Thursday, June 18, 2015

8 jam rusa-masuk-bandar-Shah-Alam

I have always wanted to fly by other carriers (yang bukan Malaysia punya), tapi asyik tak kesampaian. Bukan pasal tragedi-tragedi yang berlaku kat MAS, sebab bagi aku kalau nak jadi, kat mana-mana pun boleh jadi. Cuma, aku saja nak experience layanan cabin crew of other airlines.
Dari adik aku keje Royal Brunei (RBA) sampai dia tukar ke Qatar Airways pun, aku tak rasa naik airlines lain jugak.
-_____-

Masa keje dulu, standard la kan..gomen nak kena naik MAS. Aku gi Dubai pun, kebetulan dapat flight MAS.
Paling foreign pun, aku pernah naik Qantas, Virgin, Jetstar - tu pun untuk short distance, dalam dua jam flight je. Ye la, ye la...AirAsia pun pernah.

Anyway... Masa minta School tolong arrange booking untuk gi ICOH aritu, mula-mula aku dapat pilihan SIA (transit kat Singapore), atau Cathay Pacific (transit kat Hong Kong). 
Aku ingat nak pilih SIA je la, tapi lepas tu, aku terfikir... 

KAN KE DAH NAK MASUK 3 TAHUN AKU TAK BALIK?

WOULDN'T IT BE GREAT KALAU AKU DAPAT SINGGAH MALAYSIA KEJAP, 
LEPAS GERAM KAT MAKANAN-MAKANAN YANG AKU RINDU?

Maka, aku pun beralih-arah, minta diorang bookkan MAS.
Tu pun lepas aku discover rate jadi mahal kalau one-way fly by SIA, one-way by MAS. Hamsap betul!
Punah harapan aku nak berkenalan dengan steward hensem yang tak lembut.
-______-

Bukan apa... buat julung-julung kali aku terasa rindu kat Malaysia. Itu memang epic!
Rindu kat makanan je la.

So, bila kena transit kat KL for 8 hrs masa on the way dari Adelaide ke Incheon last fortnight, aku jadi cukup gedix. 
Tengok la...anak-anak hantar ke airport pun, aku dok 'kerenyeh' baekkk punya. Hahaha.

 
Wheee!
Selalu hantar kengkawan je balik kat International Departure ni. Hari ni, mak melepasi kawasan ni, noks!
#orangkampung #cewi


Masa tunggu untuk boarding,  baru la cuak-cuak nak doa banyak-banyak.
Hehehe.


Dan dalam flight tu, baru aku buka dan baca kad daripada MrHubby.
Travel sensorang is not an issue to me. Cuma tu la, nak amik gambar 10 kali sekejap, memang awkward la.


Travel pagi, perut lapar... so, dihidang apa pun, berselera je nak makan.


Dah lama sangat tak fly long distance. So, aku takde plan pun nak buat apa.

To kill time, aku tengok movies.
Cari punya cari, aku pilih Ombak Rindu.
That was my first time okehhh. Orang lain dah kering air mata, kalau Osman Ali tu buat sekuel, dah masuk Ombak Rindu 5 gamaknya... aku baru nak tengok.
Sib baik aci sebelah aku buat hal sendiri, so takde la aku tersiput-siput bila fefeeling leleh.

Lepas tu, cari movie lain... tengok trailer, macam tak menarik sangat, so aku ended up tengok Sivaji the Boss. Kahkahkah. Confirm tak mengecewakan.


3.45 pm- Captain pun buat announcement tentang cuaca, suhu dan masa tempatan...dan kedengaran la ayat "Kepada warganegara Malaysia, selamat pulang ke tanahair..." 
Wah-wah-wah..time tu aku bajet dendang perantau abis.

Keluar je dari flight, rasa macam nak cium lantai KLIA tu. Kehkehkeh.
Over sangat tau!
Tapi sementara nak ambil luggage, rasa hangatnya humang aiiii, sampai basket (read: basah ketiak). Tapi aku gerenti balik ke Malaysia akan jadi best kalau time heatwaves kat Adelaide. Hahaha.

Then.... ta-daaa!!!!

Sempat upload kat Facebook sedas.
Sampai 275 likes, dan bertubi-tubi komen masuk tak terlayan.


Kesian Diah kena tunggu lama, sebab flight sampai lambat.
So, lepas withdraw duit, destinasi pertama..... jeng-jeng-jengggg!!!
Mesti la Shaaz TTDI Jaya!



Excited sangat. Dan yang paling best, bila nampak je aku masuk ke restoran tu, macha tu senyum-senyum dan tanya "Mana pigi? Lama sudah tara nampak?!"

Woha! Ternyata rinduku berbalas. Wahahaha.
Macha tu ingat lagi aku walaupun dah 3 tahun tak bersua. Dia siap tanya updates pasal MrHubby ngan anak-anak... bila nak balik, yada yada.


Tengok... siap selfie dengan Macha. Memang takboleh blah betul.
Aku perasan ada mata memerhati je time tu, tapi lantak la kan?



Yang penting... aku dapat menikmati nasi dengan teloq ikan pojaanku...
Perghhh!!! Heaven!
Kalau Lil Adam ada, mesti dia suka.

Sayangnya time tu, DrWan ada lectures. Kalau tak, memang aku jumpa dia sekali la kat Shaaz tu.

Gerak dari TTDI Jaya, aku sangat kagum tengok rupanya setiap seksyen kat S.A dah ada nama cenggini rupanya.


Malangnya disebabkan jem,  8 jam berlalu macam tu saja.
Lepas makan, ambik anak-anak Diah kat nursery...balik solat, dan dah pukul 7. Punah harapan, tak sempat nak shopping. So, cuma pegi Plaza Masalam untuk tukar duit.

 Jumpa Shifa pun 5 minit je, tu pun untuk pass barang yang nak dipos kat abah.


Then, terpaksa minta Diah ngan BerryBear hantar ke KLIA.
Hadoi la... rasanya dulu KL/Shah Alam takde la teruk sampai cenggitu sekali jem nya.

 

Thank you, Diah... muahh muah...
Nanti dah back for good, kita qada sisterly activities kita, ye?


Malam tu, KLIA terasa sangat crowded. Sikit lagi dah nak macam LCCT.
Maybe sebab cuti sekolah. So, ramai yang travel naik kapal terbang. Jaman aku dulu, cuti sekolah... takde gi mana pun.

Sebelum turun ke departure, aku pun menunaikan niat nak makan KFC Hot and Spicy kat KLIA tu. Almaklumlah... kempunan KFC halal. Kat Aussie, kalau halal pun... mana nak ada hot and spicy ni. Telan je la Original recipe tu.


Muka punya excited nak makan.
Sekali bila hadap makan sorang-sorang, seketul ayam pun susah nak habis. Makan sorang-sorang sangat tak best. Takde selera sebab teringat kat MrHubby ngan anak-anak.

Anyway, the flight  was smooth.
Walaupun ditemani Channing Tatum dan Tom Hardy dalam movie list, aku tetap mengantuk. Tapi tak boleh tido.  Terlebih adrenalin kot!
Spoil betul. So, aku paksa diri telan ubat selesema dan dapat la lelap sekejap sambil diulit suara abangNuar Zen.


6.53 am Seoul time, aku pun selamat touched down di Incheon Airport.


Wahhh... siap ada greetings to welcome ICOH delegates lagi kat LCD kat carousel dalam airport tu. Very the warm one.


Lepas gi bilik air cuci muka gosok gigi bagai, aku pun duduk menunggu Yahya.
Lama jugak dekat 2 jam, baru Garuda dari Jakarta sampai.


Niat asal, nak terus pegi hotel sorang-sorang je, tapi alang-alang tu, tunggu je la. Bukan apa... bila ada geng, baru syok nak bergambar. Hahaha. Dasar blogger.
Kesian Yahya, kena layan aku. Tapi takpe, dia belajar basic photography-- kalau amik gambar aku, jangan potong kaki untuk full shot, sebab aku belum ada diabetes lagi. Hewhewhew.


Lepas  pre-purchase T-money (kad untuk public transport), kitorang pun naik bas 6009 untuk ke Gangnam.


Sekian kisah rusa masuk bandar selama 8 jam (yang tak terasa macam 8 jam pun. huhu)

...to be continued....


8 comments:

  1. Sorry tak sempat bawak km Shopping ya Is.. Serba rush smuanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's okay. Kamu jemput n hntr tu pun dah besar rahmat dah

      Delete
  2. OMG!!! Siap comolot ngan mamak lagi! Kalau akubsorang mamak pun tak kenal kat aku HaHaHa!!!. Basket??? Orang sibuk panggil Ketibas la! Tudia KFC !! Teringat misi cari KFC halal kak Sydney ke mana dulu tu HaHaHa!!! Rindu ausie! #tetibe sob sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indonesian panggil basket la.. hahaha.


      Yeahh kome jgn jeles Ren. Rinduku berbalas dgn macha ittew.
      Anyway masih belum terlmbt utk mengubati rindumu ittew. Tassie, jom

      Delete
  3. Gittew kisahnya. Cepatlah sambung. Excited baca ni ☺

    ReplyDelete
  4. hai

    kalau cari idea DIY yg murah & super cute boleh visit blog/ig kami
    ada paperbag, sticker, tag & card :)

    tq tuan tanah

    Our blogshop, cardbymyan.blogspot.com click >>CARDBYMYAN or instagram kami @begkertas. click >>@begkertas


    tq :)

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat