Monday, December 2, 2013

Menerima compliments- camna weh?

"Lawanya baju."
"Eh..mana ada. Baju lama ni."
Jawapan standard, walaupun jelas orang tu TAK tanya pun "Ni baju zaman bila ni?"  Kalau masa ujian lisan BM, maybe terus fail.
Tapi, aku pernah jugak jawab cenggitu. Lame. Maybe I wasn't ready to get any compliments.

Okay..okay...kita bagi pilihan jawapan.
Contoh ayat compliment. "Henbeg Coach Jurulatih tuuu. Kelllas kau Jah"

A. Alaa... Henbeg murah je ni
B. Tima kasih.
C. Ehh... I memang tiap-tiap hari tukar henbeg lain-lain apa.
D. Mesti la. Orang kaya je mampu pakai henbeg mahal macam ni tau. Kau mampoo?

serving suggestion *gambar hiasan sahaja*

Kupasan jawapan pilihan.

Jawapan A
Nak berlagak le tu, pakai baju cantik pun nak kata murah. So, kalau orang pakai baju murah, kau nak kata tak cantik la ye?

Jawapan B
Kalau korang, biasanya korang jawab "Terima kasih" ke? Aku rasa... aku rasa la... macam skema je kalau jawab cenggitu. Maybe sebab nature aku jenis yang tak serius sangat.

Jawapan C
Most likely aku jawab macam ni. Kot. Sambil sengih-sengih. Atau kalau nak cover sikit, aku jawab "Takkan arini ke? Hari-hari lain, tak cantik ke?"

Jawapan D
Tak pernah lagi aku dengar orang jawab macam ni.
Maybe sebab dia takut kena panah petir kot. Atau maybe dan-dan tu jugak kena luku dek orang yang menegur tu.


Lepas ni kalo ada orang puji aku (contohnya 'I like your smile' ...or... 'Kak Belle ni, saya adore la sangat!) <--contoh xbulehblah. Tapi aku bagi contoh yang aku pernah terima la kan?
...hmmm... aku nak balas apa ye?
Kihkihkih...


1 comment:

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat