Tuesday, August 7, 2012

Abby Abadi took 4 years. Aku? 15 years... and counting

Time-time second half of bulan posa macam ni, aku bet kat Malaysia dah sakan berkumandang lagu raya kat radio.
Sambil memilih baju raya kat shopping malls pun sambil boleh miming ala Fazidah Joned, atau feeling hail Amir sekejap walaupun rambut tak berapa nak kembang.
Yang pegi Bazar Ramadhan, mesti ada yang dah merasa terbeli makanan yang tak sedap, sampai mengurangkan pahala posa dek kerana berbakul menyumpah orang yang berniaga tu.
Minggu depan, aku rasa ofis-ofis gomen dah akan start lengang sebab masing-masing akan balik kampung beraya.

Kat Adelaide ni, last week ada bazar Ramadhan. 
Adik-adik undergrads buka gerai. Aku tak pegi, tapi aku dengar citer 'keren' jugak. Hehe. Hebatlah adik-adik ni... siap dengan satay, kuih 4 biji satu dollar, dan ntah segala toknenek lagi. Murah meriah ler bak kata orang Indonesia. (eh mengapakah aku ter-tune ala Indonesia di sini?)


Ramadhan aku di sini, biasa-biasa je. 
Kadang-kadang ada majlis berbuka orang ajak, atau iftar perdana macam dua hari lepas. Malam ni InsyaAllah Kak Shidah akan datang dengan family lepas terawih.

Well, dalam keseronokan buat persiapan raya ni...tingin jugak aku nak tanya. Okay la..tanya tu sounds very-the-lorat sangat. Kita sama-sama ponder je la.

Apa pencapaian korang untuk Ramadhan kali ni?

Alaa..jangan la cakap puasa tak ponteng lagi. Tak ganaz la. Aku pun dah bertahun posa tak ponteng sebab BF.
Sahur tak miss, terawih without fail pun tak aci masuk dalam list.
Cer fikir out of the box sikit.

Hmmm...
Contohnya...bila aku baca pasal Abby Abadi yang dah berbaik-baik dengan Memey (here and here) aku terfikir sesuatu...



It took them 4 years. Empat tahun untuk Abby mengubat hati dia dan memaafkan insan yang dah merobekkan hati dia, menghilangkan kepercayaan dia.
Aku???

AKU MASIH TAK DAPAT MAAFKAN SESEORANG SELEPAS 15 TAHUN.
15 tahun wehhh. Bukan sekejap.
Walaupun dah lama tak jumpa, bahang api tu dah takde... bara tu dok panas lagi bila bersua-muka setelah sekian lama. Walaupun masing-masing dah berkeluarga, dah beranak-pinak pun.

Apa salah dia?
Cukup la kalau aku katakan dia telah membusukkan nama aku. Bukan tu saja, siap berkomplot lagi untuk merosakkan kepercayaan parents aku kat aku.
Harap muka je lawa. Nampak baik, sopan santun, cakap pun lemah lembut. Kalau dia buka cerita baru pasal aku ni dulu begitu-begini, confirm lah orang percaya. Ye la kan, takkan  orang nak percaya kat aku yang gonjeng dan tak berimej muslimah sejati sangat ni...ye tak?


Bagi aku, aku takde salah dengan dia... sebab masa kami berpisah tahun 1997 dulu, dia pun never bothered nak bersalam dan bermaafan dengan aku. So, nampak sangatlah kan maybe dia pun rasa guilty.

I know this is bad. Very bad.
Tapi, aku takde kekuatan untuk memaafkan. Kalau ada pun, maybe just to forgive, not to forget.
Dendam kesumat tahap dewa betul aku ni. Teruknya aku. Tapi, takpe la...aku boleh consider untuk maafkan dia dengan satu syarat. DIA KENA JUMPA PARENTS AKU DAN MENGAKU APA YANG DIA CERITAKAN PASAL AKU DULU TU ADALAH TAK BETUL.

So, you-know-who-you-are...
If u happen to read this, and it keeps haunting you... BUAT LA APA YANG PATUT.




Aku sedih sebab diri aku 'tak cukup kuat'.

10 comments:

  1. huhu same with me kak...org busuk kn nama kte pi cite kt parents kte..until now x de pun mintak maaf kat kte..walau berdepan dapat senyum..tp hati ni sakit bila fkr mengadap muka org yg buat kte cmtu..

    ReplyDelete
  2. memang maaf sukar utk dilafazkan . mungkin dia pun dah menyesal kan. Wallahualam.

    ko buka lauk apa? hahaha..sibuk :p

    ReplyDelete
  3. ALin penah lalui jd bahan fitnah oleh sepupu sendiri tak sampai 2 tahun akhirnya org tu dtg mohon maaf..

    w/pun tidak dpt maafkan sepenuh sedang cuba memaafkanya sepenuh hati

    ReplyDelete
  4. takpela. mungkin belum terbuka hati Is nak maafkan dia lg. Siapa tahu Is akan lebih kuat nanti.

    ReplyDelete
  5. tifa pun sama boleh maafkan tapi ambil masa tapi nak lupa idak ler ....still simpan dalam hati ...

    ReplyDelete
  6. ooh...i lagi lembut hati kot sbb pikir pompuan mental tu tua keparat i bleh nak offer jln berbaik tp since dia tak sedar diri,so i ignore jer.
    wpun berbakul dia sumpah seranah i dpn2 org (not once but twice) n jaja bda tak betul pd my big boss, sbb salahfaham i still couldn't forget her..forgive? (apa tu...tak sure dah forgive ke belum)

    ReplyDelete
  7. saya pun sama..saya rasa saya tak boleh maafkan orang yg hina saya mcm saya nih x de harga diri..sbg supervisor (FYI..u32 saje pun..bkn JUSA ke ape)bkn hak dia nak keluarkan kata2 kesat..profesional ke tu? sbb dia pernah harass sorang staf sampai dia berhenti so dia rs powerful la..so skarang nih nk carik pasal dgn saya..ingat nk maafkan tp bile teringat balik ape dia apa dia tulis kat saya dalam email..tiada maaf bagimu..dah la x pernah ckp dgn saya, knl saya pun x..senang2 kata anak orang biadap dan ego just because saya nk mintak cuti utk exam..siap ckp x heran kalau saya ade degree ke ape ke..kalau x heran knp kau tulis mcm tu? dah la menyalak dr jauh..tau takut dtg lab time saya cuti pastu pegi hasut semua staf cerite buruk org..buruk dia pndai simpan..nak naik pangkat tp keje bench work x nak buat...geli tgk urine semua tp knp kau jadik medical lab tech? saya geram tau..ni nasihat utk semua org kalau nak jadik juruteknologi makmal..kalau geli dgn urine, feces, sputum..TAK PAYAH gatal2 nak apply..pegi amik course lain yg x de involve dgn 'kotor2' nih..jgn menyusahkan org lain..byk lagi keje boleh buat..as for that lady, there is no freaking way i'm forgiving you..menangis mcmane pun..tak akan saya maafkan..dan saya pun tak kuat utk maafkan org..

    ReplyDelete
  8. now I understand when u said "akak tak rapat sangat ngan parents". hmmm sabarla kak. orang pakai topeng setan memang banyak kat dunia ni. Doa banyak-banyak moga Allah akhiri semua ni dengan mudah. :))

    ReplyDelete
  9. biasalah kak..dah busukkan nama tu .. kita mau doa harap org tu diberikan hidayah nya.. :)

    saya pun pernah kene gak..banyak kali lak..dan saya pun tak cukup kuat ..tu yang asik terkene..sebab tak sampai hati :)

    takpelah..nati allah tunjukk :)
    sabarlah..dendam ni tak elok :)

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Is...

    Nie Leen.... Masih blom solve lagi ke? I really understand how u feel... Sabar k? I know u r strong enuff to face it. How's life over there? I'm really happy for what you r right now, u r still my idol sis since AIGS lagi! And I'm proud to tell idan about it. Leen dah xde FB. Malas dgn musuh2 yg suka cari pasal....

    Tgklah, kalau rajin boleh melawat kak is kat sana nanti. Love u! Selamat Hari Raya Aidilfitri to you n ur family. Maaf Zahir dan Batin!

    Xoxo,
    Leen

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat