Tuesday, November 8, 2011

Cheap BPA-free feeding bottles


Hahaha. Aku memang lokek. 
Kata la aku lokek ke, bakhil ke, kedekut taik hidung masin ke... yang penting, aku rasa aku spendthrift. Teeeheee...

Baru-baru ni aku rasa naaaak sangat tukar semua botol susu Lil Adib. Botol tu semua (ada la dalam 20 biji kot) aku guna untuk simpan EBM. So, bergilir-gilir guna, aku kira boleh la bertahan lebih daripada 6months.

Jenuh la aku survey segala online shops. Klik sana, klik sini nak cari feeding/EBM storage bottles yang murah. Mostly (BumbleBee, Autumnz, Jingle Jungle) yang saiz kecik, 4oz tu nisbah harganya jatuh sebiji lebih daripada RM3.

Ada la satu online shop tu, aku tengok kena beli banyak, baru jadi murah. Tak kisah la kan, sebab memang aku berhasrat nak beli 20-30 biji pun (ye, aku kan tamak haloba-loba!)
Harga dah cantik, ngam-ngam sebiji RM3, tapi bila campur postage lagi RM10, aku rasa mahal.
Ada yang leh COD, leh la jimat postage cost tu, tapi nun jauh dari tempat aku kat Shah Alam ni.


Eventually, masa aku ke Jusco hari tu, aku jumpa feeding/EBM storage bottlesbrand Anakku. 
Twin pack, satu yang besar (8oz) dan satu yang kecik (4oz). 
Harga baru RM6! 
Maksudnya sebiji RM3 la. Yay!!!

 
Siap dapat yang besar lagi... Kalau beli online shop punye, dapat semua yang kecik je. Hehehe.

Maka aku telah memborong 8 biji, dan dua hari lepas tu aku beli lagi 6 biji. 
Nak beli banyak pun, macam kureng bersemangat, sebab my BM production fluctuates :( 


Oh ye, pasal Pil ASI yang aku makan aritu, aku rasa ada juga effects... BM banyak. Tapi maybe jugak sebab aku tibai segala makanan yang membanyakkan susu. But I have to stop taking it, sebab Lil Adib macam alah- dia muntah dah poo-poo jadi lain  macam bila aku makan 5biji as recommended on the pack (silap aku la jugak tak reduce the dosage).

So now, I'm back to consuming the Pil ASI, tapi 3biji x 2kali (atau bila aku teringat je).
Dan weekend baru ni, sempena cuti raya... penuh freezer aku dengan stok susu :)

4 comments:

  1. hahaha.. aku pon beli botol murah jek tp yang penting BPA free la of kos.. lagi pon tiap2 bulan wajib tuka botol

    ReplyDelete
  2. thanks for d info. aku pun nak carik kat jusco la. aku pun samela mcm kau. nampak cam pelokek tp sebenarnyer berbelanja ngn berhemah. kekeke

    ReplyDelete
  3. bumble bee kat satu kedai kat klang, dapat la rm3.30 sebotol.. Ok jugak. Beli banyak konon nak buat stok guna botol. Tapi, rasa makan ruang pulak. Sekarang guna storage bag je. Jimat ruang... :)

    ReplyDelete
  4. bkn pelokek, tp pengguna/pembeli yg bijak. zaman2 credit crunch ni, kena pandai memilih (apsal bunyi mcm iklan kempen inflasi plak dah).

    tiba2 terbit rindu plak zaman2 mengepam baca entry ni hehhee

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat