Tuesday, March 19, 2013

What a wonderful Berus Gigi


NI BUKAN lagu "♫ ♪ Bangun pagi, gosok gigi, pakai baju pegi sekolah...♫ ♪"
Bukan yang tu.

Sementara aku menghadap kerja-kerja yang pending ni dan taip new entry, moh le layan kejap lagu pasal berus gigi ni. Hehehe



Monday, March 18, 2013

The big day

Masa undergrad dulu, 'the big day' refers to graduation day.
Lepas tu... hari kawen la is considered as 'the big day'.
Then, giving birth. Then apa lagi entah.
Poyo.

Tapi apa kesah.. there's no limit for us to have only ONE big day pun. So kalo tiap-tiap hari nak jadi big day pun, keropok sotong sukahati la. 
Eh kalo everyday is the big day, we might consider touting about the small day pulak la, ye tak?
 
And as for this time,  my latest big day is over. The day I presented my PhD research proposal (panel review) and at the Higher Degree Research (HDR Seminar).
Dua-dua dalam satu hari sekaligus. Legaaaa.

camwhore sebab takde keje- datang awal sejam lebih
 

Anyway, dalam pada aku nervous giler tu... all my supervisors (Dino, Sharyn and JEdwards) semua suruh aku relax-relax je. Sebab katanya, panel review tu bukan nak tiaw aku... just nak make sure I know what am I supposed to do for the next 3yrs (or so).

So, aku duduk dan present for 10mins... and there were questions from the panels (John Moss, Alana and Michael). Nasib baik Michael datang lambat sikit... sebab dia yang dok satu lab dengan aku, so dia je yang ada tendency nak tanya macam-macam. Hehehe.


Lepas Q&A, I was asked to wait outside for a few mins, dan bila masuk balik ke dalam boardroom tu, John Moss kata "Good news!"

Whew!!!
Alhamdulillah. Rasa macam nak sujud syukur dan-dan tu jugak atas meja tu. Hahaha. Over tau.
 
 

All boxes ticked :)

Sign pun pakai pen hijau je. Aku rasa kalo kat Malaysia, dah kecoh nak kata invalid la, kena guna pen hitam saja la... atau dalam musim-musim menjelang PRU13 ni, dituduh penyokong PAS pulak. Oh well, mana tau kan... kot-kot memang supervisors dan panels ni semua sokong PAS. Nanti aku tanya diorang. Hahaha.



Lepas satu bab, aku ikut Yahya lepak kat ofis dia. Gini le nasib orang tercampak kat campus lain kan. Terpaksa merempat jap kat ofis orang, sebab petang tu ada seminar pulak. 
Nasib baik aku sempat tanya Dino, jadi tak aku dapat workstation kat North Terrace, dengan alasan lepas ni kalau ada event kat main campus, senang la aku nak attend. Walhal aku je saja nak mingle dengan postgrads lain once in a while. Hahaha



So, lepas sempat rehearse sekali je kat ofis Yahya... we went back to 178 North Tce.


  Your truly with the principal supervisor, Dino.
 
Sharyn couldn't make it, neither could JEdwards. Tapi takpe la.. kang tak lalu pulak diorang dengar info yang lebih kurang sama dalam satu hari.

Before the seminar started, sempat lagi camwhore dengan I'in  (Yahya's wife) yang datang untuk tolong amik gambar. Ni kira untuk buang rasa nervous (kononnye la). Hehehe
 

John Moss began the seminar by congratulating the other PhD students yang dah submit corrected theses, yang dah dikira academically qualified. Tak sabar nak tengok nama sendiri kat atas tu.

 
  
Well, kali ni tak ramai sangat yang attend, so tak penuh bilik tu macam aritu.
  So,  aku harap kurang la soalan-soalan yang akan ditanya.


Yahya ni sama principal SV dengan aku. Dia present dulu sebelum aku, study dia lebih kepada proses data dan questionnaires, so tak banyak orang tanya.
 

Study aku pulak, banyak orang tanya tentang experimental work la. Nak nak pulak sebab audience datang from various backgrounds (School of Population Health). Tapi sebab aku baru je panel review pagi yang sama, tak susah la nak jawab.
 


   "Apa punya soalan la diorang ni tanya. Takpe..takpe... aku goreng je."




Abis present, legaaaaa.
Dino congratulated me, dia kata I sounded confident (Acececece). 
Iyolah... sebab selama ni aku buat-buat blur je masa meeting kennn? Hahaha


Yahya, Dino, John and me.

Oh ye, maybe ada yang wonder kenapa aku pakai baju kebaya tu. 
Actually, aku nak pakai blouse biasa je, tapi aku rasa huduh sangat pulak kalo pakai dengan seluar, especially jeans. So, I opted for kebaya (paired with a black skirt), supaya aura dari kaler tu dapat bagi mood sikit kat audience. Hehehe.


Balik rumah, MrHubby dah siap belikan cake rupanya untuk raikan setelnya episod suspense aku.

 



My CCSP is due today. So kejap lagi I am going to the Adelaide Graduate Centre to submit my docs and then berjimba-jimba with Victoria kat city. Hehe.
Babai....


Wednesday, March 13, 2013

Bodoh! Monyet!

Jaman kita dulu, jangan harap nak melawak dengan orang tua dengan mengatakan diorang tu SILLY.
Silly, dalam pemahaman orang kita bermaksud bodoh.
Nak mamf*s kau kata orang tua bodoh? Kalau dia tak tua pun, kau tak boleh sembarangan kata orang tu bodoh.

Tapi Lil Adam selamba je kata "You are so silly, Mama." especially bila aku usik-usik dia konon nak pakai Spongebob undies dia.
Kalau aku tanya soalan dan buat-buat jawab sendiri dengan jawapan sengal.. contohnya: How do I eat this ice cream? Ohh..maybe with my nose? ...
Lil Adam cepat je pintas "No, that's silly, Mama."

Sentap?!
Buat apa aku nak sentap?
Actually, takde masalah pun la. Sebabnya by right

Silly = ludicrous or funny. Lack of seriousness.

Bodoh = stupid, or foolish.

So, apa nak loratnya kalau orang kata kau silly?
You silly billy.

Hahaha.
 
******************************

Aku pernah sms ex-bf kawan lama aku, dan aku tanya sekali khabar anak dia.

Bla..bla..bla...been busy..bla..bla..bla... BTW, how's Alex?

Tetiba dia balas satu perkataan je. Monkey?

Blur jap aku. Apahal lak tetiba dia balas macam tu? Dia kata aku monyet ke?
So aku balas sms tu dengan.. "???"

U mean... monkey? She's a big girl now. Bla bla bla.





Dan ada masanya, Lil Adam dengan riangnya mengaku dia monkey.
"I am a monkey! Heh heh heh" *sambil tergaru-garu, melompat-lompat macam beruk matyeh monyet.
 
Monkey dalam konteks asal adalah playful and mischievous.

Tapi bagi orang kita? Bila marah je, terus keluar "Hoi monyet!"
Bukan setakat monyet je, b*bi dan binatang-binatang lain yang tak bersalah pun disebut sama.



Haihhh. Tak pasal-pasal je monyet jadi contoh buruk.
Tu la, ni mesti pasal monyet dalam kisah teladan tu kan? Terus buruk nama segala monyet yang lain.
Hewhewhew.




So, spread the words. Betulkan persepsi orang kita.
Silly bukan bodoh, monkey is playful.

Tuesday, March 12, 2013

Sos = Anuar Zain vs Black

MrHubby is very particular when it comes to chilli sauce. He has a very distinct tastebuds, kononnya la. 
 
Aku? Huh... Semua aku tibai je.
Bagi aku takde beza pun sos cili Kimball ke, Ayam Brand ke...Itik brand ke.
Yang beza ketara adalah sos cili dengan sos tomato. Dan sos tiram. Hehehe. Yang tu kalo tak reti beza, memang terang-terang sangat la buta rasa.
Oh ye, dan lagi satu, sos cap Arnab- yang selalu mamat burger guna untuk jual kat burger stall  tu. Yang tu memang rasa tak berapa best sikit la.

Maka, sejak kawin, bila pergi Tesco, masuk je lorong sos, MrHubby la yang akan decide nak capai botol sos yang mana satu untuk bubuh dalam troli.
Biasanya  Kimball, Maggi dan Life je yang akan dipilih. Kalau masa tu takde sale, memang nasib la.
 




Baru-baru ni, masa mencicah jemput-jemput, MrHubby tanya aku "Sos kita dah abis kan?"

Me: Kan ada lagi. Banyak lagi tu. Sos untuk masak pun ada selambak lagi dalam fridge.

MrHubby: Mana sama.

Me: Eh..kan ke brand Kimball tu. Sama la rasa dia, macam yang dalam botol tu kalau dah brand sama.

MrHubby: What if Ayah kata Anuar Zain dengan Black tu sama?

Me: *buat-buat cool* Okay apa. Tak kisah la... at least, Black pun suara sedap.

MrHubby: Tau pun tak sama.

Dalam hati aku...
Cisss...ada ke patut disamakan AbangNuar chentaku ittew dengan Black?
Oh well, Black tu muka hensem la jugak. Tapi manakan dapat dibanding dengan Anuar Zain.


Latest pic, semalam AbangNuar gunting rambut. Auwww... Hensem lah!

Saturday, March 9, 2013

Twilight pun ada Sports Day

Twilight? Sports Day?
Okay... sila bayangkan Edward Cullen sedang bawa telur dalam sudu (telur ayam ye)... dan Bella sedang lari dalam guni. Hahaha.


Well, aritu 7 March, ada Twilight Sports Day at the East Torrens Primary School. Held from 12 to 6pm, maybe that's why it's called twilight- the time of the day when the sun is just below the horizon, especially the period between sunset and dark.

Anak-anak Melayu yang bersekolah kat situ really looked forward to the event. Lil Adam siap pilih baju hijau sendiri (after shower), not knowing I have bought a new green shirt for him. Danish (anak Gina) lak dah macam orang putus cinta, sebab baru baik dari demam... siap melengung dari luar rumah sambil mengharapkan hujan tak turun. Wafaa (anak Najwa) pulak pagi-pagi lagi dah suruh mama dia masak bekal bila tengok si mak macam relax je. 
Hahaha. Excited betul diorang.

Lil Adam is in the green team (Heath), sama dengan Farah (anak Ummi).



Danish team merah (Amber), Wafaa team biru (Reid).
Satu yang aku tabik kat sekolah sini adalah... tak payah spend duit pulak untuk beli baju sukan macam yang cikgu-cikgu kat Malaysia dok buat. Kutip RM10 sorang untuk T-shirt nipis-melayang-tahap-boleh-buat-tapis-kopi. Kat sini, pakai je baju yang ada, as long as it resembles the colour of the team. Aku je saja gatal beli baju kat Lil Adam, sebab banyak baju dia dah kecik, lagipun tengah murah kat KMart.

The event started with a short briefing/talk by the Principal, Meredith Starkey. Dia pakai baju colouful la, suaya tak nampak bias menyokong mana-mana team. Hehe.



Time ni aku tak sampai lagi, baru bergegas balik dari Thebarton. Well, as I blogged before... I don't want to miss my kid(s)' events selagi boleh... bcoz I know how disappointing it could be...so walaupun terpaksa bergegas, I still wanna make it.




 Cikgu-cikgu diorang pun sporting. Siap pakai fancy hats dengan rambut kaler ikut team lagi... macam Wendy ni. Games for the kids ada macam-macam... pakai baju/kasut/topi... main wheelchairs


Kat dalam gum pun ada games- skipping rope, bouncing ball...

 


The teams' tents. 


Untuk highschool kids dan parents/teachers ada tug o war a.k.a tarik tali macam-macam kategori. Tapi diorang ni takde la terer main tarik tali macam orang kita, yang siap pasak kaki dan lilit tali keliling pinggang.


Orang Malaysia, as usual la... duduk makan, sambil menengok orang bersukan. Hahahaha



That's me and Kim... and Lil Adam and Felix.

Lil Adam masuk lumba lari. Takde la dapat first place, but he did pretty well.
Basically, takde pun hadiah meraban yang membazir duit sekolah. Just a ribbon to be pinned on the T-shirts.



Lepas tu, we went to Lil Adam's classroom to update on his progress.
On that ladder art, Lil Adam placed himself on the ladder, painting the rainbow!


Guess what? 
Wendy (cikgu Lil Adam) ni dah 50, tapi chargas lagi. Energetic. Badan pun takde la macam mak-mak sangat, sedangkan dah ada cucu.

 

Sempat aku borak dengan dia pasal tips, bcoz I was hoping I'd have that kinda figure at that age. Rupanya dia pun macam aku jugak, kuat makan (semua makanan manis, sayur dia suka) but she never exercised. Never on diet. 
So, nampaknya ada harapan la kot aku untuk kekal slender at 50.


Kemuncak event, penyampaian plaque to the teams.
Heath was the first, followed by Amber and Reid.



Well, cenggitu la  Sports Day diorang. Waaaay different as compared to in Malaysia.
  1. Takde bazir-bazir duit beli baju sukan RM10 nipis-melayang-tahap-boleh-buat-tapis-kopi.
  2. Cikgu-cikgu pun participate walaupun dah berumur.
  3. Takde berucap panjang berjela sampai basah ketiak menunggu 'wabillahittaufiqwalhidayah'
  4. Takde membazir duit tempah medal/piala yang tak dan seminggu dah tercabut kepala.
  5. Takde membazir duit makan-makan untuk VIP. Semua simple...makan hotdogs je.

Objektif untuk pupuk semangat kesukanan dan hidup cergas tetap tercapai. Nape ekkk Malaysia lorat-lorat takleh buat macam ni?
 

Nuffnang ads

My Heartbeat