Saturday, September 7, 2013

Our 2nd raya in Adelaide


Ngam-ngam habis Syawal, baru aku nak post entry pasal sambutan raya. Hehehe. Alaa.. bak kata orang Malaysia, raya kan sebulan.

Well, as mentioned in the previous entry, this year aku diamanahkan untuk organize majlis raya (Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri, as I named it) untuk MyPSA(SA).  So lepas me-rewang sakan malam sebelumnya, hari raya tu Malaysians di Adelaide, khususnya ahli MyPSA pun berkumpul kat Thorndon Park. Well, bukan le semua ahli berdaftar pun actually... sebab ada yang bayar yuran, yang tak pernah bayar yuran, yang tak pernah isi borang jadi ahli, yang tak pernah nampak kelibat langsung sebelum ni... semua ada. Heh.


Sementara tunggu majlis start, jenuh la bebelkan anak yang sibuk dok main iPad, walaupun ada playground kat situ. Haihh...budak-budak jaman sekarang.
Actually masa gambar ni disnap, aku tengah hangin marahkan Lil Adam, tapi bila kamera hala je...terus sengih. Hehehe. Dasarrr...


Oh ye, tahun ni kami pakai tema merah ang-ang.
 tandard la kan, tema sekeluarga sama kaler. Ada pakai serba biru (KZack) , ada pakai serba turquoise (As), ada yang purple (Syarifah)...


Dalam ramai-ramai tu, senang je nak tau yang berlari-lari tu anak sapa. Tengok je kaler baju, then cari la orang dewasa yang pakai kaler sama. InsyaAllah memang tepat la yang tu mak bapaknye.

Contohnye, family Shahzana dan Zul ni. Kuning diraja gittew. Confirm tak tersilap anak orang.




Darwin dan Anep pun kira sedonden la jugak.
(Read: sedonden = istilah aku bagi tak berapa sedondon)



Bila dah start makin ramai datang, meriah la pakat menjamu selera.




Tahun ni, ada yang nak sekalikan majlis aqiqah dengan raya. Jadi secara tak langsung, 2 ekor lamb yang disembelih jadi hidangan kami. Ni le mak perantin... eh, I mean mak kepada baby nye, Hezrin.


...dan ini kambingnye... Yang tengah tu, bukan yang tepi-tepi ye.
Hehehe





Sebelum dibawak je park, Umar Faruq tolong golekkan dulu lamb tu kat rumah aku... seawal subuh sepi'ee lagi. Selain kambing golek gelek oleh Faruq, hidangan lain adalah....


  • Rendang kambing mertuaku sayang (chef Darwin dan mertua)
  • Sate ayam selayang pandang (tokey sate- Farah)
  • Rendang ayam nogori (chef As)
  • Nasi impit tersepit
  • Nasi diraja (chef Najwa)
  • Kari ayam den lapeh (chef Farah)
  • Acar caca marba
  • Kuah kacang lupakan kulit sentuhan (chef Shifa Faizal dan chef Esa)
  • dan rendang hitam kambing Chef Habibi (Syahirul Fitri).









Untuk desserts pulak, humang aiiii...

aku sempat tengok je. Maklumlah, tuan rumah sibuk... Tau-tau je dah licin.
But seriously, masa aku kecik-kecik, aku tak paham kenapa orang buat kek masa raya. Nape ekkk? Bukan ke masa raya orang makan kuih raya?




Lil Adib, belum apa-apa dah terlantar tido.


So time tu la aku leh beramas mersa, snap gambar sikit-sikit.

Ni adik-adik wakil MASCA yang aku jemput untuk sama-sama memeriahkan majlis.





Majlis kami juga diserikan dengan kehadiran Dato' Abdul Manan dan keluarga. Almaklumlah, tak lama lagi Gina/Khairezan dah nak balik Malaysia for good. So, sempat la diorang datang beraya di Adelaide.


 

Sambil majlis berjalan, kambing terus digolek, sambil masak satay tanpa lidi (sebab tu namanya sate selayang pandang. hehe)








Tapi yang hampehnya, ada orang report lak kitorang pasang music (lagu raya kuat-kuat) konon. Walhal takde mengganggu sesapa pun time tu. Siap orang council datang dan diorang pun kata tak bising pun actually. Tapi sebab malas nak kecoh-kecoh, kitorang dah tak pasang lagu raya. Cuma bertemankan bunyi lagu keroncong dari perut dan bunyi burppp masing-masing sendawa.  Hehehe




It was pretty sunny bila dah petang sikit... sebab tu la most people dalam gambar pakai baju raya je without jacket/coat, etc.  Tapi aku pakai jer coat tu, sebab ramai orang puji lawa. Hewhewhew.


Then, ada ucapan sikit sebelum sesi bergambar...sambil introduce muka-muka baru (dan agak baru di Adelaide): Dr Rizah/Dr Ameen, Melati/Pijoe, Mai/Erizman, Syarifah/Izzat....
How irony. Last year, aku diperkenalkan kat depan crowd tu sebagai orang baru. This year, aku pulak yang introduce orang.



Mana gi ntah gambar ramai-ramai... Nanti aku tempek balik.

Anyway... ni gambar yours truly dengan adik-adik wakil Kelab UMNO dan MASCA. 



My intention was to bridge the gap, sebab tu aku jemput diorang join majlis kitorang. Aku bukan jenis 'cas hebat' sampai unapproachable. Oooops!.


Then, baru aku sedar aku tak rasa lagi kambing golek tu. Kambing dah nak tinggal tulang. So dapat sikit pun jadi la... sampai terpejam-pejam mata punya feel. 


Bila Lil Adib bangun, sibuk la sukat kawasan, sambil kacau MrHubby nak solat.



Lil Adam? Huh... panas-panas tu, dia dah buka baju raya, tinggal pakai thermal wear jer.

Haa..ni ada pun terselit gambar kepala dia masa aku bergambar dengan Kak Nani.


Kak Nani/ Abg Pian went back to Malaysia (for good) seminggu lepas raya.


Alhamdulillah everything went quite well.


Dah petang, balik rumah, baru teringat nak bergambar berdua dengan MrHubby.
Selfie pun, selfie lah Labuuuu.


Tahun ni kitorang dapat kad raya dari Malaysia...dan duit raya juge.
Eh..duit raya tu untuk Adam dan Adib ekk? Bukan untuk mak bapaknye ekkk?


Hehehe. TQ Ateh.

Zakat fitrah?
Oooo..mesti la bayar. AUD10 per head woh.
Motip bagitau???

2 comments:

  1. .:: YA!!! Coat itu memang lawa... Comel je... Nak jugakkk!!! hihihi ::.

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat