Thursday, February 9, 2012

Lil Adam's day 1 at Little Caliph

Hari ni genap la sebulan Lil Adam masuk tadika. Cepat je terasa.

Oh well, it took me one good month to post this entry :P
Simply bcoz I couldn't transfer the pix from my HTC, nor that I could upload them the easy way by Bloggeroid/Blogger-droid/Blogaway. Sengal betul.

Anyway, on Day 1..he was so excited. I guess semua mak bapak pun macam tu. Ala-ala jakun gitu kan? Nak nak pulak bila anak pertama.
Parents aku je kot yang dulu tak heran nak hantar anak masuk sekolah ke, universiti ke... Hahaha




Siap menyengih depan 'big red car'.



Bila sampai, teachers pun sambut, ambilkan beg, etc.
Ramai gak parents yang bawak kamera... maybe diorang pun blogger jugak, atau nak upload kat FB kot. Hehehe

Ni apa kekdah le beraksi cenggini ni? Nak tayang jam Angry Bird la tu. Saja aku bagi right before keluar rumah, nak bagi dia happy.



Lepas menganga kejap tunggu ramai datang, baru la start assembly.
Bila aku tengok Lil Adam kena queue kat belakang sekali sebab tinggi, aku teringat kebosanan aku masa sekolah dulu. Kalau bukan kerana jadi pengawas/penolong ketua darjah pun, I still have to stand at the utmost back of the queue, reason being...aku paling tinggi. Benci tau!!!

Nanti aku nak pesan kat teacher dia, biar sekali-sekala tukar dia kat depan lak.


Bila matahari dah naik, around 9 a.m gitu, Lil Adam agak moody dan macam cacing kepanasan dah... dia kata 'sakit tummy' la...tired la...
Entah betul entah saja dia buat trick tak tau la..tapi padan la aku pun sengal, tak bagi dia breakfast dulu, sebab takut lambat pegi sekolah... first day la katakan.

Lepas exercise bagai... macam-macam lagu la kena nyanyi...Negaraku, lagu Negeri Selangor...dan baca doa...menari-nari dinosaur dance, hokey pokey, etc.... 

At first, dia nampak tak happy bila tengok kawan-kawan menari dan kata "Adam dont know how to dance"...
Ye la, budak-budak lain tu ada yang dah sekolah kat situ since umur 4 tahun. Memang la dah khatam segala lagu and dance.

 
Habis tu, parents pun diminta balik dan percayakan cikgu-cikgu untuk 'ambil-alih' anak masing-masing.
Aku pun melepaskan anakanda tersayang dengan peluk cium dan doa agar dia dapat kaut sebanyak mungkin ilmu kat Lil Caliph tu.


Balik dari sekolah, Lil Adam terus transit kat daycare which is just about 300m from there (Teacher yang bawak)



Masuk hari ke-2, no problem.




Hari ke-2 jugak, baru la Lil Adam dapat kopiah. Kepala besar, sebab tu size dah abis. Hehehe
Tengok tu...menyengih bila Teacher Masyitah pakaikan kopiah untuk dia.



Yang kat tangan tu....
Laaaa..ni datang sekolah nak belajar, dia bawak mainan pulak!!!

Alhamdulillah...sejak aku hantar ke sekolah tu, sekalipun takde lagi dia berdrama airmata bagai.
He must be tough like Mama dia dulu (aicehhh..nak jugak masuk lif tekan sendiri).




Wah..duduk dikelilingi aweks :P



Progress after a month



Despite the fact that English is used as a medium there, aku perasan, Lil Adam lebih banyak converse in Malay, as compared to sebelum bersekolah kat situ. Pelik gak..tapi bila aku check dengan Teacher dia (Teacher Emma)..katanya kids speak Malay amongst themselves.
Grrrrr.... Ni la masalahnya bila objektif dan determination kita dengan mak-bapak lain tak sama! 

Bulan ke-2 ni juga, aku dah start kelas ngaji (extra) untuk Lil Adam.
Aku ni nama je dulu masuk tahfiz bagai, darjah 3 dah khatam...tapi bila part anak sendiri, memang jenuh. Maybe sebab aku ni kurang penyabar kot. Hehehe. Lame!

Esok akan ada sambutan Maulidur-Rasul. Aku tengok, Lil Adam dah pandai selawat. Tapi standard la dia... selawat ke, zikir ke, ngaji ke...semua dia panggil 'solat' atau 'azan'.  :P







9 comments:

  1. my son yang kat GA pon macam tu juga, belajar dalam BI but mostly communication in Malay tapi me tak kisah sangat sebab kat rumah pon i x fully speaking in BI pon with him (speaking Klate adalah!) but honestly i DO see a lot of improvement on him..nothing to be proud of sebab semua ibubapa mahu memberikan yang terbaik buat anak2..hehehe

    ReplyDelete
  2. comel ajer adam pakai kopiah :) sejuk perut ibu. moga pandai belajar mcm mommy :)

    ReplyDelete
  3. alahai dah g skull.lawa uniform=)belajar reajin k jadik cam mak=)

    ReplyDelete
  4. u skolah tahfiz ke kecik2 dulu babae? dasyatttt.

    anyway, lil adam klus engih mmg sebijik mcm u sengih,mmg anak mak eheh

    ReplyDelete
  5. ni mengingatkan aku ni,..kena cari sekolah yg sesuai utk madihah. hehe..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah sejuk perut buncits mak yang mengandungkannya bila tengok anak baik cam ni.. kekekek kan is?

    ReplyDelete
  7. Seronoknya tengok budak budak pergi skool . Tak sabar lak nak anto anak Tifa skolah walaupun baru 3 tahun...kuikuikui

    ReplyDelete
  8. kalau kwn2 cakap BM, mmg diaorg akan guna bhs tu. Tapi cikgu2 guna BI, rasanya okla. Kat rumah u pun byk guna BI kalau nak Adam guna lebih BI.

    ReplyDelete
  9. zaila,
    jenuh gak la emphasize suruh dia ckp english at home mcm dulu. grrr

    elissmie,
    amacam? ada bran mau bikin menantu? haha

    wan nurul hezrina,
    ha...tu la psl. uniform dia comel.

    yatie chomeyl,
    eh xde la. masa skolah dulu i suka masuk pertandingan tahfiz.

    nia,
    xpe..u sempat lagi survey betul2.

    apak cikidong,
    ooo..nak kata i boonch la ye? grrrr...

    tifa,
    x lama lagi je kan? mesti excited nanti


    TH,
    kita ckp BI, dia ckp BM. mcm ayam dgn itik

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat