Monday, August 27, 2012

Jamuan raya Dr Azarisman and MASCA






Weekend seminggu lepas raya, Dr Azarisman/Kak Rynn membuka tirai open house dengan majlis raya dan  aqiqah baby barunya, Aqeel di dewan Annesley College.


Ramai jugak yang datang, termasuk undergrads yang selalu aku nampak tapi tak pernah bertegur sapa. 


But as usual, postgrads biasanya mingle dengan postgrads la kan...


 Aku je yang gi duduk makan dengan undergrads, walaupun sebenarnya ada sebab juga tindakan aku tu. hahaha




Menu? Uiii..macam-macam... nasi, kambing, lontong, mi, nasi impit...macam-macam ada.



Anak bujang aku berselera makan sambil ditemani Ultraman dan Godzilla. Dia suap sekali kot Godzilla tu.


Ada section untuk tulis ucapan raya juga. Tapi aku cuma tulis/lukis dalam guest book- something for baby Aqeel yang diraikan.



Aqeel yang lena je sepanjang majlis berlangsung...

Sempat jugak aku berkenal-kenalan sikit dengan adik-adik undergrads yang banyak membantu di belakang tabir...

Kekdahnya, aku dapat tau, majlis raya ni combine untuk 15 rumah sekali. Humang aiiii



So, terima kasih la Dr Azarisman dan kak Rynn ye.
Walaupun baru je kenal, sembang-sembang 10 minit last week, tapi diorang ni ramahhhhh sangat.
I loike!



The following day pulak, ada majlis Hari Raya with Education Malaysia di Bradford Lodge, anjuran MASCA.
Kat Brisbane dulu, aku tengok MASCA Queensland meriah je antara undergrads and postgrads, tapi kat sini macam niche untuk the former jer.
Anyway, sebagai orang baru, mesti la aku pegi kan....

So, selain makan-makan, dapat la jumpa Dr Jumiati, orang besar kat sini.
Masa aku sembang dengan dia, ada adik photographer tu amik gambar, tapi yang ada dengan aku gambar ni je la...Hahaha.
Nanti kalau aku dapat, aku tempek la kat sini.


Sambil dengar Dr J berucap, terpaksa kelek Lil Adib, supaya dia tak berbuat onar kat dalam dewan tu. Nak nak dia naik syeikh kalao dah nampak bola. hehehe.


So, mostly muka undergrads la...jadi aku terasa awkward untuk socialize *facepalm*
Sejak bila pulak aku jadi pemalu nih?


Habis majlis tu, kitorang bergegas ke Bonython Park, ada Eid Festival.



Tapi bila sampai, tengok ramai sangat umat...dah tu parking pun takde. So, kitorang pun kembali ke pangkal jalan... (read: balik rumah derrr)

Thursday, August 23, 2012

Nostalgia raya kan?


Lagu ni sekian lama berkumandang kat dalam kepala aku sejak kecik jaman 80-an dulu. Siap tanpa lirik pun aku boleh nyanyi.
Tengok la... masa tu, Raja Ema pun cun dan selim-melim lagi. Jamal pun maybe tak terjebak lagi. *tettttttttt* Muehehe...

Lagi satu, lagu Sensasi Hari Raya-Awie dan Ziana Zain, dulu guna untuk iklan Salem.

Sungguh nostalgic! :P

Tu belum lagi citer pasal kad raya gantung kat ranting pokok atau show-off kat dinding rumah. hahaha. Bajet retis la tu, ada ramai peminat...




Well, sementara aku nak kumpul kerajinan untuk buat entry pasal raya, suddenly semalam terjaga dari tidur, tetiba aku teringat satu kuih raya yang dah laaaaama sangat aku tak jumpa.
Maka dalam kegelapan malam dan kedinginan winter, aku pun menggugel mencari. Tak dapat makan, dapat tengok gambar pun, jadi la...

Rupanya lebih kurang cenggini. Kuning ke-oren-an...atau jingga kekuingan, dipotong petak-petak macam dodol.
Yang warna lain tu saja la tu konon new invention.


Korang tau kuih apa ni?  

Specialty of Penang tau. Rupanya macam jelly-jelly sikit, a.k.a dodol yang transparent (wtf la cara aku explain ni?) Dibuat daripada minyak sapi, tepung dan gula. 


 Rasanya manissss sangat. Suits my sweet tooth very well.






Haaa...yang ni la namanya halwa maskat.
 Maskat, okay. Bukan masyarakat. Toksah dok tunjuk terer sivik sangat na? Jaman aku dah tak belajar Pendidikan Moral

Katanya halwa ni asal dari bandar Muscat, Oman... tapi standard la kan, mesti dah ubah-ubah sikit supaya kena dengan tekak orang tempatan dan bahan-bahan yang kita ada.
Nak buat ni susah nak mamfus rupanya. Sampai berjam-jam kena kacau, patut la takde orang rajin nak buat jual tiap-tiap hari macam pisang goreng kat depan Masjid Al-I'tisam.

Kalau senang, nak jugak aku paksa MrHubby buat untuk aku, sementara dia dok feeling mengasah skill memasak tu. Hahaha

Sunday, August 19, 2012

Meriahnya rewang raya


Untuk raya kali ni, geng-geng MyPSA sepakat untuk merewang kat rumah Abg Shibi/K.Surah. Maklum la... banyak juadah nak dimasak untuk jamuan raya nanti.


Masing-masing bertungkus-lumus mencucuk sate, cuci ayam/daging, kupas bawang/kentang segala...



Hiyahhhh... kacau, bang... Laju!!! Laju!!!



Ni dia chef ulung di Adelaide, Kak Azie.Tengah masak gulai daging. Nyum nyum...


Anak-anak yang seramai ~30 orang pulak mind their own business la. Cari geng masing-masing dan pandai-pandai la main. Mujur tak roboh rumah K.Surah.


Dan memandangkan semua dah sibuk masak untuk raya, maka untuk iftar terakhir hari tu, masing-masing bawak sikit-sikit juadah. Potluck sampai penuh meja.

Laksa, stew, pizza, agar-agar, bubur kacang, ayam goreng, buah melaka... macam-macam la.


Selalu berbuka berdua je, memang la seronok.
So, bila kali ni berbuka ramai-ramai, terus jadi beronok-ronok! Kekekeke



As usual, lepas makan, solat la kan... dan sambil tu, mak-mak bercamwhore kat dalam bilik solat. Hish...tak semenggah betul :P


Diselit sikit dengan tazkirah dan paling best...takbir raya.


Punya la ramai pakat dok snap gambar dan record video masa takbir tu. Maklum la... rare. Bukannya tiap hari boleh buat kan?

 

Lepas tu, sambung makan lagi...Hehehe. Muka aku takde dalam gambar tidaklah bermakna aku tak ulang makan. Ni sebab aku yang snap. Hakikatnya, aku la yang hadap kat meja tu masa berbuka. Kihkihkih







Sebelum masing-masing beransur balik untuk bersilat di dapur sendiri pulak, kitorang bagi budak-budak main bunga api.
Haaa..jangan korang ingat kat sini takde bunga api. Aku dapat beli dua paket je, tapi nasib baik Aqilah pun ada belikan jugak. So, cukup la untuk main sorang sikit.


Budak-budak sungguh riang main bunga api, tak ketinggalan juga mak budak.


Cuma aku pelik la sebab diorang ni main bunga api tak bising pun. Aku dulu sambil pusing-pusing bunga api di tangan, mesti nyanyi lagu raya Saloma. Hehehe

Itu belum masuk lagi kekejaman aku dan kakak/abang aku memburu katak dengan bunga api dan mencucuh bungkus jambu batu sampai kena maki.... Hehehe

Okaylah, sekian sahaja laporan rewang raya kali ini.
Babai.













Kita tengok raya ni, pasangan masing-masing pakai sampin paras mana? Hehe


"Apabila mengenakan sampin, lelaki yang sudah berkahwin mesti di bawah lutut, namun kalau orang bujang, sampingnya mesti di atas lutut.
Kalau orang sudah kahwin, memakai samping singkat itu tandanya dia hendak menambah isteri."

-Prof Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin, 
Timb Dekan Pengajian Siswazah UPSI



Anyway...

If u have a broken needle
Don't use to make kangaroo rendang
Maaf for the wrongdoings berbundle-bundle 
Happy Hari Raya from us 4 orang


Saturday, August 18, 2012

Happy birthday, Cintaaaa


Memandangkan birthday MrHubby tahun ni masih jatuh dalam bulan posa, dan dah dekat nak raya pulak tu, maka tak ter-celebrate la dengan meriahnya kali ni.

So, masa bangun sahur,kitorang potong cheesecake je.
Nak beli sebiji, rasa banyak sangat. So, beli quarter je.



Happy birthday, Ayah. Adam sayang Ayah.
I promise to be a BOOD GOY :)


Semoga dilimpahi kesenangan dan ketenangan dalam hidup, dan makin sayang kat Mama dan anak-anak yang notty ni. Hihihi


Thursday, August 16, 2012

Iftar sana sini. Burppp!!!


Dok sini, every weekend ada je jemputan iftar sana-sini.Kalau weekend tu, tak sempat masak pun, kira boleh hidup lagi la.

So, ni aku cerita random la...
Kita mulakan dengan iftar Perdana Adelaide.


Rajin betul adik-adik undergrads ni. Boleh buat menantu. Eh, lupa pulak aku belum ada anak pompuan.
Tu menu utama.
Ada jugak donut diisi siap-siap dalam sandwich bag, supaya senang nak bagi-bagi.


Lil Adib pulak asyik nak berkepit je, siap masuk ke pantry entah berapa kali.


So, terpaksa la kelek je setiap masa...walaupun masa tengah diracun untuk isi borang MyPSA.
Time ni aku tengah mintak harga student concession kat Khairezan untuk bayar yuran MyPSA. Hehehe


Kids, as usual main merata-rata, sampai la ke atas stage. Lil Adam, dah puas main, nak melukis Zombie plants pulak.

Aku duduk bergosip dengan mak-mak le jawabnya. Nak menolong kat pantry, tak boleh.

Well, ramai jugak la yang datang. Sempat berkenal-kenalan dengan undergrads sikit.
Lepas iftar, solat jemaah... then sambung makan.



Lepas tu sambung tazkirah dan tarawih, aku tak dapat tunggu dah...sebab nak mengelak anak-anak buat perangai.


Iftar seterusnya adalah kat rumah Abang Sayuti/Kak Wan di Salisbury.
SMS lambat terima, so kitorang pegi lepas berbuka dan solat maghrib.

Tapi dapat la jumpa Dr Kamarul/Kak Nana, Abg Suffian/Kak Nani (abg Suffian ni yang ber-email bagi info sebelum aku datang ke Adelaide), Abg Idris/Kak Hairani, dan etc etc...


Since Dr Zara datang untuk graduation, so tuan tanah ada buat kek untuk meraikan kejayaan beliau (eh, apakah skema sungguh aytku ini?)



Yang paling seronok adalah dapat tarawih berjemaah, walaupun dalam hati dok menggerutu sebab dengar anak sendiri dok melompat sana-sini sambil pot-pet-pot-pet. Grrrr...


Then, iftar pulak kat rumah Abg Azul/K.Azie.
Woh...otai memasak jemput, mesti la pergi kan?


Haaa..tengok la...siap dengan cara berlauk, tepung pelitabihun, samosa, masalode, pengat semua ada.


Lepas solat, sambung makan lagi. Lamb pulak. Humang aiii... aku tak tau la ni stew ke apa. Tapi memang sedap giler la.



Yeahhh..itu dia K.Azie mengeluarkan Corellenya..hehe




Anak-anak seronok main la kan...especially abang-abang yang besar.

Yang kecik-kecik, tukang tengok....

Yang pompuan pulak- princess dan barbie dolls la, apa lagi?



Gambar masa iftar kat rumah orang lain (K.Shidah/Hj Arif dan K.Has/Abg Fizul) aku takde pulak. Agaknya sebab aku buruk lantak sangat kot, sampai tak sempat ambik gambar. Hehe.

Anyway, semoga tuan tanah semua diberi pahala berlipat ganda...

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)

Nuffnang ads

My Heartbeat