Tuesday, September 13, 2011

Santau guna gambar di FB

Aiyokkkk... Menakutkan kan?
Dalam Kosmo semalam la nih.



Selalu kita upload gambar macam-macam aksi, dengan mulut muncung la... pipi kembung la...
Paling aku takleh terima yang bergambar sambil buat muka retarded, dengan mata juling. Dia cas comel kot buat cenggitu. Sekali Tuhan bagi muka jadi macam tu terus, baru ada akaiiii!!!

Aku jarang upload gambar kat FB. Tapi kat belog ni memang berlambak la... Bahaya gak eh?



Ira disihir guna gambar dalam FB

IRA (tengah) ditemu bual oleh wartawan Kosmo!, Suhana Md. Yusop sambil diperhatikan oleh Shamsuri Shafie di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan kelmarin.


NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).
Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.
Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.
"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.
"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.
"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.
Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.
Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.
"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.
Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.

9 comments:

  1. mata bersinar2?
    maria tu minu innershine kot.. heheh
    tapi, pendek akal betul la maria tu
    zaman2 moden ni pun nak jugak santau menyantau lagi.. tak ingat dosa ke apa

    ReplyDelete
  2. scary! i pn slalu terfikir camtu..sebab dok upload gambar mcm2 kan. lepaih ni kena tapis balik. huhuhu

    ReplyDelete
  3. Huh! Macam2 cara kalau nak khianat kat orang..Kan bagus kalau idea kreatif tu digunakan ke arah kebaikkan...Haih..

    ReplyDelete
  4. Haihhhh...sbb cemburu sampai nak sihir², apa lah.

    ReplyDelete
  5. bahaya nie.. lps nie delete suma gmbar dlm fb.. letak gmbr pokok, pemandangan.. nak santau sgt kn? nahh.. amik kau! hahaha

    ReplyDelete
  6. itu bukan santau.. faham kan keadaan itu.. itu sihir pemisah.. tidak ad kene mengene dengan santau.. pelik betol lah

    ReplyDelete
  7. 013-7135292 saya bomoh..can contact me anytime

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat