Friday, September 9, 2011

WHATTTT? Harga gula naik 60 sen?!!!


Pagi tadi dengat HotChat kat HotFM pasal komen tentang pengguna prepaid mana-mana syarikat telekomunikasi akan mula dikenakan cukai 6%... termasuklah simpack baru, mulai 15 September ni.


Dalam pada orang dok bising harga barang naik, tarif elektrik naik, harga minyak naik... ada jugak pengguna kaya yang redha dengan 6% tu, siap kata "Alahh...apa sangat la 60sen tu."

Apa-ke-sengal sangat?
Rasionalnya...orang yang guna prepaid adalah sebab nak jimat, perlu bajet penggunaan kredit telefon. Dalam erti kata lain, kurang berkemampuan la. Yang nak ditambah lagi beban orang yang kurang berkemampuan tu buat apa? Nak bagi jadi berkemampusan??




Meh sini aku nak tanya...Cer bayangkan...kalo tetiba kerajaan announce
HARGA GULA DINAIKKAN 60 sen UNTUK SETIAP KILO.

Tak meroyan peniaga-peniaga restoran?
Tak ke pengguna membebel bila harga donat naik jadi 80 sen sebijik. JCo dan Big Apple jadi RM3 sebijik.

Naik 10 sen, 20sen pun dah bising.
Itu GULA, yang kita beli maybe sebulan sekali.

Kalo top-up, maybe sebulan 2kali. Maybe la... Mana aku tau. So, secara kasar maksudnya si pengguna dah 'berzakat' sebanyak RM1.20.


Tapi elehhh... biasa sangat la strategi gini. Esok-esok nak dekat pilihanraya, turun pulak tax untuk prepaid ni. Silap-silap siap dapat subsidi.


Nasib baik aku guna postpaid.
Cuma untuk secondary hp aku prepaid la. Tapi, aku pun ada strategi...
Sebab prepaid aku guna pelan UOX (untuk remaja), so takde airtime expiry. Jadi aku nak topup selambak siap-siap sebelum 15 September.

Masalahnya Celcom ni pun %$*&%*@#$$... nanti mesti dia telan kredit aku tu tak pasal-pasal. Aku dah masak sangat...Dah 3,4 kali aku kena.


Korang amacam?


8 comments:

  1. ni yg buat rasa mcm malas nk blk msia ni haisyyhhh

    ReplyDelete
  2. Tang gula tu mmg aku da meroyan sejak sekian lama. Kalau aku naik kan hrga minuman kat cafe ni, mau menggila student kat ums* ni.

    Sib baik guna postpaid. Jgn tetiba Celcom nan cekik darah tu letak gov tax 6% tu sudah!

    ReplyDelete
  3. rasa nak meroyan je! agak2 boleh tak kite tuntut pampasan setiap 9 sen yang telco dok potong kredit kita setiap kali bila kita call tak dpt terus dia pi masuk voice mail tanpa rela hati kita. satu kali 9 sen. kalau 1000 call yang kita buat masuk voice mail tanpa rela tu dah byk jugak kan! rasa nak bako je syarikat2 telco ni.tuntut pampasan setiap 9 sen yang telco dok potong kredit kita setiap kali bila kita call tak dpt terus dia pi masuk voice mail tanpa rela hati kita. satu kali 9 sen. kalau 1000 call yang kita buat masuk voice mail tanpa rela tu dah byk jugak kan! rasa nak bako je syarikat2 telco ni.

    ReplyDelete
  4. semua nak tax. makan pon tax. hp pon nak tax. 60sen tu banyak okkkkk!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. tetiba terpikir....adakah kita generasi yang asyik makan subsidi? bila kena tax terus kita naik angin? huhuhu tak kira nak meroyan jugak.

    ReplyDelete
  6. ye....skrg kasi naik, nak pancing undi nanti kasi turun sikit. huhu

    ReplyDelete
  7. muak dah dengan barang2 naik harga nih

    ReplyDelete
  8. sokong 100% statement yatie. bila berlaku brain drain mula nak label2 mcm2 kata kita x patriotik. tp dgr mcm ni, seriau nak balik

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat