Thursday, June 7, 2012

Rate hantaran kawin -as discussed in FB

Musim cuti sekolah ni, sana-sini orang kawin. Ex-students aku pun ada yang bertukar status dalam seminggu dua ni. Bagus. Mesti syaiton menangis sebab dah kurang job untuk hasut diorang berpegangan tangan. Hehe

Baru-baru ni, aku terjumpa pasal RATE DUIT HANTARAN yang mengikut taraf akademik.
Ni yang diorang discuss/undi kat FB la gamaknya.



UPSR/PMR -RM2000

Fuiyooo... RM 2000 je? Hmmm... agaknya diorang assume yang setakat darjah 6 atau tingkatan 3 tak pandai masak kot.
Sedangkan aku rasa kalau keluarga susah, kecik-kecik lagi si kakak sulung yang masakkan untuk adik-adik, babysit...dan tolong mak jual kuih. Hmmm





SPM - RM4000- RM8000
Elehh...lepasan SPM. Ada je yang masa tunggu result keluar, bangun tido lambat. Bangun, makan, tido. Membadakkan badan.
Tak dinafikan ada gak yang rajin kerja part-time/temporary sementara tunggu keputusan tu. Tapi..hmmm...RM4000- RM8000?
What say u?





STPM/ Diploma -RM8000 -RM12 000
Hamboi... gaji si lelaki tu berapa agaknya ye? Kalau bercinta sesama classmates diploma, gaji maybe tak cecah RM2000 pun.
Tetiba si mapley asyik ajak kawin, atau parents dok hint-hint "Budak tu serius ke berkawan dengan kau? Takkan takde hantar tanda ke apa ke..."




Degree -RM12 000- RM15 000
Okay. Average perempuan jaman sekarang ada degree dah aku rasa (or at least diploma). 
Tapi, itu tak bermakna diorang boleh tepuk tangan untuk terus dipinang oleh balak masing-masing lepas terima scroll.
Dah start kerja nanti, ada la colleague lelaki yang lebih-caring-daripada-si-balak. Tetiba baru terasa ada banyak pilihan... Dan kalau kena pulak calon-calon lain tu dah lama kerja, ekonomi dah stabil sikit... Harus la 'balak' yang sedia ada pun ditebang.


Master -RM15 000 - RM20 000
Hamboi... mahalnye. Apa kau ingat body si aweks tu bersalut emas 916?
Padan la dengan si aweks pun, mengada nak demand mahal-mahal. Entah-entah masak nasi pun hangus. Eh jaman sekarang guna rice cooker, confirm tak hangus. Entah-entah, tebar roti canai pun tak reti. (Hahaha. mencabar skit skill ni).
"Tu la you. I suruh you masuk minang, you asyik cakap tak cukup duit. I bukan makin muda nak menunggu you je. Sebab tu la I terima pinangan Dato' tu"
Aicehhh... alasan tak-buleh-belah.


PhD -RM 20,000 - RM 30,000
Aku ingat lagi masa buat Master kat Aussie dulu. Ada orang kata, kalau takde 'chalon' lagi, maybe ini la masanya.
Tapi aku tak setuju. Maklum la... Kebanyakan yang study abroad buat degree, sah-sah la lebih muda. Tak puas berjimba mencucuk bintang lagi.
Kalau nak cari yang stabil dan matang, dah berstatus laki orang. Heh. Nak mamfus?

Nasib baik la masa tu aku dah ada chalon. Namun begitu, rupanya peluang masih ada. Hahaha (err.. MrHubby baca tak entry ni ekk?)



Dah abis PhD, selalu sangat la kita dengar...
"Dah belajar tinggi macam tu, dah lama membujang, banyak kumpul harta...tentu la dia memilih chalon kan? Koman-koman, dia nak yang setanding dengan dia."
But again...
Laki orang la jawabnya.
Atau dudes (read: duda) -hey, apa salahnya kalau duda hot kan? :P


Apa pun, aku rasa toksah la nak letak hantaran tinggi-tinggi sangat kalau
  • skill memasak pun ke laut/ tak reti buat kerja rumah
  • takde ciri-ciri menjadi ibu kepada anak-anak
  • badan tu tak bersalut emas 916
  • rasa tak nak jadi andartu. 
Kalau rasa gatal nak buat statement "I tak kesah hidup single."...
Ingat la balik, kita ni nak jadi umat Muhammad, kena la ikut sunnah dia kan?

6 comments:

  1. hehe..bnda ni x diajar nabi tp tu la org jaman skrg..sbnrnya bukan fkr psl status ke apa..kdg tu fkr hrga brg dh mhl..nk buat kenduri kecik kang de yg mengata..x dak sapa dh nk mengata tp sedara mara sndr..nk pggl sedara mara x leh pggl yg kte dok nmpk dpn mata ja..kena pi seluk hbs keturunan moyang2 yg dulu tu kalo si ank dara tu cucu sulung (ok ni pglmn sndr)...haha..nk tunang ni pun dh fkr seribu kali..biar btol parents nk jemput smpai dua belah phk..siap atok2 sedara pun nk dtg skl...hadehh serabut

    ReplyDelete
  2. tp yg buat jadual ni kena ingat (JAKIM ke? x nmpk original source), byk fator lain kena masuk dlm pengiraan, bkn taraf pendidikan semata2. umur, pon bole menyebabkan nilai susut kdg2, which can sometimes counter balik org2 yg belajar tinggi (PhD at least kena blajar another 10 years from SPM, so 18 = 10 - 28 thn, itu kalo express lah, kalo keja dulu selang2, add a few more years). tu umur lah, belum masuk bab paras rupa la, background family lah, dan mcm2 lg...

    yg eloknya, depend pada kemampuan la ye x. benda yg elok jgn disusahkan, baik disegerakan :)

    ReplyDelete
  3. hantaran yang melambung biasanya mak bapak yang letak sebab rasa anak cantik, belajar tinggi, keje bagus...

    tapi solat, aurat, budi bahasa, perangai anak camana plak? ada tak diambil kira sebelum bagi jadi bini orang?

    ini la yang jadi bila manusia makin jauh dari perintah Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W...

    ReplyDelete
  4. Abih yang buat post-doc camne gamaknya? Hahaha. Letak hantaran tetinggi macam nak jual body. Serupa la macam hang pi jaja body sana sini. Lagi banyak dapat kot. ;D

    ReplyDelete
  5. rate janda pun dah ribu riban kan :p takkan anak dara x leh ribu riban, kenyit mata kat nurul dapat rm20K :p

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat