Tuesday, February 18, 2014

Sembang dengan tajuk lagu/ movie

Kekadang, aku bersembang dengan MrHubby sambil selit lagu. Bukan lirik lagu. Tapi siap dengan nyanyi lagi. Bajet macam muzikal gittew. Mihmihmih.
Alaa...saja nak menyerikan rumahtangga (walaupun rumah aku takde tangga).

Contohnya tengah cakap "Apa orang tu kata?"
Terus disambung dengan "Kata-katamu hanya mimpi...di siang hariiiiiiii.." . Sampai situ je la. Korang sambung la lagu Langit Ketujuh (Sharifah Zarina) tu, aku pun bukan hafal lirik lagu tu pun.

Contoh lagi...
"Eh. Hari ni ke? Bukan kelmarin?"
Maka tak pasal-pasal keluar la sebaris lagu Kelmarin- Zur Eda.
"Kelmarin... ten-ten-ten-ten-ten"
Wakakakaka... kalo korang tak faham, cer dengar ni... saat ke-18.





Contoh lain... Kalau tetiba MrHubby cakap dia dahaga... aku akan tetiba melencong nyanyi "Dahaga kasih padamu..." (lagu Meniti Suratan-May) pulak.
Tapi biasanya memang setakat sebaris lagu je la.
Gila apa weh nak melarat sampai habis satu lagu. Maunye laki aku yang tengah dahaga tu mengamuk pulak kang.

Well, kitorang saja suka-suka je...

Tapi yang ni memang hebat betul.

Dari mula conversation kat restoran, sampai habis...(break-up), semua guna tajuk filem.
Perghhh... kreatif betul ni.


Korang mampooo?

1 comment:

  1. pergh!!!! hebat sey... smpi mmm... psss... suma pon tajuk movie... cool habis....

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat