Friday, December 19, 2014

OEH Christmas lunch 2014


Our very own lab Christmas lunch this year was arranged at Antica Pizzeria, belonged to Joe's son.
We were so keen, nak menyapot bisnes anak kawan kekdahnya. Dan lagipun kitorang takde preference. 
Joe ni memang geng mengusik aku kalau kat lab.


Bergalak-galakan depan restoran adalah amalan wajib. Hehehe.
Mula-mula snap gambar Lenn ngan Ganyk dulu, lepas tu, paksa diorang snapkan gambar aku pulak. Hehehe


Meja-meja ni, mostly Joe yang buat sendiri.
Dia memang suka wood works. It's a personal family touch la kiranya.



Tengok I.D kat dalam.... sangat cozy.


Sambil tunggu order tu, sempat la jumpa few of Joe's kids. Hensem-hensem dan lawa-lawa anak menantu dia. Very the Italian. Gicchew.

So, turn aku la pulak usik Joe--saying that maybe genetic daripada bini dia. Hehehe

The setting, the menu, the glasswares, the workers' uniforms--- semua sangat proper dan Italian. I loike!



Selfie!


Muka-muka semangat bersembang.
Aku sebenarnya takde la in mood sangat time tu, sebab baru je abis meeting. Huhuhu.



Tapi makan punya pasal... kita buat-buat lupa je la.

Appetisers. Nyummm.

Agak lawak bila aku makan this dish, diorang tanya sedap ke tak, dan  Sharyn kata she could hear me answering it audibly. With "Mmmmmm..."
*sila insert rupa Maria Tunku Sabri pulun makan sambil buat-buat feel*


Ini ni daun-daun rumput sajork.


The girls-lah-sangat semua dah mak budak : Yours truly, Linda and Sharyn.

The gentlemen -Joe, Ganyk and Michael.

Konon sebab ada dishes yang aku takleh makan, aku order la benda alah ni. Sedap la jugak.
Eh aku ni, apa je yang tak sedap?
Haa...tu takat roti keras tu, takde la sedap mana pun.


Ganyk with his naughty pompom Santa hat!


The pizza.
Dibuat depan mata. Cuma aku tak bangun pegi amik gambar, sebab nak tunjuk bertamadun sikit hey-Malaysia-pun-ada-pizza-lah!


Okay....group photo!!!


And man!!!
Untuk desserts,yang kitorang tak order....  we were treated with something yang memang takde dalam menu....

This giant berries apokobondontah with Nutella in the crust and chocolate drizzle.
Semua orang sangat amused. Nampak sangat jakunnya!


Best tak SV aku?
Dia tau aku suka amik gambar dan bergambar, so dia sengaja snapkan gambar ni untuk aku. Hahaha

Aku order capuccino untuk penutup meal.
Almaklumlah... semua makanan ditaja. Diorang bayar duit social club, tapi aku memang tiap-tiap tahun jadi tukang makan je. Mihmihmih


Wednesday, December 17, 2014

Tetiba menjadi Lynne dan Lucy

Kadang-kadang, ada jugak kebaikan tukar nama temporarily ni. Hehehe.
Dapat apa? 
Dapat makan.
Free.

It was after my Writing Group. Aku dan Jane dok sambung bersembang kat Level 7 Terrace Towers. Dari korridor, sampai dekat mesin fotostat. Then, tetiba Lynne (postgrad coordinator) lalu...dia tanya, pegi Christmas lunch tak? (in English la).

Jane cakap "I'm going, she's not (tunjuk kat aku)"

Tetiba Lynne kata "Eh, why not you go? Do you want to? You can replace me."

Aku terkedu. Baru dok "Errr...errr... "

..dia pintas "Just go. I have paid, but I can't make it. You take my place. Tell them you are Lynne."

Hahaha. Lawak sangat.
Dah tentu semua orang school tu kenal Lynne Giles yang mana. Tetiba pulak aku nak ngaku nama aku Lynne.

Asal-asalnya, aku memang takde la nak pegi sangat School punya Christmas Lunch tu. 
Satu, sebab aku kenal orang sikit-sikit je. Kalau lab aku punya lunch, confirm la aku pegi.
Dua, biar je la aku pegi next year punya. Time tu InsyaAllah dah best sikit kalau orang tanya pasal study... baru syok nak jumpa orang.


Tapi...orang kata, rezeki jangan ditolak.
Kat Hotel Wright St pulak tu. Hehe. Bunyi macam makan kat hotel jer. Well, it's pub dining actually.


Then, Lynne siap tanya aku nak makan apa, sebab most meals dah pre-ordered.
Dia pulak order beef.
Tapi punya la baik...dia siap tolong carikan orang yang order salmon untuk swap dengan aku.
Lucy.
So, hari tu, kalau orang check nape nama aku takde dalam list, aku kena cakap, nama aku either Lynne atau Lucy je la.

Okay, masalah nak makan apa dah setel.

Cuma...
Masalahnya, hari tu, aku pakai selebet gila.
Pagi tu, it was windy. So, aku main sarung sweater je la. Tudung memang tak matching langsung dengan baju aku. Dengan sweater, memang x kisah la tak matching pun.
Yang double masalahnya, time tu tengahari (ye la, dah nama pun Christmas LUNCH)... dan time tu dah tak berapa sejuk. Maka, kalau aku pakai sweater di tengah panas rembang, akan nampak macam orang sewel. Kalau aku buka sweater, nampak sangat aku colour-uncoordinated -___-

Dan Jane bercadang nak berjalan kaki ke hotel tu.
1.5 km tuuuu.

Giler ahhh... kalo sorang-sorang (atau kalo pegi dengan geng dari Malaysia), harus la naik tram demi meminimakan tenaga yang digunakan. Maklum la...masing-masing sayang sangat lapisan lemak tu! Hewhewhew

Jalan punya jalan, akhirnya sampai la jugak.


Nice interior, walaupun nampak macam usang-usang gittew.
Terus rasa nak nyanyi lagu Usang- Rahim Maarof.

Memori yaaaaangggg usanggggg
Bagai bara merahhhhh

#tetiba


Sementara tunggu semua orang datang, Dino belanja aku drinks. Hehehe.
Bila lagi nak kikis SV sendiri kan?


Then duduk la kat any tables.
Sebab tak ramai yang aku kenal, so aku menyempit la sebelah Jane...

But not to worry. As usual, aku senang make new friends.
So I met Suzanne and Rebecca from DMag.

 What do you give a sick pig?
Oink-ment.

Lame joke!
Semua party bon-bons pun sama je lawak dia.


The appetizers.

Nasib baik crown aku sama kaler dgn baju.
So, tercover la sikit keselebetan aku pada hari tu. Hehehe

My salmon. Nyummmm.
Salad in mason jar.

Sedap wehhh.
Dah la makan free.
Hewhewhew.

Lepas tu, aku menyibuk la amik gambar kat meja-meja orang lain.





A speech from Annette, the Head of School.

Aku suka tengok the way she dresses up. Simple, tapi presentable, dan comel walaupun umur dia...err.. entah la  dah berapa.

Bila dessserts sampai, hmm.. aku rasa aku takleh makan, sebab macam aku dah pernah baca ada ingredients pelik. So, aku tanya waitress dan diorang bagi lemon curd tart untuk aku. Muehehe. Aku sorang je dalam ramai-ramai tu dapat desserts lain.


Just another photo of the 4 of us.


Masa nak balik, Jane nak stay dan sembang-sembang dengan kawan lain lagi. So, aku ikut la Rebecca ngan Suzanne.

Dah nama pun baru kenal... adalah menjadi satu kemaluan yang besar kalau tetiba aku nak cakap "Eh, jom la kita naik tram!" 

Maka dengan muka paling cool dan badan yang nampak macam fit, aku pun ikut je la jalan kaki
T_______________T

Untuk balik je, aku berjalan 2.3 km (sebab aku parking kereta kat bawah Taib Mahmud Court).
Hah! Amekkaw.... alang-alang dah terasa perlu exercise sangat.

Fuh!!! Lepas ni kena makan lagi banyak la, kalau dah tau nak kena exercise. Hehehe

Tuesday, December 16, 2014

Coles, Woolies - I see what you did there!

Coles dan Woolies (read: Woolworths) adalah supermarket yang paling glamer kat Aussie. Glamer la daripada IGA Foodland kot. 
Dan family aku adalah peminat tegar Coles.
  1. Sebab harga dia lebih murah drp kat Woolies
  2. Sebab bahagian bakery dia memang ada banyak yang boleh dimakan (halal/vegetable emulsifiers)
  3. Sebab dapat docket untuk diskaun isi minyak kereta kat Shell. Hehe. Woolies pun bagi docket jugak. Tapi sebab aku suka Coles, so punya suka la nak pilih Coles jugak. Huahuahua

Aku pun tak paham why some people like going to Foodland. Dah la mahal. Macam tak banyak pilihan. Tapi, aku rasa diorang ni South Aussies totok kot. Jadi asobiyah tu lebih sikit, mesti nak sokong 'barangan buatan Malaysia South Australia'.

Cuma kadang-kadang tu diorang buat promo yang bukan-bukan dan tak masuk akal.
Maybe salah label kot. Tapi...hmmm.... entah la.

Korang tengok ehhh....

See.... This is a steal!
Jimat weiii, baq hang!!!! 
@___@
Now you tell me.... WHY should you pay 10? WHY?!!!
WHY?!!!


WHY PAY $10????!!!! WHY?!?!?!??!??!?!??!?!?!??!


And this pre-packed mince meat.... I bet is for the FOREVER ALONE lah kot
Tak menahan aku menengoknya.

Nak beli buat bakso, dapat la buat seketul meatball gamaknya. Hahaha. 
Coles really needs to make some profits. Tak cukup kot pelaburan aku tiap-tiap minggu dok shopping sakan tu.




This has got to be the ultimate bachelor's meal! WHAT A STEAL!



Hmmm...
Itu yang aku tak beli. 
Ye la kan... sebab halal meat biasanya MrHubby gi beli kat tempat lain.


Yang bahagian fresh fruits/vege pulak... macam broccoli ni.
'Still fresh' ni kira macam 'reduced to clear' la jugak. Tapi celah mana ke jadi diskaunnya kalau harga asal $5.18? @____@



Or when we got 20% off their STILL FRESH broccoli!




Dan bila masuk summer,  summer fruits are the best! 
Cherries, strawberries, plums, peaches, apricots, nectarines.....
Mangoes are bliss!!!


When this intense deal on Mangoes hit the shelves!


But wait!!! 
1 for $2.
and 2 for $4.50 !??!
Well played, Woolies! Well played! 
And these blueberries...
Erkkk... mahainya humang aiiii!
No wonder it is SUPER SPECIAL!
When they finally lowered the price of blueberries and allowed us to get TWO PUNNETS FOR $600!!! INSTEAD OF THE USUAL ONE!



Cabaran lain bila shopping kat Coles or Woolies adalah... bila ada benda-benda lain yang kadang-kadang susah aku nak explain kat  Lil Adam.

They even gave us EXTRA SEEDS in their seedless watermelon! HOW KIND!
SEEDLESS. 
"Why is it called seedless if it has seeds, Mama?!"
-_____________-




Bakery section is my favourite.
Sebab aku suka makan. Aku boleh pusing-pusing bahagian makanan berjam-jam, sebab nak beli macam-macam untuk dimakan dan dikudap. Makan dan kudap kira lain-lain bagi aku.
It makes things worse bila aku kadang-kadang cuba educate Lil Adam macam mana nak tau barang tu murah ke tak.
What a struggle!


THIS DEAL ALMOST SEND THE STORES INTO BANKRUPTCY!When they did a ***SPECIAL*** price on Mini Star Biscuits so we didn't have to pay $3 anymore.




I see what you did there, Coles.
Patut la dok banyak lagi pavlova base tu... mahal yang amat sangat.Sampai takde orang nak beli.


This incredible deal on pavlova bases was SOOooooOoOooooo HARD TO PASS UP!


Deals like this don't happen everday, myte!!!
Untuk aku yang ada anak yang suka makan cereal...alamatnya papa kedana la kalau kena beli cereal harga cenggini. Huhuhu.


AND DON'T EVEN GET US STARTED ON THEIR CHEAPER THAN DIRT CEREAL!



Haihhh.. itu pun Coles tetap menjadi pojaan hatiku.
Nak buat macam mana?
Dah kalau aku rasa pegi ke Coles tu adalah umpama jalan-jalan dia Paris (macam pegi Tesco kat Malaysia dolu-dolu...).
Pantang MrHubby ajak, menggelintat la aku nak ikut.

Nuffnang ads

My Heartbeat