Friday, July 1, 2011

Pernah ke korang terfikir mati muda?




Arini genap seminggu sorang kawan sekolah aku meninggal. Yes, kawan sekolah maksudnya kawan sebaya. She died at the age of 31.
Muda kan?
(cakap la muda, wei... sebab aku pun nak ngaku muda.hehe)

Kata BFF aku yang sampaikan berita tu, brain tumor. Dia headache 6 hari. Masa sampai hospital pun dah ingat-ingat lupa dan pengsan. Dia kena seizure dan Dr operate, tapi lepas tu her brain/kidney stopped functioning.

Nak lagi sedih, hari dia meninggal tu adalah birthday anak ke-2 dia, dan dia dah tempah kek dah. Anak dia dua-dua orang lebih kurang sebaya Lil Adam & Lil Adib, 4 tahun dan setahun.

Sedih kan?


Naz @ Toyon ni memang ceria. Orangnya kecik genit dan cantik.
Sama-sama geng nakal (ni bukan nak cerita keburukan ye)... alaaa.. nakal budak sekolah- setakat suka suka je. Jadi aku yang dah lama tak in touch dengan dia terkejut badak bila dapat tau berita tu.


Sedih.


Dah la aku jauh... nun jauh di selatan sebab tengah memantau students yang tengah praktikal. Tak dapat nak ziarah.


Dan aku terfikir... Allah boleh ambil kita anytime.
Kalau tiba-tiba aku mati, apa akan jadi dengan anak-anak aku?

MrHubby cakap, mesti dia akan down buat satu tempoh yang lama.
Aku tak risau kalau MrHubby perlu kawin lain untuk bantu dia membesarkan anak-anak, asalkan anak-anak aku disayangi macam anak sendiri.
Tapi adakah sama kasih sayangnya walaupun aku selalu garang dengan anak-anak?


Adakah anak aku akan lupa siapa Mama yang membuyung-buyung menayang gambar perut buncit dalam blog dan bangga announce kat blog selepas melahirkan diorang?



Alfatihah buat Allahyarhamah Nazirah Hamid Ghul.

Cer korang berenti jap klik mouse tu, dan fikir jap...
Apa akan jadi kat family korang kalo korang mati esok?




Aku sukaaa sangat lagu ni, walaupun aku sedih bila mengenangkan bait-bait liriknye.

14 comments:

  1. lepas arwah Mama I meninggal dan abah kahwin lain, I harap my stepmom leh kaga adik2 I. tp tu lah, nmoknya x berapa nak tertunai harapan I tu

    so I selalu pesan kat my hubby, "kalau ayg mati dulu, tolong jangan sia2kan anak2 ayg. tolong jangan sakitkan hati diorang".

    *sambil cakap ayat tu, smbil nangis..emo*

    Al-fatihah untuk kawan u ..semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman Ameen

    ReplyDelete
  2. isabelle dan yatie,
    sames goes to me.lepas my father kawin lain..i dan abg(tinggal kami 2org je yg msih belajar masa tu) mcm kekurangan kasih sayang.ayah lebih tumpukan pada mak baru dan anak baru dia tu..

    nasibla i diajar berdikari since dari kecik..masa i umur 11thn mak dh ajar masak nasi dan lauk yg simple. bila gaduh ngan abg i, penah dia kata..'kalau esok hang dapat mak baru, baru hang tau!<--dia ckp dlm nada marah psl ktorg degil,suka begaduh. i boleh balas ckp mak i,'ala..ayah tak kan kawin lain..'

    tapi bila dh berlaku kat i sendiri, baru i paham maksud mak i tu..segarang2 dia, dia tetap sayangkan kita sepenuhnya..

    selalu jugak terfikir, apa akan jadi kalau i pegi dulu sebelum tengok anak2 i membesar?

    ReplyDelete
  3. smlm baru je suami ajak hidup mati bersama tapi saye refuse.. sbbnya nnt sapa nak jaga anak2 kalau dua2 pergi sekali... :(

    ReplyDelete
  4. sama-sama la kita berdoa semoga dipanjangkan umur..dan jaga kesihatan yg baik..insya allah..

    saya hari2 pk takut mati sebelum dapat tinggalkan harta yg banyak utk anak2..

    ReplyDelete
  5. aku selalu gak terfikir psl tu. aku ok jer kalo hubby kawen lain lepas aku meninggal.janji anak2 aku tak terabai kan.

    ReplyDelete
  6. sudah tiba masanya... you have to move on.. with or without

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah utuk kawan u belle. Sedih lah sebab anak² kecik lagi. Dah ajal kan.

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah. mmg ada yg anggap, ajal tu akan datang bila kita tua. tapi tak semua org mati waktu tua. bila2 je kita boleh mati.

    I mcm taknak selfish. kalau I dah takde, hubby nak kahwin agar diri dia dan anak dia terjaga, tu boleh. tapi boleh ke kita guarantee org yg ambil tempat kita tu boleh jaga anak kita? mcm lebih nak jaga bapak je. risau juga. so selfish taknak bg dia kahwin lain. takpe ke? hmmm...

    tapi kalau suami kita boleh jaga anak tanpa perlu kahwin lain, alangkah bagusnya.

    ReplyDelete
  9. your late fren is actually my bff's cousin~! huhuhuu..

    ReplyDelete
  10. Pernah terpikir aku babe..sebelum apa2..aku minta ampun maaf siap2 la mcm ni..

    ReplyDelete
  11. Al-fatihah. Knur mcm Yatie tulis tu, masa arwah mak kami meninggal, mmg kami terfikir hal ni. Kami ni kira dah besar2 Yg kecik masa tu kira 2 org adik yg masa tu berumur 15 & 14. Suami knur cakap dia tak nak bincang hal tu tapi yelah kita risau gak fikirkan anak2.

    ReplyDelete
  12. hai..salam..

    kwn sy pun baru meninggal umur 32..mude le tu kan..tp sy lg mude..27 ;)

    betul la,mmg slalu trkenagkn hal ni..dan rasenye xde la nk kisah sgt laki nk kawin lg or not..tp kesian kat ank2 tu kalau disia2kan...

    ehh kite style same le..garang tp luv them very much !

    ReplyDelete
  13. last 2 years, doc suspected akak kena H1n1, siap kena kuarantin lagi.. sakit amat macam dah nak mati betul, dalam sakit2 sempat akak tanya2 mana ada doktor bujang nak rekomen jadi pengganti. siap nak letak kat FB, punya akak nak kenal dulu bakal ibu baru anak2 akak. sekali tengok dah sihat... nasib tak upload gambaq profile hubby kat FB utk promo... hehehe...

    alfatihah untuk kawan Is. semoga rohnya ditempatkan di kalangan org solehah. Amin

    ReplyDelete
  14. al fatihah...

    beb dh la aku khatam kan blog ko ni memalam bute... tak pasal banjir aku sensorang pikir huhuh... time kasih mengingatkan!!

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat