Saturday, January 31, 2015

Let's wiggle!

Kat Adelaide ni selalu gak ada artis datang buat concert.
Mariah Carey la, Justin Timberlake la, Maher Zain la...Yuna pun ada datang masa Oz Asia Festival.

Mula-mula, ingat nak pegi jugak tengok Maher Zain. Tapi kang tetiba aku menjerit "Anuar Zennnnn!!!"
Harus la tetiba....
*krikkk krikkk krikkk krikkk*
  1. Dah la konsert amal ala-ala lindungan Kaabah gitu kan, semua orang duduk elok-elok kat seats, tetiba je ada sorang pompuan menjerit.
  2. Sah-sah la Maher Zain tu tak sama dengan Anuar Zain. Konpem muka aku masuk 'Today Tonight'. Bahahahaha

Biasanya kat Adelaide ni diorang buat concert kat Adelaide Entertainment Centre la.
So, eventually aritu, aku pun dah jejakkan kaki pegi konsert kat situ. Since the venue is not far from my office, kitorang park dekat-dekat dengan office dan naik tram je (satu stop je pun).


Konsert apa?
Heh.



Adelaide Entertainment Centre---yang baru first time aku jejak

Cer teka... cer teka...



Ibu mithali sangat aku, kan?
Siap bawak anak gi konsert.


Ta-daaaa!!!!

Sayang pulak tak dapat snap gambar budak-budak yang dressed up as The Wiggles characters. Kang orang kata aku paedophile pulak. Leceh betul.


Wahahahaa... konsert The Wiggles la.
Aku pun suka The Wiggles ni (berbanding Hi-5), sebab asal-asalnya band diorang was made up of bapak-bapak budak.



So, korang bayangkan la bapak-bapak budak menyanyi dan menari. Kalau Hi-5 tu, standard la kan budak muda terkinja-kinja. Tapi ni dah la lelaki, tahap bapak-bapak 40-an gitu. Fun kan?

Sekarang ni, 3 daripada 4 orang Wiggles dah muka baru, tapi aku layankan je la, sebab Lil Adib suka. Kira a treat for his birthday la kononnya.


Punya la ramai peminat Wiggles ni, sampaikan masa aku nak book tiket tu (6 mths earlier or so), cuma tinggal seats yang jauh-jauh je.
Tapi, nasib baik aku dapat beli tiket daripada orang yang terpaksa jual tiket dia. So, merasa la duduk kat 'Hot Potato' seat, dengan harga yang murah. Hehehe.



The stage


The crowd.
Seats yang lompong-lompong tu adalah sebabada parents kena bangun menari dengan anak (sambil dukung)...


Emma going around to greet the audience.

Semua lagu-lagu favourite Adib diorang nyanyi, termasuk la Rocka Bye A Bear.

Time nyanyi Twinkle-twinkle Little Star, semua orang disuruh pasang torch kat henpon. Teringat pulak masa gi konsert Black Eyed Peas dulu.
orang jaman sekarang dah tak main lambai-lambai dengan lighter dah.



The Wiggles in action!

Konsert tu ada la dalam sejam lebih.
Not bad. Especially untuk aku yang dapat masuk bertiga dengan 2 tiket saja. Hahaha.


Banyaknya belon Dorothy the Dinosaur!


Nasib baik Lil Adam dan Lil Adib tak pernah kikis kitorang, minta belikan merchandise tu semua. Aku bawakkan Hot Potato yang boleh menyanyi tu (refer gambar masa awal-awal tadi) pun dah cukup happy dah diorang.
Baik anak-anak mama. Boleh mama guna duit tu nak shopping barang mama pulak.


Tak lama lagi ada The Veronicas, Foo Fighters, Sam Smith, Paloma Faith, Ed Sheeran pulak nak datang Adelaide Entertainment Centre.

Tapi..hmmm... aku tak pegi la kot.
Kalau Maroon 5 datang, nak gak aku pegi. Sebab concert diorang aritu dah pernah cancel. Mana la tau kan, kot-kot Adam Levine nak datang balik cari aku ke. Eh.

Wednesday, January 28, 2015

Feeling mak-mak

Hari ni aku feeling ala mak-mak sikit. Acecece...nak jugak letak 'ala', walhal dah confirm la aku ni mak budak. 
Takpe... yang penting, jangan kelihatan macam makcik-makcik kalau baru berumur 25 tahun macam aku. Hewhewhew.

