Tuesday, March 18, 2014

Why mozzies pick you?

"Mopiko lai-laaaaa!!!"
"Mopiko datanggggg!!!"

Korang ingat lagi iklan tu? 
Harharhar.
Aku cari iklan lama tak jumpa pulak... tapi yang ni pun kira boleh la buat bahan gelak. Siap pakai lab coat tuuuu.. Wahahaha.


Lepas ni aku nak pakai labcoat aku la..boleh buat iklan yang feature dentist untuk iklan ubat gigi, iklan researcher cakap pasal formula milk... pasal ubat kuat di ranjang. Eh. Yang tu tak perlu pakai labcoat. Huahuahua

Okay..okay...

Sebenarnya aku nak tanya, korang ni jenis yang selalu digigit nyamuk tak?


Aku ni jenis yang jarang menjadi pilihan. Tapi maybe jugak sebab aku tak berapa observant bab-bab gatal digigit nyamuk ni. Sebab bagi aku, kalau gatal, garu je la.

Anyway, actually nyamuk a.k.a mosquitoes a.k.a mozzies ni memang ada selectivity.

Research menunjukkan favouritism nyamuk ni biasanya dipengaruhi oleh blood type, metabolism, exercise, warna baju and even drinking beer.


Blood type
Nyamuk prefer darah jenis O sebab lebih sedap. Mungkin jugak la sebab tu aku gatal. Eh, I mean gatal-gatal. Pentingnya menggandakan perkataan di sini untuk mengcover kegatalan diri.
Well, mungkin jugak sebab blood type O ni universal donor.
Kalau darah jenis A kira tak berapa sedap la. Darah jenis lain tu kira tengah-tengah. Kalau tak percaya, cer korang try rasa.


Workouts/exercise 
Bila korang exercise, badan jadi panas dan kita produce more sweat and body heat, making the blood  tastier. Uric acid, lactic acid, ammonia yang keluar sekali dengan peluh ni lagi memanggil-manggil nyamuk untuk gigit korang.
Untuk paragraph ni aku tulis 'korang'... sebab aku jenis malas exercise, dan aku jenis susah berpeluh. Hahaha.

Carbon dioxide
Mozzies find CO2 attractive. Jadi heavy breathers menjadi pilihan diorang.
Kalau korang rasa kenapa banyak sangat parut-parut nyamuk kat kaki/ tangan tu... sila la check.. maybe diameter lubang idung korang agak luar biasa, dan membuatkan korang exhale banyak CO2.
Solutions? Maybe boleh pakai sepit baju untuk kepit hidung, atau simpan sikit 'bijih' di dalam di dalam hidung tu. Jangan syok sangat korek sampai menjadi tumpuan nyamuk kemudian hari. Hahahaha

  
Pregnancy
Buat mak-mak yang mengandung... yang perasan kenapa selalu digigit nyamuk... Ya, memang secara teorinya, ibu-ibu hamil ni badan dia panas lebih sikit daripada orang biasa (lebih tinggi by 0.7 degrees). Lagi satu, sebab golongan ni exhale lebih banyak CO2 (21% higher), maklumlah... nak bekalkan oksigen kat baby jugak!
Aku tak pasti teori ni applicable tak untuk bapak-bapak yang mengandungi. Err.. I mean, yang ada perut macam 5 bulan.
Namun begitu, kalau korang tengok baby/toddlers korang jenuh penuh dengan bintil-bintil gatal digigit nyamuk, jangan la pulak korang tuduh dia pregnant -_-


Colours
Yang ni aku tau ramai yang setuju. Kaler hitam kan?
So, kalau melepak kat kedai mamak malam-malam tu, toksah la nak black metal sangat... pakai je baju putih atau telekung putih, supaya boleh bersembang dengan kengkawan  tanpa tangan sibuk mengibas-ngibas sana-sini.
Tapi kalau takut orang pandang semacam sebab pakai telekung putih, pakai la kaler lain. Entomologists kata kaler yang jadi pujaan nyamuk adalah hitam, navy blue dan merah.

Okay, so lepas ni sila pakai baju kuning (kang orang ingat geng Bersih pulak!), atau hijau (kang orang kata PAS totok pulak!), atau pink (kena tuduh Puteri UMNO pulak!). 
Hmmm... pakai oren atau purple, okay kot.


   
http://www.straitstimes.com/sites/straitstimes.com/files/20130726/mozziestasty26e.jpg

Skin bacteria
Kat kulit kita memang ada skin bacteria known as microflora. Ada study mengatakan certain types of microflora ni membuatkan seseorang tu jadi more appealing to mosquitoes.
Tapi, kalau ada a diversity of different species of bacteria on the skin, nyamuk dah tak minat nak gigit.
Moralnya: Time mandi, jangan beria sangat gonyoh badan tu. We wanna get rid of the germs not the natural bacteria.
Or better still, jangan mandi. Eh.


Beer
Ada study yang kata orang yang minum beer ni menjadi daya penarik kepada nyamuk. Aku rasa this has something to do with the CO2 emitted la, as the fermentation product.
So, yang Islam yang tak minum ni..kira chances are lower la kan?


Genetic
Genetic factor pun boleh menjadi punca korang menjadi pilihan nyamuk. 85% pulak tu.
Maksudnya kalau keturunan korang memang menjadi favourite nyamuk, likely korang dan anak-anak korang pun sama le nasibnya.


Nasib la dah abis summer, kurang la sikit segala serangga.  kalau tidak, jenuh dengan lalat, semut, nyamuk bagai. Tu belum cerita lagi kalau anak jerit "Spider!" je, terus cuak kot-kot redbacks.

2 comments:

  1. knur jenis selalu jugak kena gigit dgn nyamuk. mungkin genetik kot.

    ReplyDelete
  2. ida balik kampung je memang jadi lauk la dengan nyamuk2 ni. nak nangis rasanye.. i'm not O type. So, most probably because of sweat/body heat or CO2. the rest of the reasons tu macam tak applicable je sbb family lain bahagia je tido mlm , and I dont drink obviously..huhu T___T

    Someone told me ada gelang untuk halang nyamuk, but yet to find it in the market. Sementara tu, redha je la jadi makanan nyamuk. sobs sobs.

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat