuma byr stationeries fee (around $200).
    kalo kindy rasanya lagi la murah (kot). tapi childcare, mmg mahal.

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat