Sunday, July 26, 2015

Photo Challenge Balik Raya 2015-Isabelle...frankly

Ta-daaaa!!!
Maka inilah dia aku punya #TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015".




Haaa... punya la semangat! 
Blog entries yang terperam punya la banyak...tapi dek kerana dicabar oleh Ren dan KakiJalan, rasa membaraaaa je semangat nak try. Almaklumlah... dok kat Ostrololia ni, bukan semua benda ada... but we tried to make-do la apa yang ada kan? 
Nak lagi best, MrHubby ngan orang keliling rajin pulak melayan aku punya kehendak nak buat aksi meraban ni.

Okay... 3 syarat utama yang WAJIB ada dalam challenge ni...
  • Setiap gambar MESTI ada BLOGGER. ---uihhh ni mesti!
  • Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 bertulis "#TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015". ----orait! A4 it is, siap letak dalam clear folder lagi.
  • Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya. --- selama ni aku kutuk orang yang beria pakai baju kurung/kebaya tak kira masa kat obersi, naaahhh...sekarang aku yang terpaksa buat! Tapi sebab time winter tergedik-gedik sejuk, maka aku pakai coat la atas baju raya.

Tanpa berlengah lagi... dipersembahkan.... *drumrolls* ...
...ba-dum-tsss!!!.... 

10 CHALLENGES YANG PERLU DIBUAT!
  • Blogger menimbang berat. Mesti nampak muka, pastu kaki atas penimbang dan tunjuk berat badan korang. Di sebelah penimbang tersebut ada sampul duit raya. (Jangan malu, bukan berat yg menjadi ukuran haha.)


Kalau berat menjadi ukuran pun, aku no hal punya. 
Tengok, aku gigih verify berat aku dengan digital scale dengan  penimbang biasa ...err... analog? 
Sampul duit raya dengan meriahnya bergelimpangan di sebelah. 


  • Blogger berdiri di tengah-tengah pasar ramadhan / pasar malam / pasar terbuka, berkain pelikat sambil pegang buluh lemang dan kaki kene angkat tinggi sebelah.(Tak kira laki ke perempuan, tetap kena pakai kain pelikat ye.)

Aiseymen, tahun ni Adelaide takde buat PaRam. Tapi nasib baik boleh pegi Sunday Market... maka tercengang la pengunjung Marion Sunday Market aritu menengok sorang awek Melayu Muslim pakai kain pelikat angkat sebelah. 
Tang buluh lemang tu...payah sikit la, tapi demi nak bagi real punya pasal...aku gagau la buluh pelita yang ada. Kira ni untuk buat lemang ramping la.


  • Blogger melakukan aktiviti-aktiviti yang paling gila yang pernah blogger buat masa puasa / raya. (Lagi pelik, lagi unik, lagi mencabar, lagi gile, lagi bagus. Risiko tanggung sendiri tau hehe.)

Hari raya kan biasanya orang ziarah kubur...  
Ni aku dah siap bawak Yasin/buku tahlil...ngan kepit vase berisi air bunga, sekali....aiseymennn.... silap port daaa.... kubur non-Muslim pulekkk. Muehehehe.
Aksi ni adalah high risk sebenarnya.  Kalau terkantoi, harus tak pasal-pasal aku buat-buat meratap kat kubur ibu-sudara ala Kassim Selamat untuk cover malu.


  • Blogger bergambar secara kreatif dengan kuih-kuih yang dibentuk menjadi perkataan “#TA RAYA”. Mesti kena guna minimum 7 jenis kuih yang berwarna-warni serta bercorak-corak. (Lagi kreatif, lagi bagus.)

Yang ni dengar macam senang, tapi demi mempelbagaikan kuih raya, aku dengan tebal mukanya telah minta kat jiran tetangga kuih raya diorang masa pi beraya. Hahaha. Dan untuk pose yang special, aku pun baring atas lantai dan buat muka bajet comel la cenggini. Siap pinjam ukulele anak-anak.
Dah snap muka galak, siap tayang rantai dokoh besar gedabak, tercover pulak poster PhotoChallenge tu...maka kena la posing sopan sikit.
  • Blogger bergambar dengan orang yg ambik zakat fitrah kat kaunter (amil), sambil hulurkan biskut raya (tak kira sekeping atau sebalang) sebagai tanda terima kasih. (Siapa amil tu tak kisah. Kalau orang lain yang tgh bayar zakat pun takpe.)

Hoh! Ni agak mencabar, sebab mula-mula aku cuma amik gambar MrHubby tengah bayar zakat. Tapi sebab dah kata nak kena ada blogger dalam gambar tu... nah! amekkaw! 
Aku siap pakai glove pink (gicchew! kau mampoo?)  untuk berjabat tangan dengan Tuan Aji amil. Tersenyum lebar Tuan Aji tu dapat kuih raya sebekas.

  • Blogger bermain bunga api dengan penjual bunga api.(Siapa penjual bunga api tu, tak kisah.)
  
Kat Ostrololia ni, bukan boleh sembarangan seludup bunga api... maka si penjual bunga api terpaksa meng'cover' muka beliau supaya identitinya tak dikenali. Tapi yang best... bila part main bunga api, layaaaannn... mask ke mana, apa ke mana... siap pusing-pusing bunga api sambil nyanyi lagu raya Saloma lagi.
  • Blogger bergambar di petrol station sambil memegang 10 jenis sampul duit raya yg berlainan design. Mesti kena pegang sampul 5 kanan 5 kiri sambil gaya mengipas. (Walau mengipas, sampul kena nampak ye. Lagi kelakar, lagi bagus.) 

Jenuh tak cukup tangan, nak pegang 10 sampul duit raya lagi... nak pegang poster PhotoChallenge lagi. Lanun ni narsis, jadi takleh ada pelakon tambahan dalam PhotoChallenge aku. Anyway, lanun ni tersengih kegembiraan sebab dapat pao banyak duit raya. Heh.
  • Blogger pegang kalendar 2015 yg tunjuk tarikh hari raya 1 Syawal, kat depan rumah tol / RNR. (Kalau dpt bergambar dgn pekerja tol yg buat muka menangis lagi bagus.)
Cabaran paling besar adalah sebab kat Adelaide ni takde tol.  Maka drive le kitorang sampai 60 km (pegi balik) untuk ke tempat ala R&R---highway caravan and tourist park namanya. Dah kalau takde tol, maka memang takde la pekerja tol. Jadi biar aku je la buat muka sedih tak balik beraya.

Kalendar pun, takde yang besar, noks! Ada yang size tampal kat fridge je. Jadi la... janji tunjuk tarikh raya tahun ni.

  • Blogger susun kasut raya kat rumah orang yg korang pegi beraya, secara bertingkat. (Lagi tinggi, lagi macam-macam bentuk kasut, lagi bagus.)

Challenge yang ni aku buat curi-curi masa gi beraya kat rumah orang. Cuak weii..kang tengah-tengah susun kasut orang, tetiba terkantoi masa diorang nak balik, harus kemaluan membesar malu besar.
Tu belum kira penat-penat susun tinggi-tinggi, tetiba tumbang Menara Condong Pisa Kasut ittew. Hehehe. 
Anyway, dalam gambar ni memang segala jenis kasut ada la... dari slippers, crocs, sneakers, boots, semua lengkap!

  • Blogger bersalaman dengan orang yang paling tua masa raya / buka posa. Orang tua tu kena pegang kertas tulis photo challenge tu dan diselit pula sampul duit raya. (Sapa orang tua tu tak kisah. Lagi tua, lagi bagus. Hahaha!)


This last one aku anggap mencabar sebab nak cari orang yang sangat tua, sebab kalau umur 50-an, nampak kuat cedang lagi... maka aku datangkan eksklusif orang tua Italian Aussie! 
Cer korang teka berapa umur dia? Rambut pun dah tak berapa ada... yang ada pun, dah grey. Heh. 
Satu hal pulak lagi, aku nak kena explain kat dia, kenapa nak kena pegang photo challenge tu. Hahaha.

Fuhh!!!
Setelah bersusah-payah, menebalkan muka, menahan kemaluan dan mempertaruhkan nervous... akhirnya siap jugak 10 challenges ni. 
Aku happy sebab berjaya menyahut cabaran kengkawan untuk buat challenge ni. 
Wish me luck!
Hehe. 

34 comments:

  1. wooot woottt.. ya ampun best!!!! Tahniah sebab sporting gilerssssss... #tabikspring iolsss kat uolsss.. gudluck Is 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih ke kome sbb mencabar. kalo x, rasa x bergegar ego mak... hahaha

      Delete
  2. ahhahahahaha sumpah lawak... nyesal xsubmit entry hahahaha

    ReplyDelete
  3. good job. ok lawak ni!!! juri fenin ni nak pilihhhh

    ReplyDelete
  4. Kelakar..
    Abis la ramai yang kalah lepas ni...
    Good Job....

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. haippp... tutup skit mulut tu Ren. kang lalat masuk

      Delete
  6. Wahhhhhh baguslahhhhh lawak ok susun kasut tinggi tuuuu hahahaha good job! Oversea bkn penghalang 👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhhh... rasanya kat Msia lagi susah nak buat kot.

      Delete
  7. terror is ni bab2 ni...hehehehe

    ReplyDelete
  8. all the best okehhh, wowww, shaut cabaran tuuu, ehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengkiu2...tengkiu.
      asal2 tu tgk rasa mcm impossible je. tp bila dah sbb tercabar ke'perempuan'an... terus naik syeikh nak buat semua

      Delete
    2. join sekakiiii

      http://nonasani.blogspot.com/2015/07/photo-challenge-balik-raya-2015-nona.html?

      Delete
  9. nganga sambil baca entry nih
    ahhaha
    dgn buluh pelita, dengan kasut susun cengitu, dgn timbang berat luar rumah..
    hahahahahah
    adeh
    fening nak bagi markah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.... jangan fining2. bagi je markah penuh utk semua gmbr. hahaha.

      Delete
  10. Hehehe...sambil baca sambil senyum. good luck babe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ dear. dont worry nanti mesti i update kalo dah kuar result.
      cuma xtau cepat atau lmbt je la..hahaha

      Delete
  11. RESULT DAH KELUAR! :D

    http://biqque.blogspot.com/2015/08/result-travelholicawesome-photo.html

    CONGRATS!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kasih puan juri yang adil lagi bijaksana
      *dah dapat result, baru bodek*

      Delete
  12. tahniahhh, winner no 1, naik flight ler nampaknyeeeeee.....hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh..terbanggg.
      kome pun, apa kurangnya. dah ada hotel tuuuu

      Delete
  13. Kim salam ler kat gloves pink ittew! Congrats atas usaha nan gigih, ko jadi juara.

    ReplyDelete
  14. Congrats for winning the our contest!

    Seronok sangat baca! I have to admit, the lemang and kubur was unexpected. Hehhehehhehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.mula2 ingat dah gelap masa depan sbb mana nak cari buluh lemang kat sini. lemang segera Nona ada la.
      tapi masa tgh pasang pelita (pelita ada wohhh!), dapat idea.

      thanks, puan juri!

      Delete
  15. Taniah Isabella...
    Hang menannnnnnna...!!!

    ReplyDelete
  16. Tak sesia teman pakse mike join hiks!!!!

    ReplyDelete
  17. CN view gmbr2 je dah rasa nak gelak guling2 tgk. Hehe..

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat