Aritu kisah pasal kawin diam-diam kat FRIM. Ropa-ropanya ginik untuk video klip.
Kali ni, pengsan tak sedar diri sebab telah pil berlebihan pulak.
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 26, 
dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di Petaling 
Jaya, petang semalam selepas didapati tidak sedarkan diri akibat 
terjatuh di rumahnya.
Menurut sumber, Marsha yang menerima rawatan di wad trauma dan 
kecemasan pusat perubatan itu, dipercayai pengsan kerana mengambil pil 
secara berlebihan.
“Marsha dihantar oleh seorang wanita dalam keadaan lemah dan hasil 
pemeriksaan awal mendapati dia menelan sebanyak 30 biji pil. Dia kini di
 bawah pengawasan doktor di wad trauma dan kecemasan serta tidak 
bersedia menerima sebarang pelawat,” katanya ketika dihubungi Berita 
Harian.
Bagaimanapun, sumber itu berkata, doktor masih belum dapat mengesahkan jenis pil yang ditelan oleh Marsha. 
Sementara itu, bekas pengurus Marsha, Syada Fiza mengesahkan penyanyi
 itu dimasukkan ke hospital, namun menafikan tindakan Marsha yang 
dikatakan mengambil pil secara berlebihan sebagai satu cubaan membunuh 
diri. 
“Marsha memang sering sakit dan ada kala dia tidak dapat menerima 
undangan persembahan disebabkan faktor kesihatannya itu,” katanya yang 
hanya mengetahui berita itu daripada rakan. Penyanyi yang terkenal 
dengan imej seksi ini pernah menggemparkan industri hiburan dengan 
berita perkahwinannya yang diadakan secara tertutup di Kepong, Jun lalu.
 – Via Berita Harian
Bagaimanapun, berita itu hanyalah gimik untuk pembikinan video klip terbarunya.
Sudah-sudah la buat gimik tu, Marsha oiii.
Kang esok-esok kau mati tergolek tepi jalan pun orang buat derk je sebab ingat gimik jugak!!!
 

 

laaaaa macam2 hal la depa ni nak glamour. hish!
ReplyDeletesakit apa tu sampai nak mkn 30 biji skaligus. Vit C pon org x mkn mcm tu
ReplyDeleteaiyoooooooooo..berani betul telan sampai 30..byk tuuuu
ReplyDelete