Monday, August 19, 2013

Alkisah di sebalik baju-baju raya aku


Semua orang mesti dalam mood raya lagi kan?
So boleh la aku post draft basi aku ni. Karang punya karang, ni baru rasa nak publish.

Baju raya adalah kinda a-must for me. Alangkan dulu waktu membuyung dan dalam pantang pun aku sibuk nak berbaju raya, ni kan pulak perut x seberapa. Sebab itu je kot yang best pasal raya. Hehe.

Dari dulu lagi, baju raya aku mesti bold. Aku ler perasan bold. Muehehe. Sila standby baldi untuk muntah hijau.

Entah la... tapi aku ni jenis suka design baju raya sendiri. Tailor pojaan aku (Kak Mah) kat Kelantan. Memang jauh, tapi aku puas hati dengan jahitan dia. Dari selicin-licin satin, sampai ke seleceh-leceh organza/chiffon, Kak Mah mesti jahit kaw-kaw design yang-aku-rasa-tak-semua-tailor-reti-jahit tu. Sebab jauh... maka, aku akan pos kain dan design yang aku nak tu, dan bila siap, dia akan pos balik sekali dengan details upah/postage.

Aku dah malas nak korek cari dan tampal gambar-gambar baju raya aku dulu.
Tapi kalo aku tak designkan (dan Plinggg! KakMah menjadikannya kenyataan), aku beli jer baju yang pelik-pelik.
Orang pakai baju Vietnam, aku pun Vietnam. Masa tu, aku rasa mahal giler baju ni, tapi aku guna duit upah aku translatekan tesis Along. So, baju ni aku masih simpan sampai arini.

Pastu, aku gila baju Jepun pulak. Hahaha. MrHubby memang dah sedia maklum, kalau bersilang-silang dan ada ikat, memang taste aku la sangat.
Cuma aku tak sempat pakai sari je untuk raya..walaupun masa musim DeepaRaya tahun 2006 dulu.

By that time, KakMah dah x ambil upah menjahit sebab masalah kesihatan. So, nasib aku baik sebab mak kepada ex aku tukang jahit. Tapi aku tetap bayar la.



Tapi dalam pada aku berbaju raya macam-macan tu, ada orang dengki rupanya. Biasanya baju raya aku tu aku simpan sampailah pagi raya, baru aku pakai terus lepas mandi sunat. Ala-ala surprise gitu.
Dalam diam rupanya ada orang rasa 'dengki-ke-apantah'... siap orang tu tak nak hantar tempah baju kat tailor yang aku kenal walaupun terdesak dah takde tailor lain. Alasannya, nanti aku tengok camna design baju yang dia nak tu. Hahaha. Lawak giler. Tak de masa aku nak lorat ke fesyen baju kau yang hebat-la-sangat tu.


Bila dah kawin, standard la...tema kaler satu family.

Tahun pertama raya I was in confinement, tapi tetap gedix nak ada baju raya. Maka temanya ialah hijau.

Sila abaikan Cikebum/Lil Adam yang tiba-tiba terkuar tema tu, sebab asalnya memang taknak bagi dia pakai baju Melayu. Panas! Tapi dah ada sponsorship, bagi je la.


-gambar aku dengan Lil Adam (baby) tak jadi nak publish sini, so korg imagine je la kaler sedonden dengan laki aku-

Gambar ni pulak berlatar belakangkan 100 biji ketupat yang menjadi kemestian MIL tiap kali raya. Aku tak pandai anyam, jadi tukang makan je la. Hehehe.

Dan ada gak kaler purplish pink. Cari punya cari, ada 1 je gambar, tu pun aku tengah serabai giler dengan Lil Adam. Ye la kan... nama pun dah dalam pantang. Maka takyah letak gambar la.


Then, the 2nd year, tema peach & hijau.




Untuk hari ke-2, tema kuning. Tapi cari punya cari, terberkenan jugak kaler kuning + hijau.


Aku ni jenis tak cerewet sangat, so aku dah biasakan beli baju siap. Ye la, kat Shah Alam upah jahit je dah RM45-RM50. Baik aku beli baju siap!
Tempah jahit pun, kadang-kadang jahitan macam #$&*&(!#!!#^%$ jugak. Buat perabih duit je. Lagipun badan aku ni, kalo tak size S, leh amik size M. Nowadays, aku hanya tempah kalo kebetulan dah ada kain yang orang hadiahkan.

Tahun ketiga pulak, tema kelabu. Susah sangat cari baju, aku ended up dengan baju simple je.



Lagi sepasang, kaler maroon.


Baju Lil Adam & Ayah dia la yang best. Hehe. Tengok tu, macam Taliban pun ada.




Biasanya, kitorang cari baju raya aku dulu, sebab baju raya MrHubby & Lil Adam kan senang je nak match kaler...
Dalam takut-takut pitam aritu, sempat lagi aku pegi soping. Mulanya nak beli style A, tapi setelah mendapat hidayah, aku beli yang lain. Bukan setakat style, tema kaler pun berubah. Hahaha.


Tahun ke-4, tema kitorang, again hijau apple. Memang bias. Nak buat macam mana kan...  Dah laki bini suka kaler tu. Kawen pun kaler tu. Hehehe.

Tapi aku memang tak dapat lupa insiden lawak giler sebab ramah terlebih masa nak beli baju raya tu. Sape yang terlepas, boleh baca SINI.
Baju tu aku suka kaler dia, hence aku pakai untuk masuk majalah aritu. Poyos!


Sayangnya, tahun tu...raya aku tak serupa raya, atas sebab-sebab yang malas aku nak cerita kat sini. Lagi sepasang kalo tak silap aku kaler turquoise green. Tu pun aku tak sempat pakai masa raya, so, aku just pakai baju tu pegi ofis.


Disebabkan we learnt the lesson, jangan terlalu excited, as it might turned out the opposite... tahun ke-5, kami decide untuk tak beria beli baju raya.
So, raya tu kitorang caca-marba je pakai kaler pinkish purple... dan anak-anak pakai kemeja raya.

Tapi, aku jadi sayu pagi raya tu bila Lil Adam tanya "Mana baju raya Adam?"
...sebab dia tengok nape dia sorang je tak pakai Baju Melayu.

Terus aku rasa nak serbu segala kedai untuk beli Baju Melayu pagi raya tu jugak. Tapi MrHubby kata "Tak payah lah.."



Tahun lepas, kitorang jenuh gi redah beli baju raya sebelum berangkat ke Adelaide. Maklumlah..bab-bab macam ni memang aku ketaq sikit. So, walaupun bukan musim... kena gak cari siap-siap untuk bawak ke obersi.



Tahun ni... ta-daaa!
Tema ang-ang kitorang.Mujur sekarang ni jaman segalanya di hujung jari... semua main beli online je la.


Sibuk meng-organize majlis raya kali ni...tak sempat nak bergambar banyak.
Nanti la aku post cerita tentang sambutan raya di Adelaide tahun ni pulak.

Babai.

3 comments:

  1. selamat hari raya is...tema ang-ang Ang cantik apaa....

    ReplyDelete
  2. merujuk perenggan kedua...


    Alangkan dulu dalam pantang pun aku sibuk nak berbaju raya, ni kan pulak perut x seberapa. Walaupun membuyung

    apekah??? :p i kah yg ktinggalan ketapi di sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harharhar. i tersilap tune di situ. meh i update tukar

      Delete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat