Saturday, January 31, 2015

Let's wiggle!

Kat Adelaide ni selalu gak ada artis datang buat concert.
Mariah Carey la, Justin Timberlake la, Maher Zain la...Yuna pun ada datang masa Oz Asia Festival.

Mula-mula, ingat nak pegi jugak tengok Maher Zain. Tapi kang tetiba aku menjerit "Anuar Zennnnn!!!"
Harus la tetiba....
*krikkk krikkk krikkk krikkk*
  1. Dah la konsert amal ala-ala lindungan Kaabah gitu kan, semua orang duduk elok-elok kat seats, tetiba je ada sorang pompuan menjerit.
  2. Sah-sah la Maher Zain tu tak sama dengan Anuar Zain. Konpem muka aku masuk 'Today Tonight'. Bahahahaha

Biasanya kat Adelaide ni diorang buat concert kat Adelaide Entertainment Centre la.
So, eventually aritu, aku pun dah jejakkan kaki pegi konsert kat situ. Since the venue is not far from my office, kitorang park dekat-dekat dengan office dan naik tram je (satu stop je pun).


Konsert apa?
Heh.



Adelaide Entertainment Centre---yang baru first time aku jejak

Cer teka... cer teka...



Ibu mithali sangat aku, kan?
Siap bawak anak gi konsert.


Ta-daaaa!!!!

Sayang pulak tak dapat snap gambar budak-budak yang dressed up as The Wiggles characters. Kang orang kata aku paedophile pulak. Leceh betul.


Wahahahaa... konsert The Wiggles la.
Aku pun suka The Wiggles ni (berbanding Hi-5), sebab asal-asalnya band diorang was made up of bapak-bapak budak.



So, korang bayangkan la bapak-bapak budak menyanyi dan menari. Kalau Hi-5 tu, standard la kan budak muda terkinja-kinja. Tapi ni dah la lelaki, tahap bapak-bapak 40-an gitu. Fun kan?

Sekarang ni, 3 daripada 4 orang Wiggles dah muka baru, tapi aku layankan je la, sebab Lil Adib suka. Kira a treat for his birthday la kononnya.


Punya la ramai peminat Wiggles ni, sampaikan masa aku nak book tiket tu (6 mths earlier or so), cuma tinggal seats yang jauh-jauh je.
Tapi, nasib baik aku dapat beli tiket daripada orang yang terpaksa jual tiket dia. So, merasa la duduk kat 'Hot Potato' seat, dengan harga yang murah. Hehehe.



The stage


The crowd.
Seats yang lompong-lompong tu adalah sebabada parents kena bangun menari dengan anak (sambil dukung)...


Emma going around to greet the audience.

Semua lagu-lagu favourite Adib diorang nyanyi, termasuk la Rocka Bye A Bear.

Time nyanyi Twinkle-twinkle Little Star, semua orang disuruh pasang torch kat henpon. Teringat pulak masa gi konsert Black Eyed Peas dulu.
orang jaman sekarang dah tak main lambai-lambai dengan lighter dah.



The Wiggles in action!

Konsert tu ada la dalam sejam lebih.
Not bad. Especially untuk aku yang dapat masuk bertiga dengan 2 tiket saja. Hahaha.


Banyaknya belon Dorothy the Dinosaur!


Nasib baik Lil Adam dan Lil Adib tak pernah kikis kitorang, minta belikan merchandise tu semua. Aku bawakkan Hot Potato yang boleh menyanyi tu (refer gambar masa awal-awal tadi) pun dah cukup happy dah diorang.
Baik anak-anak mama. Boleh mama guna duit tu nak shopping barang mama pulak.


Tak lama lagi ada The Veronicas, Foo Fighters, Sam Smith, Paloma Faith, Ed Sheeran pulak nak datang Adelaide Entertainment Centre.

Tapi..hmmm... aku tak pegi la kot.
Kalau Maroon 5 datang, nak gak aku pegi. Sebab concert diorang aritu dah pernah cancel. Mana la tau kan, kot-kot Adam Levine nak datang balik cari aku ke. Eh.

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat