Tuesday, August 4, 2015

Annyeonghaseyo (Seoul -Part 3, best presenter!)

Orait...sambung lagi cerita Seoul.

DAY 7
Hari untuk closing ceremony, aku telah berniat untuk cover beberapa lagi tempat yang belum aku jejak, sebelum pegi ke COEX by tengahari untuk closing ceremony. 
Destinasi pertama adalah istana Gyeongbokgung.
 
Gyeongbokgung



Baru je sampai, dok gedix amik gambar sikit, tetiba itu liangmoi Sharon dah whatsapp suruh aku balik ke COEX.
Sebabnya... dah keluar results--- aku dapat 1st Prize untuk Poster Competition!
Alhamdulillah...
Hoyehhhh!! Hoyehhh!!!

Mana la nak sangka kan, of a total of 101 abstracts diterima daripada 6 continents...tapi boleh pulak aku yang dapat.


Nasib baik aku tak buat sujud syukur kat istana tu. Kang orang ingat aku sembah apa pulak. Kehkehkeh.
Disebabkan aku kena isi form untuk dapat hadiah (duit USD700), maka aku kena la balik cepat ke COEX, tak boleh la berlengah-lengah. 
Aiseymen...


Tapi sempat la jugak aku bergambar sikit lagi... walaupun hati dah melonjak riang dah time tu.


 OTW to the train station pun...sempaaaattt!!!

Masalahanya, time tu adalah hari Jumaat. So, Yahya split dengan aku sebab dia nak cari masjid kat Itaewon...untuk solat Jumaat.
 

Hansung University
Dan aku????
Melencong cari Hansung University!!!!

Aku dah niat sangat nak jejak kaki ke situ.
Almaklumlah... aku dah nyaris sangat masuk ke university ni untuk buat PhD. Prof Park pun dah sudi terima aku lepas interview... tapi apakan daya, takde jodoh.
So sebagai amik syarat, aku datang le jugak.


Nak tau sapa jadi mangsa tukang amik gambar aku?
Ni ha... Quel... mamat yang aku grab masa menggagau nak cari Hansung University lepas turun dari bas.
Dia terkejut bila aku cakap aku datang situ semata-mata untuk amik gambar buat syarat. Hahaha. Gigih sangat kan?
Cer kalau buat PhD pun gigih macam ni..kan ke baguih?


Lepas tu, aku pun kembali ke pangkal jalan, naik train sorang-sorang...



Tiket aku buat hal pulekkk... dah la orang kelam-kabut nak cepat.
Nasib baik pekerja diorang friendly, tolong solve the problem.



Closing ceremony
Sampai kat COEX, terus aku cari Dino... melompat-lompat aku bila nampak dia. Hahaha.
Dan berbunga-bunga hati bila tengok kat board tu ada nama sendiri :-P

    


Anyway, masuk ke auditorium..  kitorang yang dapat Student Awards ditempatkan kat depaaaan sekali. Namun begitu (aicehhh..'namun begitu' kauuuu!), sempat lagi aku ngajak kengkawan selfie. 

Lena, the German girl was the one yang kat meja kitorang masa Gala Dinner the night before. The other two are Koreans.
Opening from the Rainbow Children's Choir--- Korea’s first multicultural choir. Comel gitu.
Liriknya pun Shalalalalala...

Then, the first awards were presented.
Lama jugak kena menyengih atas stage tu lepas terima cert. Tapi tak kisah la...janji dapat award (dan duit. Muehehe).
Nasib baik sangat masa keluar pagi tu aku patah balik ke hotel untuk amik jaket. Dapat la cover tak proper pakai jeans je naik stage. Muehehe.


 
Then, ada few other awards... dan announcement for the next ICOH in Dublin Ireland (2018). ...and certainly Melbourne in 2021!

Turun dari stage, Dino datang bergambar dengan aku. 
Acececece...mesti dia kagum student hamsap macam aku yang tetiba leh dapat first prize. Kahkahkah.
Nasib kaulah Labuuuu...


And of Malcolm and I-- symbolising the Aussie victory!


..and another one, with Dr Victor--a Malaysian, who received the ILO Scholarship.

and another one.... with some Indonesion delegates.
Wahhh.. Fe-feeling retis gittew, tetiba ramai nak amik gambar dengan I.

The news of my success was also documented in the conference newsletter!
:")

Closing ceremony habis, sambung dengan meeting for ICOH members. Tapi, aku chow terus sebab nak cari Sharon. Malangnya she was unreachable.
Hadoiyaiii...

Kalau tak jenjalan jugak, rugi la pulak- esok dah nak fly balik. Maka aku pun buat plan sendiri.
So, dalam blur-blur tu... aku hentam je gi naik bas cari N-Seoul tower.
N-Seoul Tower
 Motif amik gambar sendiri dalam cermin kat bas? Hahaha.

Sebenarnya aku cuak...sebab takut sesat.
Time kat tempat macam ni, dah takde maknanya "malu bertanya sesat jalan."-- sebab kalau tanya pun, diorang tak reti jawab jugak. Huhuhuhu.


Apa pun, akhirnya aku pun sampai la ke N-Seoul Tower. Hehehe.

  


Pemandangan dari atas tu cantik wo!
Silap pulak aku tak ukir nama aku kat kayu pengadang tu.. 


Sebelum turun dari situ, aku tengok route bas tu boleh ikut jalan lain, sebab it's just a loop. So, boleh la naik bas lain untuk ke Myeongdong.

Sempat la berkenalan dengan dua beradik dari China ni. Diorang pusing beberapa negara dalam masa 50 hari dengan family. Mesti anak orang kaya ni.
 
Myeongdong

Sampai di Meyongdong, aku tak taunak buat apa...dan dah penat sangat. So, aku just pusing-pusing cari baju untuk Lil Adam and Lil Adib, tapi takde.




So, aku lepak le tepi jalan nengok gelagat orang.
Nasib baik dah nak dekat gelap tu, Sharon call--suruh jumpa kat hotel.

So, aku pun balik ke Hotel Iblis Ibis untuk plan seterusnya.


Niat di hati nak dinner ngan Sharon, Wes dan Sarven...tapi diorang dah makan. So, aku makan megi je kat bilik sebelum kitorang buat plan nak keluar atau tak malam tu.

Hajatnya nak meronggeng la celebrate kejayaan aku kan?
Tapi tiba-tiba aku dapat satu email yang aku yang sangat penting. Critical sangat time tu. Kalau aku buka emel tu, dapat berita tak best...confirm mood aku spoil.
Tapi disebabkan kawan-kawan dah menunggu kat bilik kitorang, aku pun terpaksa la baca emel tu.

...........
Guess what?!

Alhamdulillah!
Good news (again!)
Terus melompat aku atas katil tu dan suruh Wes ngan Sarven balik bilik diorang untuk bersiap. Hahaha.

My oh my!
How lucky! Three good news in a row.
Aussie won the bid- I won the first prize- and now...this one!


Paris Cafe with friends 
So, off we went to Paris Cafe. Walking distance je pun.


Nice setting.



We just had some desserts and coffees (tea for me).



The blokes- before Wes started the How-to-Speak-Like-an-Aussie lesson.

And us...

Ni on the way back to the hotel....
Konon-konon nak langgah beer segedabak tu.
Hahaha. Boys will be boys.
Sampai ke hotel, aku check dengan reception.. diorang takde pulak terima poster aku yang Marko hantar by courier.

Ahhh...sudahhh!
Kalau setakat poster biasa, aku boleh abaikan lagi (walaupun mahal le jugak harga printing nye!).
Tapi ni kira dah masuk kategori 'my lucky poster'... so tak nak la aku  balik tanpa poster tu.

Yang harunya, time tu hari Jumaat, dan pihak hotel dah hantar poster tube aku ke post office... dan hari berikutnya adalah weekend which means cuti 2 hari. Arghhh!!!
Plan punya plan, Marko kata, nanti dia suruh pihak hotel amik balik poster aku tu dari post office, dan detour ke Hotel Iblis. 
Mujur la Wes ngan Sarven tak balik lagi the following day, dan lebih penting..mujur diorang tak kisah tolong bawak balik poster tu. Hehehe.

Demikian la episod posterku yang penuh dengan drama.


LAST DAY

Morning flight.
So a bit rushing. Mandi, mengemas dan naik bas ke airport.
Selfie? Sempaaaat...


I was excited.
Sebab nak jumpa Wayne, nak singgah Malaysia, nak balik Adelaide. And above all, because I went home with a success, not empty-handed.

Sampai airport, check-in dulu.

Humang aiii...seriousnya muka ground crew diorang.
Walhal aku nak fly out je, bukan baru nak masuk negara diorang.


Masa tengah queue tu..aku pun cangak-cangak mencari Wayne. Sambil message kat Hangout, aku tanya...agak-agak dia boleh cam ke aku?
Bajet macam Rangga nak bertemu Cinta  setelah 12 tahun tak bersua. Bezanya aku ngan Wayne baru 10 tahun. Wahahaha


Konon aku ingat nak usya gelagat dia dari jauh mencari-cari aku...

Tapi belum sempat apa-apa, aku ternampak dia dan excited sangat, terus aku lambai-lambai. Hehehe.

Wayne tak bawak Kelly ngan anak-anak, sebab time tu MERS-CoV baru start tersebar... so nak avoid bawak ke public places.
Alahai...sayangnya tak dapat jumpa my BFF.

Wayne hasn't changed much, dan dia kata "You haven't aged since I last met you!"
Terus mak rasa nak bagi duit Won yang tak habis spent.
Hewhewhew :")


Lepas berlegar-legar sikit, jamu mata kat airport.... maka naik la katebang menuju Malaysia untuk transit 6 jam.



Dua-dua galak bergambar sebab julung-julung kali sampai ke Malaysia.
Maafkan la kami ye.

KLIA dah sibuk, traffic jam teruk sangat. Panas pulak tu menunggu kat area arrival tu. Naik melekit keti. Hahaha.
Tapi last-last Taha pun sampai untuk bawak kitorang away from the chaos. Phew!



Walaupun balik in the same flight with Dino, masa nak boarding KUL-ADL baru aku jumpa dia.
Time tu baru la aku sempat bersembang dengan dia pasal all the good news. He remembered how disappointed I was bila dapat present poster je instead of oral. But see what happens now.
I even received another good news (from the email). Alhamdulillah.
Hoping for more good news to come :")

Anyway, korang perasan tak... Itu amoi sempat pegi buat rambut baru lagi masa transit yang tinggal tak berapa jam je tu.
Dari masuk flight, jenuh aku nak layan dia punya soalan "Cantik tak rambut I?". 
Hahaha. Sebijik macam perangai aku sendiri.


Malam tu... aku cuma makan, sembang dengan Sharon dan tengok movie dalam flight. Steward tak hensem macam dari Incheon ke KL, tak boleh nak jamu mata. Kehkehkeh.

Arrived in Adelaide very early in the morning...dengan kesejukan yang amat sangat.
Maklum la... kat Seoul it was around 23'C.
Sampai KL hangat lit-lit dalam 33'C.
Touchdown Adelaide dah jadi satu digit je. Brrrr....


And after more than a week....I'm back at home, cuddling my Tomeyto and Potato!


 
Walaupun trip ke Seoul ni agak jenuh dengan task utama (conference), dan sight-seeing.... I'm glad that it's fruitful. Kira killing two birds with one stone lah. 
I wish to go there again one day. With the family.

 

10 comments:

  1. Amboi kemainnnn ke seoul bagai!!!!!!!


    So bile nak buat entry menang potocelen pulak? Hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde gambar 'behind the scenes' la, Ren. kalau tak, menarik gak buat entry...hehe

      Delete
    2. Alaaaaaaaaaaaaaaaa nape xde?????? Whyyyyt whyyyyy whyyyyyyyy!

      Delete
    3. sebab mak tak sangka buleh menang, noks!
      nanti la i try buat guna gmbr-gmbr sampingan ye...

      Delete
  2. Have always been proud of u! Dalam congceng kata x confident, boleh menang first prize lak tu. Rezeki melantun2 Alhamdulillah. Tengok gambar2 ko, terus rindu menerpa. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aicecece...aku tau, kau rindu tu ada maknaaa..hehe

      Delete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat