Tuesday, January 21, 2014

Awekmu dulu kini awekku

Awek mata bulat yang petah tu dulu marka (read: girlfren) Lil Adam. Siap share dengan Iman (Lil Adam's cousin) lagi. Boleh sama-sama hadap lama-lama.

Okay la, marka tu bunyi macam over sangat lak. In this case, kira 'crush' je la kot.

She is Dora the Explorer!



Sejak aku cuba kurangkan Lil Adib tengok Ultraman, aku pun substitute la dengan video Dora. Dia happy sangat. 
Tapi nak sebut nama awek tu pun pelat "Dola! Dola!"
Dah macam Dolah Cantik pulak aku dengar. Hahaha
Nah tengok video ni... excited dia kalau nampak apa-apa barang yang ada Dora.





Actually, mula-mula dulu (masa takde anak lagi kot) aku dok tengok kartun Dora ni kat NTV7, I said to myself... kejadah apa la kartun ni, mata terkelip-kelip, tanya soalan then tunggu orang bercakap balik.

Tapi bila Lil Adam dah suka, aku sebagai mak... setuju je la dengan calon menantu pilihan anak. Eh.
I mean, lama-lama aku pun jadi suka tengok Dora ni, sebab dia pandai dan comel. 
Tak la bengap macam Oso (korang tau kan, kartun Oso beruang (konon spy/agent yang selenga tu?). Asyik-asyik bagi jawapan yang salah.

Lepas tu, aku siap cakap kat MrHubby, kalau ada anak pompuan, aku tak lambakkan dengan Princess-y stuff (Princess kan lembik!).... tapi aku akan buat segala benda dia Dora. Dora kan tough! Baju Dora, beg Dora, kasut Dora, mainan Dora, birthday cake Dora, semua-semua la. Habis la anak pompuan aku takde chance nak jadi minah lembik. Hahaha.

Kerana Dora ni, Lil Adib sekarang ke mana saja mesti nak bawak bagpack.
"Pack-pack! Pack-pack!"  Kalo sekali dengar, boleh berubah air muka sebab ingat dia sebut benda lain. Macam Pokka aritu- terkedu, sampai la aku kata "Bagpack la, Pokka. Akak tau awak mesti ingat dia sebut benda lain kan?".LOL.

Bagpack Lil Adib ni takde la isi segala tok-nenek macam bagpack Dora tu. Dia bawak dua Ultraman, Kasier Belial (ultraman jahat), dengan dua ekor Godzilla.


Untuk budak sebesar Lil Adib yang agak late bloomer (when it comes to talking), I owe so much to Dora. I believe, kerana Dora ni jugak la (and of course dengan kuasa Allah), Lil Adib dah pandai sebut ayat-ayat macam...

Oh man!

There you go...

Watch out!

Dan lagi satu ayat yang selalu dia sebut adalah bila dia selalu usik aku masa aku nak pakaikan diapers. Biasanya aku buat-buat takut/geli nampak bird dia. So, Lil Adib akan cover dengan towel.
sambil cakap "No more! No more! Lalalalala..."

Ni video nye...

Noti nye lahai...memang macam perangai Lil Adam masa kecik dulu.




Dan bila gi rumah Ummi aritu, dia nampak Dora kesayangan Cha (anak Ummi), siap dia peluk lagi ha... Nasib baik dia tak buat hal nak angkut bawak balik.



Lepas ni aku nak suruh dia tengok Diego pulak la. Kang tengok awek je, susah pulak hati aku. Huhuhu


2 comments:

  1. Ok lah layan Dora & Diego... anak2 aku melayan Oggy... jahat nak mampus lipas durjana tu....

    ReplyDelete
  2. masa pregnantkan adam dulu aku selalu tengok oggy ni. nasib baik anak aku tak kenan nakal mcm lipas2 tu

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat