Tuesday, January 28, 2014

Password oh password

Aku tak paham betul la. Kekadang Yahoo! ni hantar email, tak pasal-pasal minta kita validate account. Konon sebab has exceeded the limit la. Kalau tak verify within 24 hours, account will be suspended la.

Ada sekali tu, kawan aku pernah kena. So dia nak try validate la (konon).
Sekali dia minta jawapan untuk "When did you first met your partner?"
Yang ni confirm la kita ingat kan? Kalau yang tak ingat tu, confirm lelaki. Ye, lelaki yang dah kawen for a few years, dan kalau kantoi bini dia tau dia bagi jawapan salah, harus muncung panjang macam Mak Cik Wok dalam kartun Tiga Dara Pingitan.
 
Masalahnya kawan aku ni dah try bagi jawapan yang betul, tapi salah jugak. 
Aku cakap, maybe it refers to boipren lain kot. Cer tengok balik masa create email tu, tengah couple dengan boipren mana satu. Hehehe. Ye la kan, tak semua orang kawen dengan orang yang pertama dia jatuh centa. 

Dia jawab... Confirm, memang boipren tu la.
So, aku kata..maybe jawapan tu specific sangat. Atau general sangat.

Contohnya....
Diorang jumpa first time kat depan library UiTM (acecece, typical scene terlanggar, buku berterabur, tolong kutip, berkenalan, blablabla -imaginasi takboleh blah!)
Tu contoh je. Aku tak main la berkenalan dengan boipren dengan kekdah tu.

So, jawapan yang possible untuk soalan "When did you first met your partner?" adalah...
  • Library
  • PTAR
  • PTAR1 ...atau PTAR2
  • Tangga
  • Tangga library
  • Tangga perpustakaan
  • Perpustakaan (takde kot yang antik sangat nak guna kutubkhanah kan?)
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak 1
  • UiTM
  • Universiti Teknologi MARA
  • UiTM Shah Alam
  • Universiti Teknologi MARA Shah Alam
  • UiTM Kampus Shah Alam
  • UiTM Selangor
  • UiTM main campus
  • Kampus induk UiTM
  • Kampus induk Universiti Teknologi MARA
  • Selangor
  • Selangor Darul Ehsan
 ...and the list goes on...
Banyak kan possibilities nya?
Mampuih nak ingat yang mana satu dalam banyak-banyak jawapan tu.

Tu belum lagi kalau masa create email dulu, korang pilih soalan "What is your favourite food?"
Kalau jenis suka makan cekodok je dari kecik, senang la. Kalau macam aku ni, semua benda aku SUKA makan, sampai bongkok le hadap laptop tu.



Pernah tak korang nak pilih password, tapi jadi macam ni...


Nah...amekkaw!
Akhirnya...


 



Errr... ada antara korang yang guna any of these WORST PASSWORDS? Lame.
Hahahaha
 

3 comments:

  1. mmg jenuh nak ingat password bila yg dah pjg sgt tu.

    ReplyDelete
  2. selalu terjadi begini. sbb kita dah set password yg berkenan di hati, last2 kna ubah jauh gile dari asalnya. next time log in teruih lupa...

    ReplyDelete
  3. hari tu masa ibm datang buat security check on user email staff uitm, dah x der yg guna password as password..hahaha..ada kesedaran dah :p

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat