Ada sekali dua ex-students aku usik di Facebook pasal makanan-makanan yang best kat Malaysia. Almaklumlah... Malaysia kan syurga makanan!
Tak dinafikan la aritu aku jumpa orang (Vietnamese kot) jual air tebu kat Gepps Cross, dah macam excited terlebih. Dah terasa-rasa macam kesejukan air tebu segar berais tu lalu kat tekak, trachea dan masuk ke dalam perut. Ahhhhhh...
Tapi bila aku dengar seplastik kecik tu dah $3.5, terus hilang setim. Terus keluar ayat "Alaa... tak mati aihhh tak minum ayaq tebu." <-- ayat penyedap hati
Tapi jangan korang ingat dok di perantauan ni takde segala benda.
PaRam (Pasar Ramadhan) pun ada tau!
Aritu Kelab UMNO organize... sekali kat Barr Smith Lawn, sekali lagi kat Taib Mahmud Court, Adelaide Uni.
Aritu masa first session, aku pegi untuk amik mood je.
Takde la membeli pun, sebab ada undangan iftar malam tu.
Mula-mula sampai, jakun. So mesti amik gambar berbackgroundkan PaRam dulu...
Tapi meriah la jugak. Start pukul 3, tapi pukul 3.15pm banyak yang dah habis dijual. Ada yang dah kempunan tak dapat beli tepung pelita, beriani ayam madu, etc.
Ada sate
Ada kebab
Ada char keutiau, lopes, cream puff, cendol, ada karipap, sagu delima, taufufa, ada agar-agar lumut.
Ada budak manja dok dalam stroller tapi nak minta didukung. Eh?
Ayam percik pun ada
Whatttt? Sata?!!!!
Beliiii....
Laksa Penang Darwin dan mak mentuanye.
Pasembur siap ada promo team lagi, dengan adik comel ni siap main tambourine.
Sempat ber-selfie dengan Kuhan yang bagi fruit tart. Hehehe.
To sum up, meriah la.
Memang la tak sebanyak stalls kat PaRam Stadium Shah Alam.
Tapi at least tak de la scenes yang typical kat PaRam Malaysia (yang tak patut ada, tapi ada jugak)
Scene 1 U-turn tak pasal-pasal
Orang dok elok-elok jalan sehala meninjau kuih nak dibeli, tetiba dia u-tun tak aci bagi signal sebab teringat lupa beli martabak telur berbasuh.
Haihh... Kalo terlanggar orang tengahminum air kan ke tumpah.
Eh, bulan posa takde orang minum air kat PaRam ekkk? :P
Scene 2 Dia sorang je ada telefon
"Halllo. Hoi lahanat. Hallo. Tak dengar la. Lu duduk kat gua mana ni?"
Amboiii... dah le cakap tak lapik-lapik dengan bangganya. Macam dia sorang je ada masalah pendengaran, kena cakap kuat-kuat. Dia tak pikir orng sebelah dia tu telinga sensitif ke, tengah beratur beli cendol sambil berzikir ke.
Scene 3 Escort baby dalam stroller
Alahai. Bukan le menidakkan hak ibu-ibu beranak kecik yang tak larat masak dan terpaksa beli makanan kat PaRam. Aku pun ada buat jugak, tapi kat sini bulan puasa masa winter, dan PaRam tak crowded sangat.
Ni yang buat ni kat Malaysia. Malaysia yang bermusim summer sepanjang tahun. Kesian si anak tu.
Oh... maybe dia taknak jadi kes tertinggal anak dalam kereta kot.
Scene 4 Pin-pin. Pinnnnn pinnnnnn
Eh. Orang semua jalan kaki, tetiba dia sorang pulak rasa special nak naik moto. Kalo YB buat walkabout kat PaRam pun tak naik moto rasanya.
Eiii... Kang ekzos tu kena kaki orang, sia-sia je.
Scene 5 Jejak Kasihan
Orang bersesak-sesak nak cepat meninjau, beli dan balik... dia boleh pulak "Laaa...lama tak jumpa kau eh? Dah buncit dah. Bini kau dah berapa dah?"
Dari mana diorang dapat ilham nak buat Jejak Kasihan secara live telecast dari PaRam... aku pun tak tau lah.
Scene 6 Sinetron dan soap opera Romeo Juliet
Baby, I love you. Muah muah. Char kuetiau tu nampak best la. Apa pendapat you?
I love you too Sayang. I tak nak beli apa-apa la. Tengok you pun I dah kenyang.
Alahai....
Scene 7 SNSD (Girls Generation) wannabes
Ye la, ye la awak tu cas comel, bajet seksi. Nak jalan berganding-ganding macam kumpulan Pussycat Dolls.
Agak-agak la kot ye pun.
Ni mesti kes tak pass audition untuk runway models ni..
Scene 8 Kenderaan berat, sila ikut kiri
Sepanjang-panjang PaRam tu, kita punya bersabar berjalan ikut orang depan.... ropanya yang di depan sekali tu adalah yang kategori Romeo Juliet dan SNSD di atas.
Jangan harap dapat mencelah.
Adoiyaiiii...
Dan tetiba aku rasa bersyukur tahun ni aku berPaRam kat Adelaide. Harharhar.
uturn tu aku pernah buat dan jejak kasihan. hahahaha. jejak kasihan dengan akak meniaga tu :p setahun sekali jumpa kekdahnya.
ReplyDeleteKalo jejak kasihan tu kat tepi skit xpe gak. Ni yg tetiba benti dan halang laluan ni. Aiiii..mmg cari psl
DeleteWow meriahnya berparam di Adelaide!
ReplyDeleteNape abu still camtu? ;p (Soklan tak puas hati)
U mean...Abu still hensem? Hehe
Deletedah 2 thn (termasuk thn ni) tak pergi mana2 PARAM. Jd selamatla dr melihat adegan2 tu. hehe.
ReplyDeleteTeruskan bertabah. Duit selamat.. hati x sakit
Deleteyg list kt atas i bole sabar lg. yg org potong queu mmg i x leh. mcm dia sorg posa and kejar waktu berbuka, potong abis org lain. plak tu, order sebyk2nya n wat muka x bersalah. paling ngong bila peniaga pon layan order si pemotong queue ni adeh. rasa nk siku je dua2
ReplyDeleteHaaa lupa yg tu. Paling annoying tu. Dan mengundang luku.
DeletePadan la penjual pun..x alert or at least tny le sapa dulu..krg le skit org muka tebal nak ngaku dia dtg dulu
Seminat2 aku ngan SNSD tu, xde eh nak cas comel bagai kat param. Xsesuai ah. Belle, anda sudah tembun! Comel ok.
ReplyDeleteArghhh..itu cuma camera trick okeh. Camera trick. Paham?
Delete