Tuesday, March 18, 2014

..dan lagi..dan lagi...dan lagi....


Selepas cerita kantoi paling epic birthday kali ni yang aku blogkan aritu... actually ada lagi sambutan birthday aku. Tahun ni agak meleret-leret. Tapi tak kisah la kan, janji tiap kali celebrate tu, umur aku tak naik. Hahaha

Pagi birthday aku tu, my Lil Adam made some Nutella toasts for me. No breakfast in bed, sebab pagi tu dia pun nak gi sekolah... maka jangan nak mengada-ngada nak makan kat katil. Kang bersepah bagai, akuuuu jugak nak kena kemas.


Then, malamnya tu... we had some guests from Education Malaysia Australia (Dr J, Ustaz Azziyadi dan En Shazalli) at home. Aku rasa over la pulak kalo nak potong kek depan tetamu macam tu.. so malam tu, kek aku duduk la bersemayam dalam fridge jer. The following days (Khamis dan Jumaat) pun, aku dok busy dengan preparation untuk Meet & Greet dengan new students.So, terpostpone lama la jugak birthday celebration kali ni,

Cuma sempat la aku potong kek kecik untuk share dengan kawan-kawan Thesis Writing Group aku. Takde gambar ke pulak, sebab tetiba diorang nyanyi Happy Birthday, aku terkulat-kulat je :-P


That doesn't matter though. Sebab lepas tu, sambutannye ala-ala dendam kesumat gitu. One after another.

That weekend, kitorang pegi ke Noarlunga Beach, about 40 km from home.
Ta-daaa!!!



Lawa giler pantai ni, wa cakap lu.
Tapi tak lawan la dengan Stradbroke Island. Heh.


Kitorang pasang khemah dekat dengan lifeguard.
Hehe. Ye la kan... selamat, kekdahnye.
(sebenarnya sebab port yang teduh sikit dah penuh).



Sementara budak-budak dan bapak budak lupa diri, kitorang berselfie dulu. Wajib!


Lepas tu, apa lagi... makan la. 
Mat saleh lalu-lalang semua pandang semacam sebab banyak giler makanan kitorang bawak. Kehkehkeh. Ye la kan, diorang setakat dengan two-piece, dengan towel, pegang beer sebotol..cukup dah.

Haa..tengok tu. 
Siap dengan nasi goreng, nasi impit kuah kacang, spaghetti, bihun goreng... jenuh makan.


The friends!!!


Dah kenyang... time for the cake!!!
Ni ler cake yang dah sekian lama dok tunggu dalam fridge kat rumah aku. Huhu.


Takde lilin-lilin dah.
Panas sangat time tu. So, potong dan makan jer.

Then, sambung balik aktiviti lupa diri.



Nasib baik takde gambar aku lupa diri masuk dalam air sambil buli Lil Adib yang terjerit-jerit takut ombak. Hewhewhew.

Aku lepak dalam khemah je la dengan Lil Adib... sebab kulit aku dah cukup Latina ala Eva Mendes dah. Kang terpaksa jadi Halle Berry pulak.


Dah petang sikit tu, mujur la ngam-ngam kitorang tengah mengemas, tetiba ombak pukul sampai ke tempat khemah kitorang. Giler kelam-kabut. Tu baru sikit tu... Tak terbayang orang yang kena tsunami dulu.


Celebration seterusnya....
Ada sesi karoks masa aku keluar dengan Hazreel dan Jem.


 
Suara Hazreel memang best. I loike!
Ni aku kira sempena birthday la jugak, sebab sekitar musim tu jugak kan?


Tak cukup dengan tu... aku ngedate pulak dengan Nisa, to satisfy our sweet tooth cravings, with these tantalizing desserts at Cocolat, Rundle Place.

Nisa's birthday is just like 3 days before mine, so..kira celebrate berjemaah la ni.



Melampau-lampau manisnya. Terus kena 'hypercholotamia".
Harharhar.




Penutup kepada sambutan birthday aku adalah 'aktiviti memanggil hujan' dengan Saz. Hewhewhew.


To sum up... I had so much fun, despite the postponed celebration.
Kalau macam ni... tiap-tiap bulan nak celebrate birthday boleh? Tapi umur naik sekali je la. Hehehe.


Hadiah birthday aku tahun ni tak sampai-sampai lagi. Huhu.
Harap-harap minggu ni dapat la. Dah ketaq ni... mihmihmih :")



4 comments:

  1. Ala teacher. Got no photo of yours ber2-piece meh?

    ReplyDelete
  2. lawanya beach tu... ni rasa nak berholiday nih... tp pitis tak dok huhu

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat