Sunday, July 18, 2010

Hukum pakai jersi

Aku tengah se'eh kekenyangan ni setelah membantai sepinggan penuh elbow pasta dengan ayam for breakfast. Hehehe.

Maka entry untuk Bon Odori last nite will have to wait...

Takpe la..lagipun ada perkara lebih penting untuk disebarkan nie... Walaupun World Cup baru je berakhir, aku tau ramai yang ada jersi pasukan pujaan masing-masing. Tapi perasan tak apa yang tertera kat logo pasukan tu? Ada salib? Ke ada tulis brand minuman keras yg glamer tu?

Sebabnya... korang baca la kat sini....

Haram pakai jersi lambang salib


KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.

“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.

“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka. Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.

Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.

Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam. Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.



Hmmm... Actually, masa nak beli jersi Spain aku aritu, memang aku dah telek cukup-cukup... sebab aku dah pernah tanya Ustaz Taha dulu pasal benda nie...



tapi bila aku post entry ni, baru aku terperasan, ada kecik skit tu... tapi ekor + tu tak panjang... maka x la macam salib rasanya (macam 'tambah' je nampak.) Apa pendapat korang?

Dan aku terus tingat kat jersi Acik (my bro) yang tertulis Carlsberg sebesar-besar alam tu... sampaikan his FIL (Allahyarham) pernah tegur...
"Awat xdak baju lain dah ka? Kalo takdak duit, Abah bagi duit, pi beli baju lain..."

Hehehe...

10 comments:

  1. memang kan...
    nak beli jersi pun kena tengok jugak. sokong2 juga, tapi tak perlulah nak menyokong 'yang lain' pulak... bagus entry ni, bagi peringatan. sebab, kadang orang tak perasan atau buat2 tak perasan.. hehe

    ReplyDelete
  2. hurmm betul tuh..mmg haram pun pakai bju yg ada lambang semua tu..ada gambar arak pun xleh..sebelum ni mmg ada org tak tahu ke hukum ni?

    ReplyDelete
  3. alamak, kalau pisau victorinox tu cemana pulak? sama jugak lambangnya.. tapi i tak nampak cam salib pun... semua pisau dapur i ada lambang tu...
    tsk tsk tsk..
    camno nih..

    ReplyDelete
  4. yup memang betul lah tu mcm tu hukumnya belle...may be ada org yg buat2 tak tau ke apa

    ReplyDelete
  5. oh! i takde jersy.. my hubby also takde. hehehehehe.....

    eh tapi kan ada isu yg kete chevrolet tu kita xblh pakai la yea sbb ada lamabang salib. huhu~~~~

    ReplyDelete
  6. aah la kan. kadang2 terlepas pandang bila tanda tu kecik je. tp jersey portugal memnag terang2 nmpk tanda slaib. pasal jersey MU pulak, jersey baru dah xde tanda tu ... jersey lama mungkin ada.
    jersey spain tu pon tanda + tu mmg nmpk mcm plus, x macam salib tp x sure la betul ke x. i pon ada belikan jersey spain utk my hubby.

    ReplyDelete
  7. aha, salib tu kadang tak obvious sgt lah but the brand arak tu selalu ada je...

    tak pun, all the fans just buat dunno je!!

    ReplyDelete
  8. your jersey ni walaupun ekor + pendek tp lambang ni memang represents christianity in that country kan?(i mean mana2 country yg ada lambang ni la)

    ReplyDelete
  9. Saya baru saje beli jersey brazil tadi dan baru perasan kat logo tu ada salib. Bolehkan saya memakai baju tersebut hanya sekadar utk menyokong team kesukaan? Niat saya hnya utk menyokong team tersebut tidaklah saya menyokong salib tersbut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeloknya jgn pakai le kot. kalo pakai pun, jgn bwk solat.

      Delete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat