Wednesday, February 26, 2014

Paling epic birthday kali ni


Today is the day I turn on year younger older.  So, that makes me *cough*cough* 25. 
@_@
 
Yang paling epic dalam birthday kali ni adalah..
Bila pagi-pagi tadi seawal pukul 5 am, time MrHubby nak gi keje, dia bagi kad kat aku. So half-awake, aku pun buka dan baca... tetiba...

"Eh Cinta. Nape 'happy anniversary'?!

"Hah?!"

"Ni haaaa..." *tunjuk kad tu kat MrHubby.

"Eh...alamak. Hahahaha. "

Lawak betoi, dah la anniversary kitorang lagi 9 bulan lagi. 

Selalunya MrHubby beli kad awal sikit. Tapi kali ni, semalam baru dia gi beli... so dalam dia dok pilih-punya-pilih kad yang paling comel, with the nicest illustration of bears, the best words...tau-tau terrrcapai kad yang lari dari tema. Hihihi. Comel.

So, bila dia wish aku Happy Birthday sebelum aku masuk ofis tadi, aku pun balas "Happy anniversary!" Hehehe.

Alaaa..tak kisah le kan. Anyway, birthdays are also anniversary a.k.a ulangtahun kelahiran pun. Saja je aku menyakat. Dah memang aku kuat mengusik.
Nasib baik dia tak bagi kad "I'm sorry you're leaving". Kehkehkeh.


Alhamdulillah, so far I have received numerous best wishes and doa from the people I know. Yang dekat ada, yang jauh ada. But they are all close to my heart. Thanks a lot.

Aku tak tau la bagi orang lain macam mana. Tapi, bagi aku ucapan tu tanda ingatan orang kat kita. That we crossed their mind for a while, walaupun cuma sekali dalam setahun. 
Cuma aku alergik sikit kalau orang tulis ucapan "HB" je. Kedekut sangat nak taip lebih aksara. Macam tak ikhlas pun ada. 
But don't worry, so far ayat-ayat yang aku terima, paling pendek pun masih dua perkataan "Happy birthday!"

Ni saja aku syok sendiri tempek gambar sendiri, nak tengok how-good-or-terrible I look at this age.



 Hmmm..not bad ay?
  If you know my real age.


The skin will wrinkle and my youth will fade, but my soul is ageless.
It will always know how to play and how to enjoy and how to revel in this one-chance life. May I always defiantly resist the aging of the spirit.

Arini aku hoyeh-hoyeh sikit, sebab dua hari lepas, my SV dengan baik hatinya setuju meng-kenselkan meeting dengan aku.
Riang gumbira rasanya, datang ofis tak payah kerut-kerut dahi.


So, after catching up with him- just sembang-sembang pasal the issues with my experiments, we cut a birthday cake together-gether.

Richard's (Rich) birthday was last week, mine (Izzie) is today, and Dino's (my SV) is next week.



Kat lab ni memang kitorang cuma ada Pisces, Leo and Libra je.
Pisces ada tiga orang, Leo ada dua, Libra ada tiga. So, kalau ada orang baru nak join lab kitorang, kalo under a different star sign, tak boleh. Mihmihmih.



Michael is not here today. Ganyk came in late.
But he gave me the Lindt chocolates!


Tetiba Linda bagi paket Sigma Aldrich tu...katanya "Your birthday present!"
Aku terkedu-kedu.

Chehhh... magnetic stirrer bar ropanya!
Science-nerdy sangat! Tapi aku happy la jugak... sebab co-SV aku pernah pesan, jangan bagi hilang benda alah tu.
Dah la 8mm je, kecik sangat. So, last week kitorang order selambak. Kecik-kecik cenggitu pun AUD 68 (~RM204) per 10pcs.

Okay la...aku nak balik dah. Nak celebrate dengan the 3 men in my life pulak.
Lagipun arini nak kena entertain tetamu dari jauh.

Babai.

Sila klik iklan Nuffnang untuk bagi hadiah birthday kat aku secara maya. Hehehe.

Tuesday, February 25, 2014

Giant mango pun boleh kena curi?

Kecoh kejap semalam pasal sebijik giant mango kena curi kat Bowen, Queensland. Read HERE.
10 tonne, tinggi lebih kurang 12 m. Gila apa weh, benda besar cenggitu boleh kena 'curi'.

Garu kepala jap aku, sebab aku tak tau pulak wujudnya giant mango ni. Tau-tau je dah hilang.
 
Anyway, semalam,dah jumpa kat dalam semak kat tempat dia hilang tu, belakang Bowen Tourist Information Centre.
Rupa-rupanya it's just a stunt by Nando's. Kononnya untuk promo diorang punya new flavour. Hmmm.. aku tak sure pulak flavour untuk ayam diorang ke smoothie ke.

Dalam pada tu, ada pulak yang rajin buat prank, iklankan kat Gumtree.


Hahaha. Sewel!

Thursday, February 20, 2014

Oxymoron of the day: Wintery summer

Brrr... brrr....
I knew it's gonna be a tad cooler today, but never knew it's gonna be this cold! Menyesal tadi sebelum masuk Bluey Babe, tak masuk balik dalam rumah untuk ambik coat. Konon I thought "Eleehhh... how cold could it be?!"
I forgot this is Adelaide, it is turning into Melbourne, weather-wise.

Is this really summer? :-O  14'C?



The wettest after 45 years.
Eh, bukan..bukan lampin basah walaupun umur dah 45 tahun. Instead, ni pasal perubahan mendadak last week. Hujan renyai-renyai dari pagi smpi 24jam, so it was officially the wettest day in 45 years, since 1969.


Imagine la... this year dah la siap buat rekod baru, Adelaide punya heatwaves sampai 14 hari. Sampai aku berkampung satu family tido kat ofis beberapa kali. Pokok kesum aku yang subur menghijau malar segar pun terus layu di tasik madu, termasuk la kesum yang Najwa bagi -_- Tu kira dah pindah ke bawah shades tu, siap dengan air bertakung. Agaknya air tu pun jadi panas kot.


Maybe lepas ni aku kena tanam pokok ketum pulak la. Senang nak supply ketum kat Queen of Istana Hinggap, untuk buat air ketum (nescafe susu) yang menjadi igauan Melayu di Adelaide ni.
Well, last Wednesday tu, the temperature shot up to 43'C, punya la menggelupur panas. Basket (basah keti), tak senang duduk, tak senang berdiri semua. 
Tapi the following day, Allah turunkan rahmat hujan. Terus jadi 30'C.



http://www.adelaidenow.com.au/news/south-australia/south-australias-rural-towns-cop-a-drenching-after-adelaides-wettest-day-in-45-years/story-fni6uo1m-1226825879645
 pics from AdelaideNow

Siap banjir lagi kat few areas.
Dengar citer, kat city pun banjir. Mula la hati aku pun goyang nak pegi ofis last Friday. Tapi aku pegi jugak. Maklumlah... aku kan nak ligan award untuk PhD Student Paling Rajin. Mihmihmih.

Takde la banjir mana pun actually. 
Either Aussies ni memang exaggerate sebab tak pernah tengok banjir (baru surface runoff, dah kecoh kata banjir)...
Or maybe time aku lalu tu (10.30am), dah surut sikit. Tapi gambar kat South Terrace ni memang buat aku garu kepala jugak la.


http://www.adelaidenow.com.au/news/south-australia/south-australias-rural-towns-cop-a-drenching-after-adelaides-wettest-day-in-45-years/story-fni6uo1m-1226825879645
 pics from AdelaideNow


Summer is still here, at least until the end of this month. But, my.. I am glad (syukur, Alhamdulillah).
So, ada chance la birthday aku next week tak rimas sebab panas sangat.
Speaking of my birthday,  ada budak tu (Lil Adam) dah ketaq plan nak beli itu ini, nak buat itu ini. Hahaha. 
"Memang perangai mama sebijik," kata MrHubby.
Ye la... lagi sebulan nak birthday anak, aku dah kalut pikir macam-macam. In fact, masa Lil Adam dulu, beberapa bulan sebelum tu aku dah berangan. Poyo!

Wednesday, February 19, 2014

WW- Why you have never seen my 6pack



Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 18, 2014

Sembang dengan tajuk lagu/ movie

Kekadang, aku bersembang dengan MrHubby sambil selit lagu. Bukan lirik lagu. Tapi siap dengan nyanyi lagi. Bajet macam muzikal gittew. Mihmihmih.
Alaa...saja nak menyerikan rumahtangga (walaupun rumah aku takde tangga).

Contohnya tengah cakap "Apa orang tu kata?"
Terus disambung dengan "Kata-katamu hanya mimpi...di siang hariiiiiiii.." . Sampai situ je la. Korang sambung la lagu Langit Ketujuh (Sharifah Zarina) tu, aku pun bukan hafal lirik lagu tu pun.

Contoh lagi...
"Eh. Hari ni ke? Bukan kelmarin?"
Maka tak pasal-pasal keluar la sebaris lagu Kelmarin- Zur Eda.
"Kelmarin... ten-ten-ten-ten-ten"
Wakakakaka... kalo korang tak faham, cer dengar ni... saat ke-18.





Contoh lain... Kalau tetiba MrHubby cakap dia dahaga... aku akan tetiba melencong nyanyi "Dahaga kasih padamu..." (lagu Meniti Suratan-May) pulak.
Tapi biasanya memang setakat sebaris lagu je la.
Gila apa weh nak melarat sampai habis satu lagu. Maunye laki aku yang tengah dahaga tu mengamuk pulak kang.

Well, kitorang saja suka-suka je...

Tapi yang ni memang hebat betul.

Dari mula conversation kat restoran, sampai habis...(break-up), semua guna tajuk filem.
Perghhh... kreatif betul ni.


Korang mampooo?

Monday, February 17, 2014

Let's test -what do you see?


Hari ni aku nak relax lepas dua meeting, so kita buat entry test power tengok tahap pemikiran korang. Sila pilih... apa yang korang nampak dalam gambar ni.



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




 Babies from different races ---> Man, you are racist!


Just 4 babies ----> Normal


All 5 babies ---> Ninja - Aiyaaa. Where got extra one?!


Dead babies --->  Could you be a killer?


4 tiny asses ----> Hahahaha. Pedophile!

Saturday, February 15, 2014

Library is not only for bookworms

Gone were the days where people associate libraries with bookworms. Hehehe.

We now look at library as one of the strategies to cool down during heatwaves. Lots of books and toys, free aircond, many things to explore,

So, masa Adelaide berpanas-panas ni adalah masa yang sesuai nak tunjuk rajin study pegi Campbelltown Library. 

Lil Adib ala-ala stunned gitu masa mula-mula sampai. Siap sebut "Whoaaaa!!!"
Bagpack tak lepas, tetap nak galas. Ni semua gara-gara pengaruh awek dia, Dora.



Kitorang just lepak kat section budak-budak jer.
Aku suka tengok interior design library ni... sangat creative. Tiap-tiap minggu, ada storytelling session kat 'pokok besar' ni. Kiranya storyteller akan duduk kat kerusi tu, surrounded by kids la.

"Pada suatu hari......"
Wahhh...tetiba aku terbayang penuh expression bercerita kat budak-budak...


Lil Adib suka fish. So, aku tunjuk buku Nemo ni kat dia.
Then, aku lukiskan Ultraman dan monster kat buku Lil Adib, so dia seronok la.


Lil Adam reading a book.

Apple picking!
Siap nak dibahamnya apple plastik tu. *facepalm*



Habis petik apples, naik rocking horse pulak.




Kat library ni actually ada 'toy library' jugak.
Boleh pinjam toys bawa balik ke rumah. Tapi masa aku pegi tu, section tu tutup. So Lil Adib tengok dari luar je la.
Tapi kalau buka pun, aku takut nak pinjam toys yang ada small parts. Takut hilang kang, baru la nak nyanyi di mana kan ku cari ganti!


Selagi summer ni dok ada heatwaves... maka aku akan jadi minah not-so bookworm.
Haihh...Kalaulah ada beanbags kat situ untuk aku lepak, confirm mata layu je sedap kena aircond.


Library,
mu tunggu aku datang!



Friday, February 14, 2014

O'Loughlin at the Moonlight Markets!


Acecece... Moonlight Markets. Lawak betul Aussies ni. 4 tahun sekali je? Kecoh la lu.

Kat Malaysia, tiap-tiap hari ada pasar malam... sampaikan masa pregnantkan Lil Adam dulu, aku atur je nak pegi pasar malam seksyen berapa. Hari Khamis je takde pasar malam kat Shah Alam (masa tu la, sekarang dah ada kot).



Okay la...tapi sebab aku pun buat jakun, excited pegi... so kita anggap la special sebab namanya pun 'Moonlight' kan?
Mulanya aku nak pegi awal, tapi kang tak feel pulak 'moonlight'nye tu. So, lepas maghrib baru gerak dari rumah. Consequently, gambar pun tak berapa lawa...Huhu



Last year, aku termiss empat-empat kali tu. This year, aku baru sempat miss dua kali, so kira hebat le kan?
Poyo je nak kira. Motif?



Well, agak ramai gak la orang. It's more like 'pesta' (macam Pesta Pulau Pinang and such), minus the fun games and rides.



Something like this lah.... ni video aku linkkan dari YouTube.


Stall pertama aku tengok adalah topi.
Aku kan gila topi. Ni dah lagi sebulan nak habis summer aku masih berpuasa dari beli topi, kira satu pencapaian yang memberangsangkan la jugak. Huhu.


Then, ta-daaa!
Tengok tu, muka excited! Sebab aku nampak stall ni nama Anne O'Loughlin!


Sempat aku tanya dia "Are you related to Alex O'Loughlin?" 
Bahahaha. Malangnya dia jawab "No."
Kalau tidak, tentu aku dah borong banyak dichroic (dual colours) glass jewelleries yang dia buat. Lawa wehhh...

More jewelleries kat stalls lain.


And this stall.... cute nye humang aiiii....

Cute little owlies, beanies and such. Murah pulak tu.
Teringat dulu aku siap jahitkan bantal busuk masa pregnant. Maunye tidak Ugly Doodolls tu je dah RM60. Gila hapa aku nak beli mahal-mahal?

Ada stalls jual baju....


Kecik-kecik dulu takde baju princess.
Err..nak beli sekarang, boleh?



Lawa pulak aku tengok miniature art dalam jar ni.
Tapi aku reti buat sendiri ni aku rasa. So, buat jamu mata je la...






Tropical sno.
Alelelele... sebenarnya ais kepal je pun. Takpe..takpe...



Ada entertainment show.
Aisehh...kalau pegi awal, boleh tengok belly dance.
Aku rasa aku dah cukup kriteria ni nak buat belly dancing, sebab dah ada perut sikit. Kalau aku tak qualified pun, aku rasa MrHubby cukup syarat. Wakakaka.


Just us... with Anep and Darwin.



Sebelum balik, aku bodek MrHubby supaya belikan satu jewellery kat stall Anne O'Loughlin tadi tu... sebagai tanda sokongan aku kat Alex O'Loughlin.

Eh, apa kena-mengena?

oh my Alex O'Loughlin cincin!


Ahhh... tak kisahlah. 
Janji sekarang aku dah ada cincin batu jemala patik besar berharga RM24juta 59 sen. Berbaloi aku menabung sejak kecik!

Nuffnang ads

My Heartbeat