Sunday, August 4, 2013

Bila Lil Adam dah berkenan kat Putri Ayu... -_-

Teringat lagi aku masa  Dr S comfortkan aku masa hari aku tersedu-sedan pegi jumpa dia kat klinik untuk check up perut lepas terjatuh kat bilik air (masa pregnantkan Lil Adib).  Dia ingat aku sedih sebab takut apa-apa jadi kat baby, ropanya aku dok emo sebab baru 1st day tukar Lil Adam kat nursery baru.
Katanya "Tu baru tukar nursery, belum lagi dia nak kawen. Kita ni punya la sayang anak-anak. Tau-tau esok tua, dia hantar kita kat rumah orang tua-tua dan kata "Mama dok sini jap ye, nanti saya datang balik, bawak Mama pegi shopping... walhal tak muncul sampai ke sudah."
...to which I stopped sobbing.

Tu la kan. Betul jugak.
Belum lagi dia jumpa awek. Belum lagi dia cakap nak kawen.

Tapi kan... bila Lil Adam bertemu dengan Putri Ayu, tersiput-siput dia.

Ehhh.... Bukan Putri Ayu aweks. 
Ni ha...Putri Ayu kuih ni....  yang kadang-kadang orang panggil Seri Ayu.




Nak dijadikan cerita, baru-baru ni Najwa ada buat kuih ni, so dia ada la bagi sikit untuk iftar.
Aku baru makan sebiji, MrHubby makan sebijik. Lil Adib tak nak makan. So, entah berapa bijik dah masuk perut Lil Adam.



Bila dah tinggal dua biji, aku cakap la... "Haaa??? I only ate one. Bagi la yang ni kat Mama."

Dia jawab, "It's okay... I can share with you."
Maksudnya dia nak masih nak makan lagi kuih tu -_- 
Siap pegi bergegas ambil pisau dan potong dua biji kuih tu jadi 4 bahagian.

 
 

Lepas tu, dia makan sebiji (2 bahagian).Tengok tu, pipi dah kembung-kembung, tapi kat tangan dok pegang lagi kiri kanan.
Tersenyum kambing beruang aku dengan MrHubby tengok gelagat dia.

Lagi sebiji tu aku sengaja biar atas meja sebab ingat nak solat dulu. 
Tetiba masa lepas solat, Lil Adam bawa Seri Ayu yang last tu masuk ke bilik dan tanya "Mama, can I have this one?"


Huhuhu...
So akhirnya dia jugak le yang makan.

 

Lepas tu, Alhamdulillah Najwa ada buat extra sikit, dapat la lagi Lil Adam makan puas-puas.
Sweet tooth betul!



Hmmm... selalu sangat orang cakap Lil Adam ni macam aku. Tang sengih tu la especially.
Tapi MrHubby selalu samakan kami sebab dua-dua kaki mengusik... dan suka makan benda manis Abisla kena potong kaki.huhu.
Cuma pe'el aku kuat makan sayur tahap kambing makan dedaunan tu, belum turun lagi kat dia. 

Sama la macam tat nenas aritu. Dia angkut lepas satu... satu.
Tinggal dua biji, aku cakap "One for you, one for Adik." (walhal Lil Adib tak bother nak makan pun tat tu).



Tapi dia punya suka tu... 
Ada-ada je ayat dia "I'm holding this for Adik."
"I think Adik wants to eat it now."
"Can I have this one?"

Aku bukan apa... boleh je nak bagi dia, tapi saja nak bagi dia belajar 'ingat orang belakang' sama. Lagipun, selama ni memang dia thoughtful je. Dia takkan habiskan tanpa tanya kat aku atau MrHubby dulu. Kalau bawak balik apa-apa dari sekolah atau summer school atau rumah kawan pun, biasanya dia akan balik rumah tunjuk kat kitorang dulu sebelum makan.

3 comments:

  1. kuih puteri ayu tu mmg sedap. Knur pun suka mkn. puasa thn ni tak pernah beli pulak lg.

    ReplyDelete
  2. kuih ni pon my febret..sdpnye...

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat