Masa kecik-kecik dulu, most people panggil kaler brown tu kaler coklat kan? Aku tak. Aku panggil koko. Kalau nak bagi nampak matsaleh sikit, eja la 'cocoa'. Heh.
Ni cerita pasal Koko Black. Aku tak tau la pasal apa nama dia cenggitu. Krisis identiti kot.
Anyway, Koko Black ni adalah tempat mengopi/mengeteh baru kat Adelaide Arcade. Kalau tak kerana Hazreel, Shifa and Kak Tini, aku tak jejak kot.
Ye la..ye la...
Aku tau, ni mesti ada yang nak kata, aku ni asyik buat entry makan je.
Dah itu aktiviti utama aku...nak buat camna?
Kang aku cerita pasal PhD, pakat-pakat ban pulak blog aku. Ye la, bukan semua orang suka baca cerita serious kan? Sekali-sekala boleh la.
Ehhh..ayat cover kuat berjimba ke apa nih?
Anyway, class gittew ambience Koko Black ni.
Menu sampai...
Ha..pilih..pilih.
Jenuh rambang mata.
Sempat pulak Hazreel mendajal aku.
Ada ke tetiba dia kata kat mamat waiter tu, "She (aku la tu) thinks you're cute!"
Hahaha. Terus mamat tu betul-betulkan rambut dia.
Walhal mamat tu okay-okay je la di mata aku. Kalau kacak tahap Alex O'Loughlin, tak payah tunggu Hazreel pedajal, aku sendiri yang tegur. Heh.
My coffee affogato!
Okay, dah tau bukan kaki coffee, next time order tea je la.
Gagaga!!!
Sedapnya humang aiii.
Okay, aku bias. Sebab aku suka salted caramel.
Sambil ngopi, sambil bergosipan
(takkan aku nak cerita kot kitorang jumpa tu siap bertazkirah bagai).
Lepas tu, gatal pulak nak try coklat kat situ.
Ha..pilih..pilih. Jenuh rambang mata.
We ended up with Green Tea, Hazelnut Cluster, Caramel and apantah lagi satu. Sedap weh. Seketul tu AUD2. Hehe
Just a selfie pic of yours truly and Shifa masa on the way balik.
No comments:
Post a Comment
Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.