Last fortnite was the last day for screening of Toy Story 3. Giler punya lambat I delayed everything, hari last baru nak bawak Lil Adam pegi tengok citer tu. Itu pun setelah tengok dia asyik terpegun depan TV yang tayang Toy Story kalo lalu kat Tesco ke, SenQ ke, etc.
Rasanya most of u dah tengok citer tu.
I myself never watched Toy Story & Toy Story II. So, in the beginning I was kinda reluctant to go... sebab aku takut blur macam masa tengok Pirates of the Caribbean punya sequel. Hahaha.
Tapi, anak punya pasal... boleh la.
Yang aku tak sangka, aku boleh 'ter'menangis masa tengok citer tu. Huhu... Terkontrol-kontrol aku kesat airmata... takut ada orang gelakkan aku :P
My mind was brought back to my childhood days... when I had this comot teddy bear that I love so much. Teddy bear tu dah 'lasam' (apa perkataan BM baku untuk 'lasam' haaa?) dan kaler pun ala-ala grey gitu.
Bulunya tak gebu. Mata pun kalo tak salah aku macam dah kena korek. Anyway, that was the teddy bear I slept with when I was a lil girl. I don't remember giving the teddy a name, but I guess I called him/her 'bear-bear'.
Kalo main masak-masak dengan Along & Acik (ye, Abang aku pun main masak2 wei.. Hahaha), Along akan guna doll dia... Acik guna Tut dia... dan aku guna bear-bear tu la.
Itu belum citer lagi aktiviti-aktiviti aku yang lain dengan bear-bear tu. Malas la nak bagi korang gelak guling-guling kat ofis. Tapi to sum up, memang banyak aktiviti kitorang berdua.
Aku pernah dapat hadiah 1 teddy lain (yang konon lebih gebu) daripada Mak & Abah, siap bulu dia diwarna as if dia pakai vest lagi. Tapi asyik disimpan je dalam lemari, sampai naik keras kejung isi teddy tu. Hahaha. Maka aku x pernah ada affair dengan bear baru yang maskulin tu.
When I was in primary school, ada sedara datang umah. Aku tak ingat sapa... Tok Su Belacan kalo x silap. Dia bawak cucu dia yang kecik lagi. Standard la kan... kena la bagi pinjam mainan kejap.
Aku dulu mana ada banyak mainan (Adam, kau tu baru nak masuk 3 tahun, tapi toys punya banyak tak agak2)... maka bear-bear pujaanku itu adalah antara yang dipinjamkan kat budak kecik tu.
Tiba masa nak balik, budak tu refused to return my bear-bear dan Mak cakap dengan aku "Bagi saja la kat dia..."
Hati aku memang tak ikhlas. Itu bear-bear aku. Walaupun aku dah sekolah dan tak main bear-bear lagi, aku nak simpan jugak! Dalam kepala aku dok terbayang aku gigit tangan budak tu supaya dia lepaskan bear-bear aku.
Tapi tu dalam imaginasi. Riak muka kena kontrol. Apatah lagi nak bantah. Nak mamp*s?
Maka mulai hari itu, aku pun dah tak jumpa bear-bear tu. Sedih pulak masa taip ayat ni... apa-ke-sentimental-sangat aku nih?
Atas dasar tu jugak la aku refuse to let go toys Lil Adam walaupun ada yang tahap tak-nampak-rupa-dah. Aku tak nak Lil Adam kehilangan kenangan silam dia (macam aku) kerana perangai si mak yang konon rajin mengemas (macam Mak).
Okaylah korang... aku nak pi amik wuduk la & solat. Cover perasaan sedih aku ni.
Korang xde ke toys lama yang korang tingat lagi sampai sekarang? Ada simpan lagi tak?
i tade special teddy bear..tp i byk kwn dgn kucing! meowwwww..........
ReplyDeleteuhukkk....teringt ai punya jugop
ReplyDeleteada! byk sgt. tp yg paling i sayang was stitch (lilo & stitch) given by my bff masa kat U. semua simpan lgi sampai arini.. konon nk turun kat anak, skali anak first hero, so tpaksa simpan dulu..
ReplyDeletei masa kecik2 tak ingat sgt psl toys..tp masa sek rendah i suka buku cerita...:) my lated dad suka beli utk i..byk koleksi yg i syg :)
ReplyDeletemy mom n dad kalau beli mainan untuk anak2 katanya untuk rangsang minat.. dia belikan my sis mainan alat2 doktor katanya nak rangsang minat supaya besar jadi doc.. for my bro dia belikan kapalterbang kontrol konon nak suh minat jadi pilot... cuma yang i tak puas hati apasal dia belikan i keretapi kontrol... sob..sob..sob..
ReplyDeletei x lekat sgt ngan bear, tp i pernah dpt doll house yg lengkap dgn perabot apa semua. that was my fav toy la. masa dpt tu utk 5th bday, sebenarnya main sampai dah tingkatan. balik2 cuti drpd asrama pon bole senyap2 main lg heheheh. tp skang dah x tau gi mana. i think my mom kemas/buang masa i balik asrama kot. tp mmg masih teringat2 lg the yellow paint and the little chairs and sofas and bath tub and beds.... :)
ReplyDeleteaikk tang mana u nangis beb?
ReplyDeletetime dorang nk kena bakar tu ek??
i byk sgt bears..sejak ada anak, i simpan semua tu atas almari
adui,..jangan la macam tu.sedih juga ni...teringat pulak kat teddy bear saya dulu. warna coklat..
ReplyDeleteEntri Terkini:Diha Ganu
salzahari,
ReplyDeleteooo.. i lak jenis takut kucing.
sitisifir10,
sedih kan?
i_sofia,
uish..baru gak la kalo lilo & stitch.
mamazharfan,
kalo masih simpan, best la.
lady,
dia nak suruh u jadi the fat controller mcm dlm thomas & friends ke? kekeke
oyis,
hahaha. kantoi!
eliza,
sedih beb. tapi nak kata apa masa tu, diam je la
nia,
mana pi dah teddy tu?
aku ada dan siap boleh anak aku main lagi :)
ReplyDelete