Monday, July 19, 2010

Bon Odori festival 2010


Remember the Bon Odori last Sat?

Well, we went there walaupun dah terlambat sikit. Ye la kan..solat Maghrib. Kang aku solat dengan telekung tengah2 padang tu, masuk Kosmo! pulak the next day ;p

The traffic was so bad. DrWan yang konon bersemangat pegi awal pun patah balik, alasan dia xde parking. Memang la... kat Mesia ni kalo parking OKU pun orang amik, ni kan pulak free parking.
We parked at one of the factories nearby... actually dulu salah sorang ex aku keje situ. Masa nak masuk kat entrance kilang tu pun, kebetulan ada adik dia... tapi dia x perasan rasanya. Whatever!

So, we had to walk a good ~2km to the venue. Giler penat... dah la penuh lautan manusia!


Aku pakai half kimono jer (kang aku pakai kimono, mampus terlondeh kena berjalan 2km!). Lil Adam lak..sebagai tanda menghargai budaya Jepun, dia pakai TShirt Ultraman. Hehe. Aci tak?


Time kitorang sampai, dancers tengah sibuk menari atas stage, diiringi pukulan gendang.
Disebabkan MrHubby takde peralatan 'menembak' yang ganaz, maka gambar pun dapat amik biasa2 je la.


Kat bawah stage, ramai yang join menari... macam poco-poco pulak aku rasa.

Dalam syok MrHubby dok snap sana sini, ada terselit Jepun celup ni anak beranak. Macam kenaaallll jer....

Penat menari, aku berjalan celah2 manusia tu. Ada yang berpicnic sakan atas trek tu. Tapi misi aku adalah mencari kipas tangan Bon Odori tu sebagai bukti aku attend event tu. Hehehe.

Tiba-tiba...kedengaran ada suara panggil aku. Ooo... si Dina, Diane & Ina rupanya! Memang siang tu diorang mention nak pegi, tapi x sangka lak leh terserempak. Harap2 tak kantoi aku menari macam orang sewel dengan Lil Adam tadi tu..Hehehe


Macam-macam jenis Jepun ada kat sana. Yang Japanese-wannabe, pure Japanese, Japanese muka sushi... korang tengok la sendiri. Ni aku quote sekali interpretation MrHubby tentang diorang...
yang ini aku rasa org-org jepun yang keje kat malaysia ni or ikut family keje kat sini..

yang ini aku rasa student amik bahasa jepun.. hehehe..

yg ini pemukul gendang untuk tarian tu.. budak2 jepun kot... x pun tarian naga punya budak hahaha...
yang ini aku rasa dia minat artis lelaki jepun...

Okay... yang ni semua bajet muka Jepun (termasuk la minah tinggi yang hidung penyet, mata besar tu)


Dalam ramai2 tu, ada sorang anak jepun yg cute.


Budak comel : Ish.. degil org cakap, ko senyum tu buruk la.. aku katok karang baru tau..


Ni sorang lagi....
Budak comel 2: Apa dia... aku mcm jepun? mmg la aku anak org jepun la...

Siap makan mee goreng mamak lagi (I mean, udon la) tengah2 padang tu ...

Ni yang aku dok sibuk usyar anak orang Jepun nie, bajet adik Lil Adam nanti mata sepet macam Jepun la konon. Wahahahaha. Keep on dreaming, Isabelle. Muka Cina Mak pun aku tak inherit, ada hati nak inherit gen yang takde kena-mengena! :p


Setelah penat dalam misi mencari kipas Bon Odori (Heee.. berjaya jugak!), aku pujuk Lil Adam dengan eskrem Jepun yang mahal ni.

Mahal la ni. RM6 besar tu jer. Tengok la muka riang dapat pau mama dia.

Agaknya sebab perisa Green Tea kot, maka competitorsnye (MrHubby & Lil Adam) kurang berminat. Bagusss... maka aku la yang balun sorang2.


Sempat la jugak snap 1 gambar family.


Elok nak melangkah balik, dengar balik bunyi gendang tu. Tarian start lagi.
Lil Adam pulak cakap..."Ayahhh... jom dance!"

Maka ayah mithali itu pun melayan kerenah anaknya...

Selepas gambar ni diambil, MrHubby berpeluh2 berjalan balik ke keta (2km weiiii...) sebab ada extra weight, kena pikul Lil Adam (budak tu refuse untuk berjalan sendiri).
Jangan risau... 1kg lemak yang hilang dari perut dia akibat berjalan jauh tu telah diganti dengan 5kg lagi setelah membalun nasi kerabu ganja bila sampai di rumah. Hehehe

p/s; OTW balik tu, kitorang tengok orang parking kereta sampai ~3km dari venue tu (giler ahhh...berjalan kaki dengan kimono, melintas kat roundabout, etc.) Whew!

14 comments:

  1. 2km tu...larat jugak ek akak berjln dgn berbdn dua..

    ReplyDelete
  2. kipas je ko dapat? lelain tak de ke... ishk2...

    ReplyDelete
  3. best tuh..remind me kat jepun pulak hehe..tetiba rasa x sbr2 nk blk sana. *masa duk sana, xsbr2 nk blk msia...gedix kan?* ekekeek

    ReplyDelete
  4. haah la budak2 kecik jepun tu comel2 gila...
    :D

    ReplyDelete
  5. wahhh rasa cam kat jepun laa :p

    ReplyDelete
  6. isk,..bestnya. i memang suka tengok japanese culture. seronok kan dapat mendalami budaya kaum lain.

    ReplyDelete
  7. aah la. i pun terpaksa bjalan lbh kurang 2km wei. dah la jem dari usj23 nun (dari puchong kan). rasa mcm crowded sgt ngan manusia.. kitorang pastu p balun nasik kat kedai mukmin blakang dipalma ja.

    ReplyDelete
  8. wahh.. kalau i ada sana,
    sure patah balik rumah punya la
    tak sanggup oiii nak jalan 2km!
    haha

    ReplyDelete
  9. uhuhuhu gigih betul u darling pergi sana. mmg lautan manusia! eh tp cam best jek nari poco2 tuh. hahahaha... lil adam jumpe ramai aweks jepun yea.. hikhik...

    ReplyDelete
  10. best tu.. :D nampak sgt meriah.. poco2 nampak sgt menarik, menari dukung anak lg tu, hebat hebat. wah, bagus la gigih jln 2km.. salute!

    ada tak awek jepun yg adam dpt ngorat? hehehe..

    ReplyDelete
  11. suka tengok orang jepun kan.. comel2... terutama takuya kimura... ups! asal orang jepun je, teringat takuya kimura.. hehehe

    ReplyDelete
  12. atiqah,
    semangattt...

    ciklilyputih,
    kipas je la.tu pun jenuh aku pao.oops.kantoi

    yatie chomeyl,
    standard la tu. sok2 dah balik sana, baru u ketaq nak balik mesia.

    lady,
    heee...mudah2an terkenan comel tu kat my baby

    aidaikmal,
    xsmpi sana, dpt tempias pun jadi la.

    nia,
    i mmg suka culture org luar. poyo kan?

    i-sofia,
    semangat sungguh kita no? tapi x lawan la yg park smpi kat panasonic lagi 1 tu.

    h4nie,
    patah balik? alang2 dah smpi tu, dgn separa kimono itu?oh no.

    fizamior,
    xpe beb. adam masih setia menanti damia.kekeke

    farah5577,
    kalo dah excited, lupa berat dlm perut tu. gedix no.1

    syayassir,
    ehem. takuya kimura gak yg dia ingat...

    ReplyDelete
  13. Hi, enjoyed looking at your beautiful pics of the fun there. Very nice.
    You keep well and have a nice day, Lee.

    ReplyDelete
  14. ni kalau laki aku tau sure die org pertama nk pi sebab die gatai ngan awek jepun hahaha

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat