Sekian lama punya plan nak hangout dengan adik-adik ni, akhirnya jadi jugak. Biasanya kalau plan beria-ia nak buat apa-apa, susah nak jadi. So bila ad-hoc punya plan sempena diorang dah abis exams... terus on jer.
Ada Mai, Faz, Pokka, Kuhan, Yop, Puteri dan Ainul. Sayangnya time ni Affan tak landing kat Adelaide lagi. Kalau ada Megat dengan Nabilah sekali mesti meriah.
Yang bestnya bila dengan diorang ni, automatik aku rasa jadi muda. Walaupun hakikatnya aku memang baru 25. Bahahaha.
Jangan terpedaya dengan aksi peluk-badan-sendiri-konon-macho Yop tu. Sebenarnya tengah kesejukan time tu. Hahahaha
Banyak jugak drummets, sausage dan lamb yang nak digrill. Tapi BBQ pit tu sengal le pulak... tunggu punya tunggu, lambat betul nak panas. Punya la lama nak masak.
Lil Adib dimanja dek Abg Pokka, berdukung bertimang...
Lil Adam pun nak jugak. Alahai... sakit le pinggang Abg Kuhan tu kang.
Sambil tunggu BBQ siap, main frisbee dulu.
Hari makin nak gelap, makin sejuk....
Aku pun berdiri dekat-dekat dengan BBQ pit tu sebab nak panaskan badan, bukan le menolong sangat pun. Alasan- sebab thongs tak cukup. Hehehe.
Lil Adib mengunggis a.k.a menggonyeh lamb yang dah siap masak.
Mai dan Puteri the-lawyers-to-be. InsyaAllah. Ni Kuhan pun lawyer jugak. Hebat-hebat arrr diorang ni. Aku kalau baca dokumen-dokumen daripada lawyer aku sebelum ni pun terhegeh-hegeh nak memahamkannye.
Tapi takpe.... Nanti kalau ada kes-kes jahat yang buat aku kena saman, aku dah ada dua, tiga orang calon lawyer nak minta tolong nih. Hehehe
lama dah tak main bbq gini..rindunyaa..
ReplyDeleteKalau kat mesia buat bbq gini... Peluh netes non stop weh. Ko siap bleh posing ala model tepi api panas tu huhu. Jeles akuuu
ReplyDelete