Today's Adib's first day at kindy. 
Standard la mak-mak... mesti risau terlebih, walaupun aritu dah pegi orientasi dua kali aritu.

So, pagi ni...my main concern was untuk sediakan lunch box ngan snack box.
Walaupun Lil Adib is not a picky eater macam Lil Adam, but he's a big eater (macam Mama dia la kan?!). Jadi, aku kena make sure makanan cukup dan yang dia tak kisah makan, sebab kadang-kadang je dia fussy.

Aku buatkan his favourite bread and honey, telur rebus sebijik, crackers ngan grapes.

Ini pun jenuh aku cari bekas yang senang nak bukak. Kalau tidak, nanti tak pasal-pasal terpelanting dan tergolek makanan anak aku atas tanah kang. Siap practise suruh dia buka sebelum pegi sekolah. Huhuhu.

Sumbat semua dengan water bottle sekali dalam lunch bag Angry Birds...dan bubuh dalam bagpack Octonauts pulak. 

Lunchbox dah siap... aku masuk bilik, Lil Adib dok tido lagi. 
Haihhh... Ni la susahnya bila summer. Malam-malam aku tido lambat sebab tunggu Isyak masuk lambat (around 10pm), dia pun berjaga jugak. Selagi aku tak masuk tido, takdenye dia nak tido... sebab nak tummy time (laga perut) kekdahnya.


Siap mandi, pakai baju... kita amik gambar dulu depan rumah sebelum masuk kereta. Hehe.
Dasar mak blogger!

Dropped Lil Adam dulu...
*I love the blue sky!

Lil Adib sampai depan sekolah pun, dok pegang lagi roti kat tangan.
Hahaha.


Belajar gantung sendiri bagpack kat hook.
Kena la pandai baca nama sendiri kat label tu.


Lunch simpan kat dalam. Snack letak dalam bag kat luar.
Ni semua gara-gara takut ada budak habiskan makanan sebelum time makan. Hahaha. Lawak okehhh.

Welcome everybody!!!

Masuk-masuk je, lepas register nama, Lil Adib terus join kengkawan baru main jelly crystals.
Aku risau gak kalau ada yang tertelan. Tapi err...maybe aku je over-conscious kot.

 

Other sections...

Sempena nak dekat Chinese New Year ni, siap ada setting ala Chinese Restaurant gittew. Tapi takde pulak nampak itik gantung.
Kalau tidak, nak gak aku tapao sebungkus. Ngehngehngeh.
 


Then, Lil Adib buat painting pulak.

Semangat kemain lagi pilih kaler. Topi tak lepas, walhal topi tu wajib pakai masa nak main kat luar time rehat je.


After a while berlegar-legar kat situ (sebelum learning session started), aku pun hug Lil Adib.
Sob sob... T_______________T

Anak mama dah sekolah. Will he be okay on his own?
Huhuhu.
Tu belum lagi Lil Adib nak kawen, baru masuk kindy, Mama dah emo.


Cis...muka tak nampak sedih pun.
Hahaha. Selfie wehh..takkan nak buat muka sedih pulak. Lame sangat!

Semoga Allah lindungi Sayang Mama.
Dan semoga Lil Adib enjoy belajar macam Mama masa kecik dulu.
Nanti pukul 3, Ayah amik ekkk.



Monday, January 26, 2015

Strayyyyyya! Good onion, myte!


Straya Day! Oi! Oi! Oi!
Hoyeah!!! Long weekend! (Aussies ni, pantang ada extra cuti sehari je dah kecoh panggil long weekend, walhal takde la long sangat pun!).

I have had a crush on Aussie blokes since I stepped my feet here in 2005.
So walaupun aku tak jadi buat PhD kat US, kensel nak ber-supervisorkan jejaka KPop di Korea, dan masih cannot get over my love for Brisbane... at least aku masih kat DownUnder ni. So, boleh la perasan Aussie, happy-happy sambut Australia Day arini...

Alaaa...bukannya kena ada rupa Nicole Kidman ke...Delta Goodrem ke untuk celebrate Australia Day kan? Anggap je la aku ni Aussie walaupun skin tone macam suntanned au natural. Hihihi.




So, in conjunction with the event, let's talk Aussie-ish stuff arini.


Well, do you know?




And Australian greetings:


Soalan ni memang hamsap, sebab until today aku teragak-agak, diorang ni expect aku jawab ke x?
LOL

Tu belum kira lagi dengan accent pekat melantun-lantun yang kekadang aku tak paham. Nasib baik kat ofis/lab aku English diorang tu standard.
Kalau tidak, mau aku main sengih gelak-gelak je bila ditanya soalan, macam jadi kat aku ngan Fiza masa bersembang dengan Bray dulu. Hahaha


Diorang punya lingo ni melarat-larat sampai ke proverb.

And important proverbs:

Mamf*s aku nak  paham.
Kalau orang Malaysia, senang je.... "Buat U-turn la! U-turn"
Kehkehkeh.

Jalanraya kat sini, mana boleh speed laju-laju. Most roads mmg max 60km/h. Memang mula-mula sampai dulu, susah sangat nak control. Lama-lama dah terbiasa. Kawan-kawan yang dah back for good (atau yang balik bercuti jap kat Msia), mesti cerita diorang kena hon sebab drive macam siput vavi.

Tapi, sejak aku dah 'Australianised' sikit ni.... aku dah relax time driving. Siap malas press pedal minyak lagi. Hahaha.

Lagipun, kat sini, ramai orang insaf kot dengan iklan tentang safe driving. Tak main subtle punya...
SPEEDING, NO ONE THINKS BIG OF YOU.

Haaa..amekkaw!


Sebenarnya ada satu stress kalo dok Aussie ni...sebab most people around the world are experiencing  the opposite season. Bayangkan je la, orang kat Northern Hemisphere (Europe, US, etc) dok cerita pasal white Christmas, kitorang menggelupur tengah summer.
Orang cerita pasal snowman, kitorang buat sandman je la kat beach.

On the Westerosi words of Australia:


Tapi agak lawak bila tengok masa winter (kat Brisbane especially), Aussies pakai bermuda shorts ngan T-shirts je, dan aku menggigil-gigil. Nak pakai coat tebal-tebal kang, orang pandang semacam. Tak pakai tebal, sejuk la pulak.
Kat Adelaide ni kira okay la nak pakai jaket bulu-bulu pun, sebab confirm sejuk daripada Brisbane. Heh. Tu yang aku suka tu. Nak nak pulak bila boleh melaram dengan boots. Hehehe.

And how Australians cope:
Kat ofis sekarang, mujur jugak la area aku tu ada Ganyk je. So, he understands well bila aku sejuk, off la aircond. Lagipun, aku dah standby heater kat bawah meja.

Agak stress jugak bila orang-orang kat Europe/US dok sembang kencang pasal nak baring-baring atas beds of yellow/orange leaves masa autumn, kitorang maybe tengah panas. Cuma tak sampai la tahap heatstroke.
Recently, kecoh pasal Pumpkin Spice Latte... and Aussie be like..... errr...BIG QUESTION MARKS atas kepala.

And Pumpkin Spice Lattes:

Nasib baik jugak la summer tahun ni sangaaaaat mild. So far la. Lagi sebulan nak abis summer ni, harap-harap takkan jejak lebih daripada 35'C.
In fact time menaip ni pun, aku siap pakai jumper ngan socks. Kalau last year, sampai 44'C. Jangankan socks, kalau boleh, benang seurat pun taknak pakai! Huahuahua.



Dan bila dah away from Malaysia, of course la internet je yang mudah untuk update apa-apa.
Termasuk la untuk tengok video kat YouTube. Tengok Maharaja Lawak ke... (drama-drama aku tak layan)... lagu-lagu yangorang dok share kat FB ke...

Tapi, mak stress noks...bila....

On the internet:
Grrrr... hampagas!!!
Macam la Aussie ni remote sangat!


Pasal makanan pulak, aku pernah confuse silap sebut masa nak order.... fries.
Eh, fries?


On culture clashes:
Lepas insiden yang membuatkan kemaluan aku membesar itu, masa queue je, aku akan tengok menu untuk recall balik terms apa diorang guna. Hewhewhew.

Tu belum cerita lagi pasal 'SPIDERS!'
Hang gila ka apa-- nak order spider kat counter Hungry Jacks? Dah la spiders kat Aussie ni jenis-jenis yang sekali gigit, confirm pengsan atau mati.

On spiders:
Of course la kita terbiasa dengan 'float'. Tapi kang kalau order float, jadi macam kes fries/ chips tadi pulak.


And Wagon Wheels... in which, masa Maryse sebut Felix nak makan ni, aku ter-blur kejap.
Felix nak makan wagon wheels? Biar betul.

Then lamaaa lepas tu, baru la aku tau...

Why on earth would they name it something like that. Aiyaaa!


Aussies are bad at naming the food/ candies, I suppose.
Main hentam je... memang dah gaya macam street names for drugs pulak.
And what the world is missing:

Dan yang ni...is called the FAIRY BREAD ye kawan-kawan.
*rolled eyes*
Roti sapu butter, tabur sprinkles. Hahaha.
Pun bolehhhh... janji aku dah dapat idea untuk bekal kat Lil Adib untuk kindy nanti.



Selain yummy food, Aussies jugak ada yummy blokes. The home too People’s Sexiest Man Alive gittew. Tapi, aku tak refer kepada pakcik Hemsworth ni, I'm referring to my Alex O'Loughlin. Heh. 

On being home to People's Sexiest Man Alive:
Dalam MKR aritu, kecoh pasal ada 'Thor'.... hehehe.



Ni memang cousin yang hamsap. LOL!


Tapi, aku pun nak tayang gak la gambar masa aku dating dengan sorang lagi hot Aussie hunk. Eric Bana. Homaiiii!!!

Kasi chance la ye.
Ni belum lagi dengan Alex O'Loughlin. Kalau tidak, confirm menanah la bijik mata korang aku layur-layur gambar kat sini. Hewhewhew.


Geography-wise, aku rasa nama-nama tempat kat Aussie ni, yang inspired by aborigines especially... bunyi sangat lawak dan bizarre.
Toowong, Mittagong, Molong, Grong Grong, Wollongong,  Geelong, Kurrajong, Mullumbimby,Goondiwindi, Coolangatta, Cabramatta, Parramatta, Wangaratta, ---what's the matta?!?

On place names:

Jangan tak tau... aku tak jadi ke Wollongong walaupun aku tau ada otai bidang aku kat situ, sebab aku rasa lawak. Okay, lame excuse.
Eh, tak jugak la... sebab I was told bidang aku ni the best is kat Adelaide. Hehehe
(Abang angkat aku grad dari situ wehhh, dah jadi dekan pun kat UIA. Ampun, Abang Didie!) 


 Politic-wise.... standard la kan.... kat mana-mana pun, ada je orang tak suka politicians. Harharhar.


On Tony Abbott's mates:
Awkward ehhh.




On #AusPol:


And Australian birdlife:
So true!




And dinner guests:



Anyway, kalau ada yang nak kondem aku sebab puji Aussie melambung sangat ala-ala lupa diri, lupakan je la niat tu. Hahaha.
Aku nak menuntut ilmu this Aussie winning attitude daripada Steven Bradbury nih.... Whatever will be, janji menang!

On Australia's #winning attitude:

Kwang kwang kwanggggg

Last but not least, have fun listening to this song..... STRAYYYYYA!!! (inspired by Hey Ya- Outkast).



My country don't share no borders
'Cos of all the waters that surround our land
Thank god for our resources
'Cos they are the sources of our wealthy land
Don't try to find the capital
Or fight the animals
You're on your own
Just drive from town to paradise
And you'll see why we call Australia home

Straya
Straya
Straya
Straya

You think you've got it
Oh you think you've got it
But have you got a rock where there is nothing at all
We get together
Oh we get together
The weather's always better when there's cricket involved
And we believe that mateship is forever
We're all mates, we're all mates, we're all mates
We're all mates, we're all mates
And we're multicultural
So why ya why ya
Why ya why ya why ya
Not living in Australia when you know we are so happy here

Straya
Straya
Straya
Straya

Alright now fellas
Yeah!
Now what's cooler than a big cold beer?
Ice cold!

Shake it [x9]
Shake it like a polaroid picture
Shake it [x9]
Shake it like a polaroid picture

Straya
Straya
Straya
Straya

Nuffnang ads

My Heartbeat