Friday, July 15, 2011

Mendoakan keburukan- boleh ke?

Sape sini bila hangin kat orang lain, mesti kata..."Eeeiii..biar suatu hari nanti, orang tu kena lagi teruk daripada aku."

Sila terus scroll.

Sape sini bila dipintas kereta lain sampai nyaris accident, dia kata... "Ish...kereta ni. Biar kau accident mamp*s je la..."

Sila pegang mouse.

Haa... walaupun time ni aku tengah pegang keyboard, aku patut ngaku la, aku pun kadang-kadang ada gak emo sampai tahap macam ni.

Tapi... sebenarnya apa hukumnya mendoakan keburukan orang ekk?


Allah tidak suka perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang lain), kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan ingatlah Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(an-Nisaa: 148)



Huraian

Allah tak suka kita mengeji secara terus-terang kecuali kalo kita ni orang teraniaya yang menuntut keadilan dari kezaliman yang telah dilakukan ke atasnya.

Contohnya, kalo ada orang busukkan nama aku, kata aku ni begitu-begini... aku dibolehkan untuk mendoakan si mulut longkang tu terima balasan yang lagi teruk daripada aku. Hehehe

*tanduk sudah tumbuh tunas*


Anyway, bear in mind... Allah tetap prefer sifat pemaaf terhadap perbuatan yang buruk. Kan Allah tu Maha Pemaaf dan Maha Berkuasa.

*alamak, tanduk dah termasuk ke dalam balik*


Allah juga tak suka orang yang berdoa untuk kecelakaan orang lain melainkan jika ia merasa teraniaya haknya. Tetapi jika ia dapat menahan diri dan bersabar , itu adalah lebih baik.

Allah hanya menyukai kata-kata yang sopan yang tidak menyinggung perasaan yang tidak merosak akhlak.

Mengeluarkan perkataan-perkataan celaan yang keji secara terbuka atau terang-terangan (dalam apa jua bentuk) memang senang kalau dalam hati takde perasaan segan kepada dosa dan takde taqwa kepada Allah. Maklum la... ayat-ayat keji ni boleh menjadi fitnah jugak kan?


Jom kita sama-sama elakkan diri kita drp mendoakan keburukan orang.

Dan aku juga tak terkecuali.


2 comments:

  1. Babe, tadi aku baru dgr ceramah Ustaz Kazim. Dia ada kupas benda ni. Wah bajet alim dgr ceramah di hari Jumaat.

    Dia ckp mmg dibolehkan berdoa klu terasa hak dianiaya...tapi klu kita doa org yg buruk2, sama jela kita ngan org tu di akhir cerita. Jadinya, biarla bersangka baik & doa yg baik2. And cakap yg baik2.

    Wachaaa! Moh la kite.

    ReplyDelete
  2. mcm ceramah motivasi aku pagi tadi ajer isunya ni by pm ustaz mohd nor kat dewan delta fsg :p

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat