Thursday, August 1, 2013

Perlu ke lagu raya berevolusi?

Dah umur-umur Zuhur dhuha macam ni, aku rasa kemeriahan raya tu hanyalah pada baju raya dan suasana menjelang raya je. Malam raya adalah kemuncak. Hari raya dan lepas raya dah takde mende sangat, walaupun orang cakap raya tu sebulan.

Tapi bila jauh dari Malaysia ni, standard la kan.. nak dapat mood raya dan meruntun rasa poyo-di-perantauan adalah dengan cara dengar lagu-lagu raya.

Dalam folder My Music aku, ada folder lagu raya. Ada 81 lagu raya dalam tu. Tapi yang aku dengar, balik-balik lagu Fazidah Joned, Saloma, Hail Amir-Uji Rashid, Anuar Zain-Ellina dan beberapa lagi. Shuffle dan repeat lagu tu je. Lagu-lagu raya moden ada la kot 5 yang sedap di telinga aku.

Agak ramai gak actually artis baru (dan tak baru) cuba nyanyi lagu raya. Yang diberi nafas baru, nama je nafas baru, tapi aku dengar selalu macam takleh bernafas je. Tak best sangat pun. Yang betul-betul baru, pun sama....

Cer korang dengar lagu raya KRU ni...best tak?


Ni satu lagi... Maya Karin- lagu baru bertajuk Pulang. Nak suruh orang pulang ke desa lettew kekdahnye.  Ada la klasik kelasik dan retro sikit. Tapi..hmm entah la.. Kena dengar banyak kali kot baru rasa best.



Mungkin untuk selari dengan arus perdana (humang aiii) tapi masih disambut baik oleh telinga peminat... atau supaya hip sikit, kita suruh composers yang in-trend sekarang ni buat lagu raya. 
Macam...err...  Najwa Latip ke, Aizat ke.

Contoh lagu-lagu cadangan aku adalah:


Cinta Muka Bahulu - Najwa Latip

Dari Jauh Ku Pohon Turunkan la Harga Ayam - Various artists

Satu Talak di Hari Raya - Benjy (main-main je cerai rujuk!)

Ayamku Lari Tak Mahu Disembelih di Pagi Raya - Jalil Hamid


Hafiz dengan lagu Ketupat Nano

Kupohon Restu Bini Untuk Kawin Lagi - Ashraf Muslim (eh, dia bukan penyanyi ekk?)




Baru la kontemporari ye dak?

Sebenarnya dari tadi tengok tajuk tu aku nak tergelak. Evolusi?? Terus teringat kumpulan Evolusi, yang dulu glamer dengan lagu Mei Huaaa... (bukan lagu raya tau). Korang tau lagu ni? Harharhar



Mei Hua (*cheng-cheng-cheng*)
Mei Hua (*cheng-cheng-cheng*)
Menangis kau kerana cinta

Mei Hua (*cheng-cheng-cheng*)
Mei Hua (*cheng-cheng-cheng*)
Pedihnya hatiku terasa
Menikam di sukma bagaikan sembilu
Aku diulit mimpi ngeri

5 comments:

  1. kak, lagu 4u2c kak..

    bergema takbir dihari raya,
    menyambut syawal
    bulan mulia

    uuuuuuuuuuuuuuu

    lepas tu sbb akk diperantauan sy tuju lagu Pulanglah by aisyah

    kahkahkah

    ReplyDelete
  2. mmg kreatif betul tajuk2 lagu raya yg Is tulis tu. hehe

    ReplyDelete
  3. mei hua sama tak dgn mee sua' (sengau sikit...)?

    ReplyDelete
  4. .:: Hahahahah!!! Selamat Hari Raya!!! ;) ::.

    ReplyDelete
  5. Kupohon Restu Bini Untuk Kawin Lagi - Ashraf Muslim

    yang itu tak tahan nk tergelak ;D

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat