Sebenarnya takde la lama mana pun aku mengabaikan blog ni. Cuma sebab banyak sangat entry tertangguh, so terasa macam lama pulak. Ehehe.
Tak lama lagi nak buat birthday party Lil Adam, ni baru terhegeh-hegeh nak post pasal birthday MrHubby. Nampak sangat outdatednye. Hehehe.
Aritu, aku kena gi ofis dan MrHubby bawak anak-anak menakan (Along Fairuz & Angah Fazlin) yang datang bercuti gi jenjalan, so kelam kabut jugak la aku balik. Kena beli barang, fetch Lil Adam dari sekolah, beli cake, minta Lil Adam tolong kemas rumah, masak...
Nasib baik sempat...
So malam tu we had a light dinner. Breaded fish and chips and blablabla, and Portuguese egg tarts. Lepas solat semua, duduk kat lounge room...
Lil Adam played the birthday song.
Terer gak dia.
Aku try nak show off kat MrHubby pun, dia tak impressed... sebab aku tak hafal notes. Kehkehkeh.
From now on, ini la tukang tiup lilin kitorang---Lil Adib.
Tingat Zaim (anak KakSurah) dulu... tak kira birthday sapa pun, dia nak gak tiup lilin. So, kena la nyalakan balik lilin tu. Same case here.
Happy birthday, Cinta! Semoga dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah. Rezeki duit yang mencukupi, rezeki kesihatan, rezeki anak yang baik/isteri yang noti, rezeki dipermudahkan segala urusan.
Mesti ada yang perasan--- Amboi celebrate birthday, siap berkebaya/ baju
Melayu? Hang ingat hang artis?
Eh.. artis pun celebrate birthday tak
pakai kebaya tau, siap kat kalabun-malami lagi. Hahaha. Actually lepas
tu, kitorang nak pegi Majlis Raya.
Ye, majlis raya posa. Kan raya haji tak lepas lagi. Haaaa..kantoi...nampak sangat dah lama cerita ni. Okay la tu.. selagi belum raya haji, kira valid la kan?
Masa raya aritu, kemain suka orang tengok iklan TM. Yang kononnya kata perangai adik tu comel.
Ada-ada je alasan dia.
Tapi aku tengok dari perspektif lain. Kecik-kecik dah ajar budak-budak menipu dan anggap benda tu perkara biasa. Haaa...comel tak?
Sekarang ni dah kecoh isu menipu dalam exam UPSR, kecoh pasal paper bocor ni... ada yang nak kata comel tak? Hahaha
Sebenarnya, aku malas dan meluat sangat nak buat entry pasal isu paper UPSR bocor ni. Ye la...UPSR je pun.
Elehhhh... bangunan lagikan runtuh, bumbung pun boleh bocor...inikan pulak soalan exam!
Desperate sangat nak pulun semua A.
Kita dulu-dulu belajar jugak, pressure jugak. Tapi takde la teruk sangat. Maybe time tu cikgu-cikgu, Guru Besar, PPD semua tak desperate nak jaga status sekolah. Cap ayam pun, cap ayam la.
Tahun aku UPSR, kalau tak silap, tak sampai 10 orang pun dapat straight A's kat SKTL. Takde nak gah apa pun. Aku pergi register kat sekolah menengah harian (sebagai formality je, sementara decide nak masuk sekolah mana), cikgu tu yang offer nak rekmen aku masuk boarding school (SBP).
Tapi ye la kan... sekarang ni, dah wujud kasta SBP/MRSM/Sekolah Integrasi/Sekolah Berprestasi Tinggi. Banyak sangat dah. Sampai aku pun tak tau which is which. Zaman aku, kira SBP je la paling dewa.
Bila dah ada banyak kasta ni, mak bapak dan cikgu jadi overexcited. Bila keadaan terdesak macam ni, mula la ada bangsat yang buang amanah ke tepi dan nak kaut untung.
Yang menjual satu hal... yang membeli pun, dua kali lima la.
Cikgu pun bersatu-padu pulak tu. Share kat email, share kat Whatsapp. Demi menjaga prestasi sekolah kekdahnya. Hebatttt...hebatttt.
Dengar cerita, sebelum-sebelum ni pun dah pernah jadi kes bocor ni. Cuma kecoh dengan tak je. Tapi tahun ni, umpama kena-penampaq-sampai-melekat-kat-dinding la kot. Sebab kantoi-sekantoi-kantoinya.
Siap ada buat formula ayat macam cerita untuk hafal tuuuu...
Dollah Cakap Aku Cinta Budak Baru ---wakakaka! Takbolehblah.
Terjejas la pendapatan Tok Bomoh untuk dapat pengeras jual air penerang hati, sebab khidmat dah tak diperlukan.
Kesian orang yang buat bisnes kismis doa, coklat minda, air zam-zam tawaf 100 pusingan (ada ke ni? aku main tibai je. Apakah dia kendong tong air zam-zam sambil tawaf?). Mesti tak laku. Buat apa susah payah makan semua tu kalau cuma perlu hafal formula tu saja.
Kalau aku dulu, excited dapat wakil sekolah attend Kem Kecemerlangan Pelajar UPSR kat Al-Irsyad, jumpa kawan-kawan pandai dari sekolah lain. Aku rasa lepas ni, Kem Kecemerlangan pun dah tak dapat sambutan.
Ni la masalahnya bila semua surface. Exam-oriented.
Semua nak pulun biar on paper (dalam transcript) nampak huruf A je terkangkang.
Tak nak ada huruf lain.
Kang aku kutuk pasal sistem ni, orang kata pulak "Macam la sistem pendidikan kat Australia tu bagus sangat!"
Tapi nampak gaya macam tu la. Kat Malaysia, seolah-olah kalau tak dapat semua A masa darjah 6 kira gelap terus la masa depan!
Walhal, aku bersembang dengan Sharifah aritu, dia pun admit... kawan-kawan dia yang corot masa sekolah dulu pun tau-tau sama study dengan dia kat UK. Kawan-kawan aku yang biasa-biasa dulu pun (tak pernah naik stage pun tiap kali Hari Penyampaian Hadiah), ada yang lagi hebat daripada aku sekarang.
Maksud aku, UPSR bukanlah segalanya. PMR, SPM pun sama.
Tapi standard la... mesti ada tekanan daripada mak bapak.
Sedara-mara.
Jiran tetangga.
Sibuk je nak tanya result anak orang. Huh! Lepas tu canang la anak dia masuk sekolah ni la, universiti itu la. Ye la, makcik... anak awak sorang je paling hebat di mayapada ni!
Tapi, aku rasa mak abah aku kurang pressure kot masa nak jawab kalau orang tanya pasal result aku dulu.Nasib baik.
Aku tak tau la nanti anak-anak aku balik sekolah kat Malaysia macam mana. Nak-nak pulak sebab aku sendiri competitive. So, boleh ke aku buat derk je dengan isu macam ni? MrHubby dah warning aku siap-siap dah, jangan freak out. Hewhewhew
Haihhh...
Kalau
bab nak revise gaji, lajuuu je jawatan cikgu yang disebut-sebut.
Maklumlah... pendidik anak bangsa, pemangkin kemajuan negara. Geng-geng lecturer macam aku memang tak menyumbang apa-apa pun. Sebab graduan jadi doktor, jadi engineer, jadi lawyer.. semua kerana pendidikan kat sekolah kan? Bukan kat universiti! #tangandibahumatakeatas
Aku
tau, bukan semua cikgu macam ni. Ramai kawan-kawan sekolah aku pun
sekarang dah jadi cikgu. Dan aku harap diorang tak masuk dalam kategori
tak amanah ni...sebab masing-masing dah tahu pasal integriti
halal/berkatnya gaji.
So, toksah la buat-buat meroyan pulak lepas baca
entry aku ni as if terlepas pandang ayat aku yang dituju kat
cikgu-yang-tak-amanah-saja ni.
Kang aku kata sapa makan cili banyak, dia yang cirit-birit.... baru tau!
Ye, aku sedia maklum... cikgu-cikgu pun ada dilema.
Mak bapak bebankan cikgu untuk ajar anak diorang jadi pandai. TAPIIIIII....
Jangan calar sikit pun secara fizikal. Emosi pun jangan calar.
Kalau tidakkkk... "See you in court!"
Aku cuma rasa kebocoran exam papers ni menyerlahkan ketirisan dalam security and safeguarding the
integrity of the exam.
So, MOE la kena belek balik dan tighten up mana-mana yang cacat tu.
Malu la weh bila nampak masyarakat kita 'kiasu' sangat sampai sanggup menipu, walhal untuk UPSR je pun.
Kita pom-pang-pom-pang kat anak suruh jadi baik, yet we show them (at the age of 12??), it is okay to cheat? Kejadah apanye?
Then bila anak-anak jadi remaja, diorang punya moral tu ke laut, kita salahkan sebab tak belajar Pendidikan Moral. Eh?
Kalau takat cacat kat procedures (untuk jaga keselamatan exam papers supaya tak bocor lagi), boleh ampun lagi. Sekejap je boleh dibetulkan. Meeting, keluarkan arahan, put in in practice.
Tapi ni dah kira cacat character. Kalau yang ni, makan masa lama nak dibetulkan.
Kalau kat Malaysia, aku pun tak perasan how often aku gi makan tempat mahal-mahal. Sebulan sekali? Entah la. Takde jadual pun.
Kat sini, kali ni aku buat jugak la. Alaaa bukan selalu pun kan? Sesekali bajet diri tu orang kaya. Muahahaha.
Asalnya nak gi somehwere else, tapi dah fully booked. Dah ad-hoc gitu, mana la ingat nak plan ahead kan?
So, we ended up pegi Sammy's on the Marina at Glenelg.
Romantic gak kawasan ni malam-malam.
Tapi kalau kat Malaysia, takde romantic-romanticnye. Mesti aku berjalan dengan cuak sambil kepit henbeg dan pegang benda tajam. Muehehehe
Sampai situ, we were seated and..alaaa...macam biasa la, dapat menu.
Takkan tu pun nak kena cerita?
Masing-masing tekun pilih apa nak order.
Lil Adam and Armand duduk hujung meja. Senang diorang sembang hal diorang.
Ni apa kes ni, baca menu pun sambil sengih-sengih?
Nampak sangat berlakonnye.
MrHubby's choice.
Chaittt...datang jauh-jauh... ala-ala fish and chips je dia order?!
Esa sebagai chef, mesti la kitorang wonder apa yang dia order. Fish of the day- whole barramundi. Perghhh.
Shifa's meal was supposed to be for sharing (for two). Tapi alaaa..portion matsaleh ni kecik je. Aku makan sorang pun tak cukup. So tak heran la kalau Shifa makan pun rasa lapar lagi.
Ada insiden lawak di sebalik fresh oyster tu. Almaklumlah, fresh... maka ada sea worm seto'et tu, adalah nothing new la kan. Tapi Shifa sampai terus hilang selera.
So, aku le tukang makan oyster yang diganti tu. Hihi
Yang ni sapa punya ehh?
Yours truly punye...salmon!
Calamari and chips for the kids.
Lil Adib pulun chips je la.
Apa lagi? Jemput le makan....
Kak Tini and Husna sebelum melahap hidangan, mesti posing ayu-ayu dulu.
Alia and Hazreel.
Eh..batu cincin dia, kalah cincin dichroic Rosmah I tau! Mana gambar kita posing dengan cincin kita eh, Hazreel?
..and us.
Habis makan, Hazreel gave a speech.
Ishh bunyi macam skema pulak. I mean, bagi sepatah dua kata.. siap baca poem gittew!
...ditujukan buat 'Dr.Madya' Esa especially...dan untuk kitorang-kitorang yang masih berjiwang berjuang.
...sambil yang sweet tooth menikmati desserts.
Rugi pulak lambat teringat pasal donuts. Kalau tidak, pakat-pakat berbondong ke Krispy Kreme la jawabnya.
Haiii..susah betul nak dapat family photo.
Tengok ni Tomeyto buat-buat tutup mata pulak. Noti betul!
Sebelum berangkat balik, apa lagi... Eftpos je la.
Ni kalau orang kampung tengok 10 orang makan ciput-ciput harga sampai jejak RM1200, mampuih kena bebel.
Maunye tidak, kat Endau dulu puas aku melantak sekilo dua Moreton Bay bugs, baru berapa puluh hengget je. Dah la murah, fresh pulak -_____-
Alaaa makcik, harga tiket flight saya sorang balik ke Malaysia pun tak lepas. So kira aci la ye?
Aku rasa, raya di perantauan ni lebih meriah. Meriah sebab banyak makanan. Eh.
Asal raya je, makan. Asal makan je, raya.
Eh.
Selain open house kat rumah aku aritu, of course la segala persatuan dan kelab pakat nak buat majlis raya. Ada satu kelab je yang tak buat majlis raya.
Kelab malam.
Hahaha.
Okay, tak lawak.
Teruskan...
Ni cerita pasal majlis raya bersama EMA dan PM Office.
Ramai jugak ummat yang datang...sampai tak muat Bradford Lodge tu.
Yang duduk kat dalam, sambil dengar ucapan..kena la sopan santun. Tunjuk muka paling attentive.
Yang kat luar?
Hahaha.
Aku yang dok dalam pun, bosan-bosan, sempat lagi la selfie, walaupun ada cubaan Lil Adib untuk photobomb.
Gambar makanan takde. Sebab dah ramai sangat orang, aku pun tak kuasa nak snap-snap gambar. Baik aku suap mulut aku, lagi bagus.
That was the last event for Dr J.
Sebab dia ambik option pencen, which started by the end of August.