Nasib baik la takde pokok. Kalau tidak, sah-sah la kitorang berkerumun bawah shades. MatSaleh je yang gila berjemur tengah panas. Kalau macam aku ni dah puas kumpul melanin dalam kulit aku. Hehe
The kids had fun playing with the sand.
Lil Adib terpegun bila aku buat Ultraman daripada pasir pantai tu. Hahaha
Lepas bersusah-payah menimbuskan abang dia....
Puas main pasir, kitorang nak balik, tapi teringat pulak dah sekian lama nak pegi Adelaide Night Market kat North Tce.
Ada jual-jual makanan...
Arts and crafts
Dan ada performance... So boleh la lepak-lepak atas rumput kat situ sambil relax-relax.
Malaysian stalls selling Malaysian dishes pun ada. Swinging Bowl, as usual... siap ada satay AUD2 secucuk.
...dan satu lagi stall ni siap jual kuih-muih Nyonya gittew.
Yang aku paling suka adalah Suzette Watkin's jewellery ni.... semua jewelleries yang dia buat are based on nature dan tempat-tempat menarik di Aussie.
Awesome!
Kitorang tak membeli sangat sebab dah kenyang. So just lepak-lepak relax dengar music je la... sambil tengok gelagat orang (ye, maybe ada orang gak perhati gelagat kitorang berselfie bagai. Hahaha).
Bila dah nak dekat sunset, balik la rumah....
Itu aktiviti kalo masa tak berapa panas. Cer kalau masa heatwaves... mencecah sampai 40'C plus.
Aktivitinya... kalau bukan pegi shopping malls untuk dapat free aircond, dok la kat rumah makan makanan ruji. ABC with everything extra. Nyum nyum nyum.
Takde gemuk punya la. Aku assume panas tu jadi free sauna untuk bakar lemak-lemak yang ada. (*harapan la sangat!)
north tce tu camne sebutan dia? ke short for terrace?
ReplyDeleteahahaha. yup north terrace it is.
Deletengeee