Friday, February 10, 2012

Are u a morning person?

Semua mak bapak mesti nak anak yang bijak. Ala-ala 'tiket' untuk mendapat kerja yang bagus supaya dapat hidup senang (ayat cover). Sebenarnya supaya boleh bagi duit banyak kat mak bapak nanti. Hehehe.

Anak yang bijak belajar tak confirm pun akan dapatkan menantu yang baik untuk kita kan? Kan? 
Anak yang dapat straight A's pun kalo tak bijak imbangkan duniawi dan ukhrawi... asyik terkinja-kinja meronggeng pun.. tak guna jugak. 

Actually, semua anak dilahirkan pintar.
Tapi cara merangsang yang membezakan hasilnya. 
Macam mana?
Selain daripada membetulkan hati, otak, makanan, dan persekitaran.... tentu la didikan kita pun mempengaruhi jugak.
Ada orang kata... kita membentuk anak sejak dari dalam kandungan. Sebab tu la sejak mengandung 4 bulan je, ada mak-mak yang dah start baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Insyirah.

Tapi aku sendiri percaya, kita mula membentuk anak lebih awal daripada tu.
Sapa ntah pernah bagitau aku...kita mendidik anak kita 10 tahun sebelum anak tu dilahirkan.

Contohnya, tabiat tido sampai matahari naik tinggi. Tiap-tiap hari cuba nak pecah rekod siapa bangun paling lambat (wtf?)
Tapi seriously aku pernah jumpa orang yang macam ni. Sekarang, anak dara dia pun is not a morning person. Haaa..amekkaw! Masa ni jenuh berbuih mulut nak khutbahkan anak.

As for my boys, so far Alhamdulillah diorang bangun awal. 
Aku sendiri dulu (masa keje Intel) kalau balik dari keje shift malam (7pm to 7am), lebih kurang pukul 8 am sampai rumah, aku tidur jap...pukul 10 am gitu aku dah bangun.

Sekarang bila dah jadi mak budak ni, lepas solat subuh dinosaur (sebab mengalahkan subuh gajah) masa weekend pun, biasanya aku bangun settlekan keje dulu. Maklum la..orang kata kalau tidur lepas subuh kan menutup rezeki. Hehe.
Tapi lepas dah makan, siap keje nanti...dalam pukul 11 gitu, aku lelap la balik.


So, kepada yang belum kawin tu, agak-agak la sikit kalo ye pun nak membuta.

Yang dah kawin dan yang dah ada anak pun... jangan la rasa dah terlambat pulak.
  • Sambil BF pun, kita boleh baca surah-surah lazim sambil tiup kat ubun-ubun anak.
  • Masa anak mamai-mamai tidur tu, kita bisikkan nasihat, pujian dan pesanan...sambil bacakan doa.
  • Lagi satu...bila doakan kejayaan anak tu, jangan la lokek pulak nak doakan sekali anak kengkawan kita, kengkawan anak kita...anak jiran, etc. Sebab orang yang paling kedekut adalah yang kedekut doa. Bukan kena bayar lebih pun kan?

Faces of my morning darlings
 (siap nak gi sambutan Maulidurrasul kat sekolah. Arini boleh pakai selain baju sekolah)

Tomeytomeyto baru lepas mandi
 


So, esok kan Sabtu...jangan la bangun lambat sangat ye?

8 comments:

  1. i mmg suka bgn lmbt masa anak dara dulu...skrg ni I berdoa lah SN x ikut perangai I ni huhuhuuh

    *skrg ni hari2 duk berleter kat adik I yg susah norr nak bgn pagi*

    ReplyDelete
  2. haa..bagus la camni. haikal pon saya nak ajar bangun awai la. setakat ni alhamdulillah. kitorang nak solat subuh, dia pon nak bangun jugak. tapi bila kitorang nak lelap balik, dia taknak lelap pulakkkk.. haha

    ReplyDelete
  3. yep...u r rite! i pun morning people..kdg2 ada gak le hati nak sambung tido lps subuh, tp baru nak lelap 10 minit bdk2 pun dah bangun...so nak taknak weekend pun kena rajinkan diri, terus bangun buat bfast jemur kain semua! nanti around 11-12 nak napkan si Amani,tumpang le 2 kaki ;)

    ReplyDelete
  4. aku tak leh bgn lewat walaupun hr minggu, bila nuha bangun ajer dia akan iqamatkan telinga aku, ummi bangun dah cerah..dah cerah dah cerah dah cerah dah cerah..tension.hahahahaha. terpaksa bangun dan mandi terus :p

    ReplyDelete
  5. esok tak boleh bangun lambat. kerjaaaa... huhu...

    ReplyDelete
  6. tak de lah lambat aku bangun pun before 8 dah bangun dah if weekend but klu malam tu tido kul 4-5 pagi, haruslah lambat bangun kan kahkahka

    esok kene bangun awal coz ada class photoshoot lah

    ReplyDelete
  7. yatie chomeyl,
    haaa..baru kelam kabut.kkweng kweng kwengg

    jiji-fify,
    sbnrnya gitu la.niat mmg nak tido blk.tapi anak yg kacau smpi xleh tido.huwaa

    salzahari,
    gitu le kekdah nak cover kemalasan kita.hehe

    elissmie,
    haha..iqamat x agak2. satu taman boleh dgr.kantoi ummi bgn lmbt.

    sya,
    alamak.kesiannya...

    ciklilyputih,
    whoaa..lps ni leh tlg amik gmbr aku

    ReplyDelete
  8. elok bangun awal ni.. kita rasa hari lebih panjang dan lebih banyak keje boleh diselesaikan. kalo kol 10 baru nak bangun, kejap je dah nak lunch. lepas lunch dah nak tido balik. pastu dh mlm.. pastu tido lagi. hahaha..

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat