Monday, August 30, 2010

Hutang budi dibawa mati, hutang duit? Bayar la...



Orang kita dah biasa hidup berhutang.
Dari orang kampung... kalo beli kain baju/pinggan mangkuk/karpet, nak bayar ansuran.
Sampailah ke orang bandar yang moden-moden ni.
Berhutang dengan cara buat bank loan, personal loan, kad kredit, hutang dgn Along.. dan macam-macam lagi.

Aku sendiri jarang berhutang. Alhamdulillah... Paling-paling hutang kad kredit.
Tu pun ada satu jer. Siap kena bising dengan MrHubby sebab aku selalu bayar full, sebab aku x suka bayar interest. Dia cakap rugi, kalo macam tu, baik pakai debit card je. Whatever la. Yang penting, aku x suka berhutang, sebab aku rasa terbeban.

Mak aku selalu pesan... "Kalo dah tak dak, buat cara tak dak. Jangan dok meminjam sana-sini."
Ye la kan. Kalo bergaya dengan cara meminjam, baik tak payah...

Cuma aku pelik, nape ada orang yang selamba je berhutang banyak-lama dan lama-lama. Yang bank loan untuk keta/rumah tu memang susah nak elak la. Tapi ni, hutang dengan orang...




Sabda Rasulullah s.a.w "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”
[Riwayat al-Baihaqi ]

Memang hina la. Nak nak kalo dah hutang pun tetap nak jaga ego, tak nak ngaku yang dia berhutang. Hahaha. Nak tergelak aku dengan orang macam nie. Tapi aku layankan aje... saja tengok tahap berlagak-tak-kena-tempat tu...

Aku pun pernah bagi orang pinjam duit, tapi Alhamdulillah... most of them bukan jenis yang tak reti adab berhutang.

Ini tidak... duit berkoyan-koyan, boleh beli itu ini, tapi liat nak bayar hutang orang! Sampai sanggup tarik muka 14, sentap... sampai tahap menzalimi si pemiutang yang dah tolong dia dulu. Dasar tak kenang budi.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sengaja melengah-lengahkan hutang oleh orang yang memiliki harta untuk membayar hutang) itu boleh menghalalkan kehormatannya dan menghalalkan hukumannya."
[Riwayat Ibn Hibban]

Daripada maksud hadis tu, Ibn Hajar Al-Haitsami berpendapat, orang yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang (sedangkan dia mampu) menyebabkan kehormatannya boleh dicemari dengan menceritakan hal tersebut kepada orang lain. (citer pasal lengahkan bayar hutang je la, jangan exaggerate pasal orang tu gitu-gini pulak).
So, apa kau nak lorat kalo satu dunia tau kau berhutang selama ni? Sendiri cari pasal kan?

Malas la aku nak berhujah pasal dosa besar, pasal kewajipan langsaikan hutang bila dah mati, roh tergantung selagi tak settle hutang, etc.

Tapi kalo dah x dapat bayar on time, discuss la dan cari penyelesaian. Ini tidak... orang nak mintak bayar balik, kena marah pulak. Susah-susah sangat, kau bawak je la duit tu masuk kubur.



Sunday, August 29, 2010

Biskut raya Ultraman

Semalam penyakit rajin-terlebih datang lagi. So, I made some Almond Oat biscuits (sukati je aku bagi nama).

Bukan susah pun. Bahan dah ada... so, buat je la. Cuma aku cuak sebab aku main agak-agak je measurement untuk ingredients tu.

Mula-mula aku decorate dengan almond flakes macam nie...


Halfway, MrHubby tolong pulak... dia buat macam nie pulak....

Not to mention la bila Lil Adam pun nyibuk nak tolong sambil puji diri sendiri "Haaa..Adam pandaiii..."

Maka bila dough tu ada sikit lagi, aku pun buat la rupa Ultraman. Tu... bahagian kepala je la. Kalo buat dengan badan sekali, harus la lepas bakar, terpisah badan dari kepala.


Yang paling bawah tu adalah ala-ala Resaksa-Dinosaur-yang-tak-nampak-rupa. Hahaha.

Alhamdulillah...after baking, it turned out well. Crunchy! Dari segi rupa, memang la x lawa mana, tapi yang penting, takde la sampai kalo aku baling biskut tu kat dinding, retak dinding rumah aku. Hehehe

Hotel mana yang TAK HALAL

Merata-rata dalam blog/FB, orang dok blog pasal hotel yang halal jer. It left us wondering... dah tu, hotel yang takde dalam list tu, tak halal ke?

As for us, so far baru 2x berbuka kat luar tahun ni, so InsyaAllah terhindar la kot.
Anyway, I got this list from my boss, DrWan's email... daripada Kenyataan Media Ketua Pengarah JAKIM.

Haaa..baru jelas hotel yang tak halal tu yang mana. Tapi kat Klang Valley je la...

HOTEL YANG MEMPROMOSIKAN BUFFET RAMADHAN YANG TIDAK MEMATUHI PIAWAIAN HALAL
*MULAI 1 RAMADHAN SEHINGGA 10 RAMADHAN 1431H*

ONE WORLD HOTEL
FIRST AVENUE
Bandar Utama City Center
47800, Petaling Jaya

BISTRO & THEATRE RESTAURANT
139, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC)
Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur

IMPIANA KLCC HOTEL & SPA
No.13 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

HOTEL EQUATORIAL (M) SDN BHD
Jalan Sultan Ismail, 50250
Kuala Lumpur

PUTRAJAYA SHANGRI-LA
Jalan Putra Perdana
Taman Putra Perdana
Precinct, 62000 Putrajaya

HOTEL NIKKO KUALA LUMPUR
MTJ Development Sdn. Bhd
165,Jalan Ampang, 50450
Kuala Lumpur

SHAH’S VILLAGE HOTEL
3&5, Lorong Sultan, Peti Surat 115
46719, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

PRESCOTT INN KAJANG
Wisma Metro Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang Selangor

LAGENDA CUISINE SDN BHD
(PRESCOTT INN KAJANG)

ORIENTAL CRYSTAL KAJANG
Lot 13, Jln S10/3, Section 10,
Off Jalan Bukit 43000 Kajang Selangor

RESTORAN TUPAI-TUPAI
Lot 1513 Kg. Sg. Tangkas
Bt. 18, JalanBangiKajang, 43000
Selangor

EASTIN HOTEL PETALING JAYA
13, Jalan 6/11
Pusat Dagang Seksyen 16, 46350,
Selangor Darul Ehsan

CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR
2, Jalan Sultan Ismail
50250, Kuala Lumpur

NOVOTEL K.L CITY CENTER
(CONCIERGE-DEPT)
2, Jalan Kia Peng, 50450,
Kuala Lumpur

BANGI GOLF RESTAURANT
Bangi

CITITEL MID VALLEY
Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur

KANPEI RESTAURANT
Eminent Pedestal SdnBhd
Lot L1, Lobby Micasa All Suite Hotel
368-B, Jln 1/68F, Off JalanTunRazak
50400 Kuala Lumpur

THE ZON ALL SUITES RESIDENCES
161-D, JalanAmpang, 50450
Kuala Lumpur

THE ROYALE BINTANG
KUALA LUMPUR

R & B SERVICES
BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL
1 JALAN IMBI, 55100, KUALA LUMPUR

THE SAUJANA KUALA LUMPUR
SAUJANA RESORT
Jalan Lapangan Terbang SAAS
40150 Shah Alam, Selangor

HILTON KUALA LUMPUR
3, Jalan Stesen Sentral
50470 Kuala Lumpur
P.O. Box 11815, 50758
Kuala Lumpur

LE MERIDIEN
2,Jalan StesenSentral,Kuala Lumpur
50470 Kuala Lumpur

THE REGENCY HOTEL
No.3, Jalan Raja Alang
50300 Kuala Lumpur

Kalo ada yang cakap "Eh. buka hotel tu halal ke?"... Ni aku quote the press statement...

"Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan."

So, sapa-sapa yang berhajat nak berbuffet Ramadhan, atau yang berniat nak belanja aku berbuka (hehe)... sila elakkan tempat-tempat tersebut.

Wednesday, August 25, 2010

Guess what??? ;)





Hoyeh! Hoyeh!!!
Today is my 3rd day having this quickening that flutters in my tummy ;)
:") Heee... Dah lama I have been waiting for this butterfly tickles in my stomach.

Maklumlah dah 20 wks... So, instead of the scheduled checkup in the next 2 wks, I excitedly went to Dr.S to verify (hehe.gedix!)

Tengah-tengah scan tu, Dr. S said something about the sex of the baby. Sampai aku tergelak besar... bergoyang-goyang perut aku yang dok kena tonyoh tu. Hehehe





Hmm... korang rasa, is it gonna be...


Lil Adam's monster
(Adam kan ultraman!) or MrHubby's little girl?



Me: 20 wks (aisey... x nampak pulak big lump tu)

Budak excited nak dapat adik. Ayah setting tripod nak amik gambar Mama, dia pulak enterframe.



Tuesday, August 24, 2010

She's flying high

She's my youngest sister. Ina.Outspoken and bad-tempered, just like me. But matures fast.
Walaupun tak pernah ada adik, tapi pandai entertain anak-anak buah.
Rajin menyakat dan tahan melawak (tak kuat sentap la).

Kitorang beza 6 tahun, was once a huge gap. Tapi sekarang ni, everything can be shared. Baju, tudung, jeans...u name it.

Anyway, last Friday, she flew off to Brunei... to join the Royal Brunei Airlines (as a stewardess la, xkan jadi pilot kan?). It was such a short notice. Ntah camna management nye asyik update last minute je.

Anyway, we sent her to the KLIA. Family members yang lain tak dapat hantar, tapi x kisah la. Yang penting, Ina tak mengungkit macam aku ungkit mintak dihantar ke KLIA sebelum fly off dulu. Hehe


Some gifts for my beloved sister. Tak seberapa pun berbanding dengan segala baju, Levi's jeans, etc. yang dia wariskan kat aku.
Jeans mahal banyak2 tu memang pusaka kat aku sorang la sebab kakak-kakak yang lain ada yang besar sikit kat hips la, bontot besar la...

Lil Adam menyukat setiap sudut KLIA, macam airport tu TokWan dia punya :P


Amik feel, terkenang zaman 1st time fly dulu.

1st time naik kapal terbang tu terus pegi abroad, sama la macam Ina. Maka ada sedikit jakun di situ. Hehe.

The stewardess-to-be is ready to take off.

Esok-esok she'd be wearing something like this la. Minus the jacket, plus the 'songkok' kat kepala.


Sila jangan usyar perut itu lama-lama. Nanti jadi makin besar!


Berat rasa hati mengenangkan raya nanti Ina tak balik (most likely). Sapa nanti nak jadi maid aku? Hehehe. Takde la... Ina ni ringan tulang. Tu yang x best tu bila dia xde.


Dalam pada sedih2 tu, sempat lagi mengumpat orang... maka tergelak sakan la kitorang sambil mata berair tu. Alaa.. bukan mengumpat apa pun, nampak sorang laki orang yang hampeh... terus tingat ex-ex kitorang yang hampeh macam tu jugak.

"Kalo aku kawin dengan ex-aku tu dulu, mesti aku pun macam tu kan? Kekekeke"

To Ina, I am proud that u are now flying high. Jangan lupa diri.

Monday, August 23, 2010

Pitam berjadual

Semalam konon aku nak start mencari baju raya, sebab baju raya MrHubby & Lil Adam senang cari... maka mesti kena beli baju aku dulu. Tapi asal berjalan sikit je, aku rasa macam nak pitam.
Sudahnya, aku duduk whenever possible, either tumpang kerusi dalam booth org berjual tu, hatta atas lantai pun aku selamba je duduk (aku peduli apa kan?)
Nak kata x sahur, aku sahur. Siap melepak bergolek-golek lagi kat umah sampai kol3, baru bersiap nak kuar.


It must sound funny and weird if I say... aku pitam secara berjadual pada bulan puasa. Bunyi macam sengaja dibuat-buat kan? Yang ridiculousnya, kekerapan pitam tu adalah setiap 2tahun sekali. Memang dengar macam planned je. But that's the fact. Dulu la...

It started when I was in Standard 6. Masa tu aku gi tuisyen kat Foo Siang, Jalan Kulim. On the other end of the shoplot is Joe Fernandez's clinic (alaa... yg mati kena tembak tu) yang Along keje masa tunggu SPM.
So, masa break (tengahari) aku saja gatal singgah kat dia. Ntah macamana, masa dok borak kat kaunter tu, tiba-tiba mata aku macam naik ke atas dan aku rebah. Sib baik ada patients yang sempat sambut aku dan sorongkan aku atas wheelchair. Kalo x silap, Along sempat masukkan pen dalam mulut aku, takut aku tergigit lidah sendiri/ tetanus gamaknye. Hahaha
Dr. cakap, my bp was low and prolly the sugar content as well. Maka aku diberi glucose solution dan batal la puasa aku aritu.

Form 1... puasa macam biasa.

Form 2, ada sekali tu weekend, aku balik dari hostel dan pegi umah Tok Cik. (aku ni jenis malas nak balik rumah atas sebab tertentu). Petang tu, masa aku tengah tolong cuci ikan kat sinki, tiba-tiba rasa nak gelap mata.
So, I had to lie down sampai la waktu berbuka. Meluat betul... rasa macam mengada-ngada xboleh buat keje.

Form 3... kembali puasa macam biasa.

Form 4, masa tengah kawad di bawah terik mentari (cewah!). Tiba-tiba, bila nampak sorang bergoyang-goyang macam nak tumbang dalam barisan, mesti la obvious kan... Maka aku dibawa kuar dari barisan dan direhatkan.
Rasa nak pitam ni aku detect bila darah kat muka aku rasa macam kena 'flush'...peluh sejuk (aku ni dah la jenis susah berpeluh), mata rasa macam nak gelap. So, kaedahnya... aku duduk je la, dah rendahkan kepala. Kalo bukan bulan posa, boleh la minum/makan.

Form 5, haa..masa ni dah start x ikut jadual (sebab 2 consecutive years). I was standing in the bus from Klang Bus Stand (KL) to Klang. Jauh memang jauh... Tiba-tiba rasa lagi macam darah xnaik ke kepala.
Nak mintak seat kat orang lain, kang orang kata sengaja pulak. So, aku pun bertinggung di celah-celah beg dan orang ramai yang berdiri. Memang Malaysians ni kalo jenis yang buta perut tu, takleh nak buat apa dah kan.

Lepas tu aku x berapa ingat sangat dah berapa kali aku nak pitam masa bulan puasa.

Ada sekali tu, masa aku jalan dengan Apek yang couple dengan aku dulu kat Jalan TAR. Dia boleh la nak minum air ke apa ke. Tapi aku ni terpaksa la mintak tumpang duduk kat kerusi peniaga kat situ dan tarik nafas dalam-dalam sambil tuang air mineral atas kepala je :P



Last year pun macam tu, tetap nak pitam kat Jalan TAR walaupun X pregnant. But still it spoiled the mood to go shopping lah.

Now I wonder, bila la aku nak dapat pegi cari baju raya aku ye? Aku benci crowd... Huhu...

Saturday, August 21, 2010

Riang Ria Raya bersama chef anda

Entah sawan apa ntah, lately aku jadi rajin masak. Maybe sebab dah kembali masak untuk sahur (dan kadang2 untuk berbuka). Ditambah pulak dengan baru ni excitement mencuba-try-test choc cake comot untuk MrHubby's birthday, maka kali ni aku telah meneruskan kegedixan itu dengan membuat biskut raya pulak.

Ini le rupa biskut raya versi Chef Isabelle van de Kamp (poyo la nak tumpang glamer si Bree!)

Namanye Biskut Cornflakes Kurma.

Mula-mula, sediakan oven ye, puan-puan sekalian. Adapun oven gedabak ini adalah hadiah besday aku last year, so far hanya digunakan untuk baking cake, buat lasagna atau sebagai lemari simpanan makanan (haha..multipurpose kan?) Bila la aku nak buat ayam golek dalam oven ni macam Fizamior & Lady of Leisure tu ye...


Okay, kembali ke pangkal jalan. (ko ni, Isabelle.. kalo merapu, no.1. Camna la masa bagi lecture kat students ye?)

Ini adalah bahan-bahan bersepah di dapur yang turut disnap oleh MrHubby.
Dengan hp di sebelah taburan tepung. Oh ya...adapun blender itu tidaklah dipanaskan di atas stove sepertimana yang puan-puan fikirkan.
Dan penapis hijau tu adalah yang aku gunakan untuk ayak tepung. Ye, aku miskin x mampu beli pengayak tepung...Hahaha (warning! Jangan ada yang bagi hadiah pengayak tepung untuk birthday aku nanti).



Disebabkan MrHubby masih syok tido masa aku sediakan ingredients, maka dia hanya sempat snap gambar masa aku nak bakar je la...



Cenggini la rupanya sebelum masuk oven selama 10minit. Alaaa... kuar dari oven pun rupa macam ni gak, cuma brown sikit la...


Haaa... dah siap pun. Tadaaaa....


Aku memang buat portion sikit je. Dapat la 60biji.
Tu pun x tau apa rasanya. Dah la amatur... kang buat xsedap, MrHubby & Lil Adam gak kena paksa makan. Hahahaha

Mengenangkan kerajinan aku nie... agak-agak baby dalam perut aku ni rajin masak tak nanti (UNTUK MAMA DIA)?

Friday, August 20, 2010

Buyung




Biasanya orang refer pregnant moms as mak buyung. Aku dulu benci sangat dengar panggilan mak buyung- as if terboyot-boyot sensorang. Siap aku warning kat MrHubby, kalo aku pregnant, jangan panggil aku mak buyung!

Tapi as time passed by, bila perut aku dah besar (masa pregnantkan Lil Adam dulu), aku mula rasa panggilan tu cute. Maka aku suka dipanggil mak buyung. Hehehe.

Now that I am already in my 19th+ week of pregnancy. Dah lebih kurang half way pun. In my entry yesterday, ada yang dah tegur my tummy is comel & noticeable.

cuba teka kat atas ni gmbr tummy sapa? hehehe




Tapi kan, walaupun dah half way, aku x rasa excited pun.
I haven't made many preparations for the arrival.
Maybe sebab belum tau babyboy or babygirl.
Maybe sebab 2nd pregnancy tak sama dengan 1st pregnancy.
Tu semua alasan je, sebab aku memang gedix nak pregnant kan? Boy or girl pun aku x kisah.


But I hate this biasa-biasa feeling.
Aku takut nanti baby ni rasa aku tak welcome dia.

Tolong la wei... camna nie?

Thursday, August 19, 2010

MrHubby's 31st celebration

Yesterday was MrHubby's birthday. So, I rushed back home a bit earlier for my 1st attempt making my very own choc cake for him.
Pasal choc cake tu bukan la isu sangat, tapi sebab MrHubby dah banyak kali tanya :mixer yang dulu ketaq sangat aku nak (sebijik sama mcm Mamapasha punya) tu sampai bila akan suci tak digunakan. Hehehe

Masa tunggu berbuka, I put the melting topping... nyum2...


Oh okay..gambar itu agak melampau...
Ni gmbr kek je... (tanpa tukang buat yang terlampau itu)


Lil Adam was excited. "Mama buat kek comot!!!" (yang melt tepi2 tu dia kata comot)


Macam biasalah... tukang tiup lilin dah ada.


And the 3 of us.
Lepas dapat 'potom' kek...

Lil Adam wished "Happy birthday Ayah!" with a kiss.


Buka puasa lebih kurang je, sebab lepas tu adalah sesi melahap dengan Jiji-Fify.
Diorang bagi gambar ni (cliok daripada entry semalam), siap dlm frame...

dengan yang nie....


Korang nampak tak apa yang tertulis kat coklat tu?

Bon-bon!!!

Kepada yang tak ingat betapa significantnya perkataan tu kpd aku, sila baca di sini.

Okay.... Mulanya nak melahap di JM Bariani, tapi sebab yang tinggal cuma beriani ayam & beriani ayam merah je, so off we went to the Glenmarie's Secret Recipe.

Lil Adam sibuk pilih menu. Macam reti je.

Eventually, we ordered Tomyam spaghetti for me.




And black pepper chicken
for this couple

MrHubby's assam chicken tu x sempat snap kot sebab dah lapar sangat (order sampai lmbt).


Lil Adam nampak macam nak makan sangat...

tapi tengok la apa dia buat...



"Okay Adam, buat peace macam ni..."


Ahhh..kira boleh la tu.

Sembang punya sembang, amik gambar bagai....
Pekerja-pekerja Secret Recipe tu pun macam menunggu-nunggu je kitorang blah.


Siap mop lantai lagi... Hahaha

... dan hantar bil tanpa diminta walaupun baru kol9.30 gitu.

Ni memang terang-terangan nak menghalau namanya.


Dinding satu side lagi dah ditutup dah. Memang dasar muka tebal betul kitorang. Kekekeke.

Tapi kitorang buat derk je, dok bergambar lagi... gelak-gelak...



Okaylah...last sekali, balik la jugak. As soon as kitorang kuar je, tengok la kat belakang tu betapa gelap gulitanya. Hahahaha...

TQ so much, Jiji & Fify.
Kalo nak berbuat onar kat restoran lain pulak, jangan lupa ajak kitorang tau.

Jiji,
cepat2 belajar mengait. (rambut mesti kasi perm untuk dpt feel)

Hahahahaha.....

Nuffnang ads

My Heartbeat