Tuesday, January 28, 2014

Password oh password

Aku tak paham betul la. Kekadang Yahoo! ni hantar email, tak pasal-pasal minta kita validate account. Konon sebab has exceeded the limit la. Kalau tak verify within 24 hours, account will be suspended la.

Ada sekali tu, kawan aku pernah kena. So dia nak try validate la (konon).
Sekali dia minta jawapan untuk "When did you first met your partner?"
Yang ni confirm la kita ingat kan? Kalau yang tak ingat tu, confirm lelaki. Ye, lelaki yang dah kawen for a few years, dan kalau kantoi bini dia tau dia bagi jawapan salah, harus muncung panjang macam Mak Cik Wok dalam kartun Tiga Dara Pingitan.
 
Masalahnya kawan aku ni dah try bagi jawapan yang betul, tapi salah jugak. 
Aku cakap, maybe it refers to boipren lain kot. Cer tengok balik masa create email tu, tengah couple dengan boipren mana satu. Hehehe. Ye la kan, tak semua orang kawen dengan orang yang pertama dia jatuh centa. 

Dia jawab... Confirm, memang boipren tu la.
So, aku kata..maybe jawapan tu specific sangat. Atau general sangat.

Contohnya....
Diorang jumpa first time kat depan library UiTM (acecece, typical scene terlanggar, buku berterabur, tolong kutip, berkenalan, blablabla -imaginasi takboleh blah!)
Tu contoh je. Aku tak main la berkenalan dengan boipren dengan kekdah tu.

So, jawapan yang possible untuk soalan "When did you first met your partner?" adalah...
  • Library
  • PTAR
  • PTAR1 ...atau PTAR2
  • Tangga
  • Tangga library
  • Tangga perpustakaan
  • Perpustakaan (takde kot yang antik sangat nak guna kutubkhanah kan?)
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak 1
  • UiTM
  • Universiti Teknologi MARA
  • UiTM Shah Alam
  • Universiti Teknologi MARA Shah Alam
  • UiTM Kampus Shah Alam
  • UiTM Selangor
  • UiTM main campus
  • Kampus induk UiTM
  • Kampus induk Universiti Teknologi MARA
  • Selangor
  • Selangor Darul Ehsan
 ...and the list goes on...
Banyak kan possibilities nya?
Mampuih nak ingat yang mana satu dalam banyak-banyak jawapan tu.

Tu belum lagi kalau masa create email dulu, korang pilih soalan "What is your favourite food?"
Kalau jenis suka makan cekodok je dari kecik, senang la. Kalau macam aku ni, semua benda aku SUKA makan, sampai bongkok le hadap laptop tu.



Pernah tak korang nak pilih password, tapi jadi macam ni...


Nah...amekkaw!
Akhirnya...


 



Errr... ada antara korang yang guna any of these WORST PASSWORDS? Lame.
Hahahaha
 

Friday, January 24, 2014

Ultraman Adib's birthday party!


Plan asalnya nak buat tema lain, tetiba last minute aku terfikir why not buat Ultraman, since Lil Adib tengah suka gila kat hero Jepun tu.


Invitation was sent by Facebook jer, MrHubby yang uruskan sebab minggu tu aku busy giler kat lab. Tapi standard la kan... busy-busy pun, tetap gedix when it comes to planning a party for the loved ones.

Untuk cake, kali ni agak huduh. Alaa...masa kek Plant vs Zombies aritu pun huduh jugekkk.
Cuma yang ni melampau messy nya.




Kali ni aku cuma buat Ultraman dengan resaksa tu je guna fondant. Yang lain pakai icing jer.
Hazab jugak la sebab dah lewat malam (sebelum hari majlis) aku baru terhegeh-hegeh start. 

Cuppies pun ala-carte (read: ala-kadar. heh) je.



Kenapa last minute?
Sebab masa dinner time, aku gatal tangan buat Ultraman standee atas kotak nih.


Mujur la pinata resaksa gorgon dengan goodie packs aku dah siapkan awal-awal lagi.So, yang tu dah put aside lama dah.




Aritu birthday Lil Adam buat untuk kids je, dah penuh rumah. So kali ni, kitorang buat kat Thorndon Park. Start pukul 5pm. So, mula-mula sampai, set-up dulu dengan banner, belon segala.
Nasib baik ada abang-abang hemster hemsem  (Pokka, Affan & Aput) tolong angkut barang dan set-up semua-semua.


Bila dah ada tetamu sampai, apa lagi?
Lebai Pokka pun lead baca doa. Kelles kan? Ala S.Jibeng pun ada. Kihkihkih


Menu?
Aku masak nasi hujan panas...
 MrHubby masak daging masak hitam-ke-apa-nama-pun-tak-tau-lah.

Menu lain, aku buat yang mudah je.
Salsa shrimp balls... potato salad...kuih sagu kelapa


Marshmallows

Jelly joiners (gummies)
 

Dengan buah-buah ni.... aku hidang je la. Bukan nak kena uli, bakar, goreng pun kan? Aiskrim pop pun ada.Aaaa..yang masa kecik-kecik dulu kita patahkan dua sebelum makan tu.


Tetamu yang datang ada yang bawak kuah lodeh, banana muffins, kuih bakar, crumble, juice, bihun goreng, kek buah, eskrem,  dan macam-macam lagi. Meriah dengan makanan.

Lil Adib yang konon reluctant nak amik hadiah daripada Uncle Johnes...  dapat je kat tangan, terus "Whoaaa!!!" dibuangnya plastik ke tepi. Tak menyempat nak bukak.


 More guests coming... dan start  makan la. Nak tunggu apa lagi ye tak?






Selfie Mama and the birthday boy.


The kids...
Tasneem comel. Yayang, Adam's friend. Oh well..Titin's family is family friend now.

 And the not-so-kids. Riang gembira dengan belon.

Sambil makan tu...bebudak diajak main games.
First game : The longest yard.

Tengah-tengah majlis, tetiba birthday boy buat onar.
Ni kena marah, dia buat muka kerek jer.



While the guests (adults) sembang-sembang dan mengisi perut...


... the kids sambung main the 2nd games- Pop the balloon!


...and the 3rd games : Scavenger Hunt!




Then, it was time for the cake!
Lil Adib tak la nampak terkejut sangat, unlike Lil Adam dulu..masa nak blow candles..baru aku keluarkan cake.


 Haaaapy birthday to you!!!!


Lepas tu, baru la pinata time!


Birthday boy terpaksa didukung, sebab tak cukup tinggi.
Kalau gantung pinata tu tinggi sangat, kang tak mencabar lak untuk kids yang besar-besar.


Ni pun MrHubby mengelat siap angkat sikit pinata tu...just to let them have a chance to hit it.


Jenuh gak diorang pukul... (I should not have made it too sturdy lah). Nasib baik gak Hariz berjaya pecahkan... so riang le bebudak semua kutip candies and lollies.


Lil Adib menyusup celah orang ramai and came back to me, with just a candy in his hand. Dia tak faham lagi kot konsep berebut. Eh... tak pandai berebut le konon. Walhal kat rumah, segala toys dia nak berebut dengan Lil Adam.


Lepas tu, all kids dapat 'Good Attitude Award' certificate.


Happy la bebudak tu... dan happy juga hati aku kesampaian hajat nak berkumpul, mingle, menjamu makan kengkawan sambil raikan anak-anak.


Aku tau, bukan budaya orang Islam celebrate-celebrate birthday ni... tapi aku tak rasa la at this age, aku boleh harap Lil Adam dan Lil Adib buat Majlis-Penghargaan-Buat-Mama-Best-Sebab-Beranakkan-Kami. 


Oh ye... kalo korang terperasan, most guests pakai merah/ putih... konon sebab kaler Ultraman le kan. Mihmihmih.


Jejaka-jejaka belakang tabir sedang menikmati aiskrim pop. Very the Malaysian kan?


Tengkiu Affan, Aput dan Pokka! Korang memang best!


Back at home, Lil Adib overwhelmed dengan hadiah-hadiah daripada uncles, aunties dan kengkawan.


Kali ni turn Lil Adib, so si abang tengok je la si adik buka hadiah ye... tapi nanti main sama-sama.

Suka betul dia dengan M&M's ni. Tak menyempat nak suruh buka. Dasar pemakan macam Mama dia sapa ntah.


Lil Adib dapat baju, toys, figurines, tabung,  dan macam-macam lagi...

"Tengkiu, uncles and aunties. Lepas ni bagi hadiah kat Mama pulak ye!"
Eh.



Nuffnang ads

My Heartbeat