Monday, December 30, 2013

Barbie orang muda-muda :P


Sekian lama punya plan nak hangout dengan adik-adik ni, akhirnya jadi jugak. Biasanya kalau plan beria-ia nak buat apa-apa, susah nak jadi. So bila ad-hoc punya plan sempena diorang dah abis exams... terus on jer.
 

Ada Mai, Faz, Pokka, Kuhan, Yop, Puteri dan Ainul. Sayangnya time ni Affan tak landing kat Adelaide lagi. Kalau ada Megat dengan Nabilah sekali mesti meriah.

Yang bestnya bila dengan diorang ni, automatik aku rasa jadi muda. Walaupun hakikatnya aku memang baru 25. Bahahaha.


Jangan terpedaya dengan aksi peluk-badan-sendiri-konon-macho Yop tu. Sebenarnya tengah kesejukan time tu. Hahahaha


Banyak jugak drummets, sausage dan lamb yang nak digrill. Tapi BBQ pit tu sengal le pulak... tunggu punya tunggu, lambat betul nak panas. Punya la lama nak masak.


Lil Adib dimanja dek Abg Pokka, berdukung bertimang...
Lil Adam pun nak jugak. Alahai... sakit le pinggang Abg Kuhan tu kang.



Sambil tunggu BBQ siap, main frisbee dulu.



Hari makin nak gelap, makin sejuk....
Aku pun berdiri dekat-dekat dengan BBQ pit tu sebab nak panaskan badan, bukan le menolong sangat pun.  Alasan- sebab thongs tak cukup. Hehehe.


Lil Adib mengunggis a.k.a menggonyeh lamb yang dah siap masak.


Mai dan Puteri  the-lawyers-to-be. InsyaAllah. Ni Kuhan pun lawyer jugak. Hebat-hebat arrr diorang ni. Aku kalau baca dokumen-dokumen daripada lawyer aku sebelum ni pun terhegeh-hegeh nak memahamkannye.


Tapi takpe.... Nanti kalau ada kes-kes jahat yang buat aku kena saman, aku dah ada dua, tiga orang calon lawyer nak minta tolong nih. Hehehe


Missing the members of Geng Teh Buih


Bila dah jauh ni... makin rindu kat kengkawan. Maklumlah... semua pakat balik Malaysia dah (for good).
Rindunya kat Geng Teh Buih. Yang bukan ahli Geng Teh Buih pun rindu la jugak - Kak Surah (the queen of istana hinggap), Gina, etc.

Time-time macam ni, mula la korek balik gambar-gambar lama.... (yang tak berapa lama), masa sempat keluar sama-sama several times.


Bila mak-mak lupa diri....


 Bila mak-mak sopan santun.... (but I bet you cannot 'unsee' what u have just seen, kan?) Adoiii... rosak la reputasi Wanita Melayu aku. Bahahaha.



Masa keluar dengan anak-anak, mak-mak punya la cari tempat yang sesuai untuk anak-anak main, while mak-mak berchit-chat. Cettt... kalau tau diorang nak ngadap gadget je, kat mana-mana pun boleh on jer.

 Lil Adib suka la bila dimanja, orang suapkan makan soft serve.


 
On another occassion, sempat la jugak ngedate makan Japanese cuisine sekali kat Sushi Train. Agak rugi di situ sebab sekian lama aku punya cari geng nak ajak melantak sushi and such, not knowing Farah, Aqilah, Najwa dan Izzah pun hantu sushi rupanya. 



 
Tapi kira okay la kan... sempat jugak at least sekali.


Tengah beratur tunggu meja pun sempat lagi selfie berjemaah.
Hehehe. Muka Aqilah nampak paling besar, sebab dia paling dekat dengan kamera. Hehehe. Keji tak strategi aku?


Tunggu punya tunggu meja, terpisah pulak dah... sebab ramai sangat umat. Nasib baik lepas tu dapat jugak pindah duduk dekat-dekat.

Ye la kan... kalo kuar sama-sama, tapi makan tak sama-sama, what's the point?

Memandangkan aku dan Aqilah rasa tak puas kalo makan sushi, so we ended up with Donburi. Aqilah got some grilled salmon rice bowl for herself.... and I had Salmon and Caviar Rice Bowl.

Nak kata sedap giler tu, boleh la.... buat lepas gian.
Izzah dan Najwa pulak dok pulun try macam-macam yang atas conveyor belt tu. Best jugak!

Dah kenyang...lepak jap ala pseudo-Mat-Saleh, kat tengah panas. Bahahaha. It was sunny, but cold- hence the coats. Maklumlah...time tu baru masuk summer.


 Dah habis topik gosip, time to indulge ourselves with the signature drink- Chatime Bubble Tea!

Sebenarnya bagi aku, Chatime ke... hapa ke... sama je.
I still prefer Coolblog though. Tapi kat Adelaide ni takde Coolblog, so tibai je la apa yang ada.

Before we went our own ways, sempat le bergambar dengan Santa gemok!



Well, our first date started masa

 Burritos for lunch... and again, bubble tea is a must.


 Sayangnya Farah takde kali ni... anyway, her name was mentioned several times too. Tiap kali pegi Chatime, mesti tingat kat korang- Farah, Aqilah, Najwa & Izzah.
Sekarang semua dah balik... tinggal aku dengan Izzah jer. Tu pun masing-masing busy dengan lab works.



 p/s:
If you are still wondering why do we call ourselves Geng Teh Buih- think again.
Sounds dodgy, but legit kan? Mihmihmih


p/s/s:
If you think we are bubble tea addicts, you are wrong. We dont have it everyday, let alone every week. Sebulan sekali pun belum tentu. Don't worry... kitorang semua from Science background (with 2 of us in the health field), so, jangan le ingat kitorang ignorant sangat tentang the health effects of bubble teas.


Wednesday, December 25, 2013

Lip-lap-lip-lap Lights of Lobethal


Musim Christmas kat Aussie ni, meriahnya humang aiii... setanding dengan raya kita kat Malaysia. Dengan sale bagai, dengan decorations sana-sini.
Dan dalam mahal-mahal tariff letrik kat sini, pekan Lobethal tetap dengan aktiviti tahunan diorang. Alaa...orang South Australia memang dah sejak azali bayar letrik mahal. The third most expensive in the world. Or maybe sekarang dah tangga teratas, sebab every July memang naik.

Well, every year masa nak dekat Christmas, rumah-rumah kat Lobethal akan dihias kemain cantik lagi dengan lampu lip-lap ala-ala i-City, Shah Alam yang telan duit orang tu.

Since last year, aku tak setim sangat nak pegi, this year pegi la...


 

Sejuk giler la pulak, walaupun forecast for the following day was gonna be cooler. Rupanya memang kat situ 5'C lower than the temperature in Adelaide.
 













Lil Adam having his name carved on a wooden bookmark.  AUD1.50 jer.




Basically, festival ni start dengan Christmas Carols kat Lutheran Church, then  Opening Ceremony.
Siap ada countdown dengan fireworks untuk mulakan event ni.

Apart from the Santa's Cave, Living Nativity and the Christmas Tree Festival are the main attractions. The climax is the Lobethal Christmas Pageant.




Penat berjalan, kitorang balik ke kereta dan ronda dengan kereta jer. Tour bus (Buses R Us) memang la ada, tapi AUD12 per pax. So, baik pusing dengan kereta sendiri jer.

Nyaris-nyaris gak la jadi Haji Lobethal dan Hajjah Lobethal, sebab dok terpusing-pusing dalam pekan koboi tu. Bahahaha...



Meriah la jugak... but I was expecting more than these. Hehehe. Demanding!

















Tapi pukul 8.30 sampai pukul 11 je la.
Lepas tu, diorang bergelap je kot. Maklumlah... letrik kan mahal. Nak-nak pulak nanti staf-staf kat electricity provider companies kat sini bakal dapat bonus 5 bulan. Eh.

Nuffnang ads

My Heartbeat