Sunday, August 31, 2014

Dah koko, hitam pulak

Masa kecik-kecik dulu, most people panggil kaler brown tu kaler coklat kan? Aku tak. Aku panggil koko. Kalau nak bagi nampak matsaleh sikit, eja la 'cocoa'. Heh.

Ni cerita pasal Koko Black. Aku tak tau la pasal apa nama dia cenggitu. Krisis identiti kot.
Anyway, Koko Black ni adalah tempat mengopi/mengeteh baru kat Adelaide Arcade. Kalau tak kerana Hazreel, Shifa and Kak Tini, aku tak jejak kot.


Ye la..ye la...
Aku tau, ni mesti ada yang nak kata, aku ni asyik buat entry makan je.
Dah itu aktiviti utama aku...nak buat camna?

Kang aku cerita pasal PhD, pakat-pakat ban pulak blog aku. Ye la, bukan semua orang suka baca cerita serious kan? Sekali-sekala boleh la.

Ehhh..ayat cover kuat berjimba ke apa nih?


Anyway, class gittew ambience Koko Black ni.


Menu sampai...
Ha..pilih..pilih.
Jenuh rambang mata.




Sempat pulak Hazreel mendajal aku.
Ada ke tetiba dia kata kat mamat waiter tu, "She (aku la tu) thinks you're cute!"


Hahaha. Terus mamat tu betul-betulkan rambut dia.
Walhal mamat tu okay-okay je la di mata aku. Kalau kacak tahap Alex O'Loughlin, tak payah tunggu Hazreel pedajal, aku sendiri yang tegur. Heh.

My coffee affogato!
Okay, dah tau bukan kaki coffee, next time order tea je la.


Gagaga!!!
Sedapnya humang aiii.
Okay, aku bias. Sebab aku suka salted caramel.





Sambil ngopi, sambil bergosipan
(takkan aku nak cerita kot kitorang jumpa tu siap bertazkirah bagai).


Lepas tu, gatal pulak nak try coklat kat situ.
Ha..pilih..pilih. Jenuh rambang mata.


We ended up with Green Tea, Hazelnut Cluster, Caramel and apantah lagi satu. Sedap weh. Seketul tu AUD2. Hehe

Just a selfie pic of yours truly and Shifa masa on the way balik.





Friday, August 29, 2014

Agenda mengelentong adik undergrads


Tengah bulan aritu, I was invited to be one of the speakers untuk Postgraduate Forum organized by AUMSA, sponsored by AUG Student Services. Mula-mula tu aku malas nak terima. Bukan apa, rasa ramai lagi yang layak. Lagipun, kalau nak formal-formal, skema-skema... aku bukan la orangnya.

But after giving it a thought, aku rasa apalah sangat setakat nak share pengalaman yang tak seberapa tu. Lagipun bukan senang nak dapat peluang mengelentong adik-adik undergrads yang bijak-bestari-haiwan-apa-keris-di-kaki ni. Muehehe. Harus la kan? Semua terer-terer wo,  maklum la pelajar obersi kan?

So, at last aku pun setuju la. Janji boleh santai-santai, dan boleh mix BM & English.
Ye la, mak tak pandai speaking, nak. Skipping boleh la. Dulu masa kecik-kecik nak belajar bahasa omputih, orang tak bagi sebab bahasa penjajah. Hewhewhew.




 The event was held at Lower Napier, started at 6pm.


Registration counter. Haipp..haip..
Orang dok tunggu nak register tu, dia sengih kat kamera pulak!


Standard la kan, seats yang betul-betul depan memang orang tak duduk. Hahaha. Very the Malaysian!


Acara goreng-menggoreng pun bermula.
Ainul did a great job, as the moderator. Senang la Christina, Syahr dan aku nak merapu. Nasib baik takde postgrads (or wakil MyPSA) lain datang. Kalau tidak, menyesal diorang hantar aku sebagai salah sorang wakil. Muehehe


Hehehe. Cer korang compare gambar audience yang tekun ni...

..dengan gambar aku yang playful kat bawah ni.
Macam dua situasi yang sangat berbeza kan? Kihkihkih

Tapi tu masa topik serius.
Masa turn aku... siap keluar topik kawen, topik supervisor hensem... dan-dan cerlang bijik mata adik-adik semua. Hehe.

Christina very the cikgu-type. Siap lukis graph kat whiteboard.





Abis sesi forum, there was a short talk by the sponsor, AUG.



Lepas tu makan la, apa lagi?
Events macam ni, mesti la ada makan-makan. Tu daya penarik namanya.

Dan aku... Weehooo!!! Dapat ceklat!
Boleh gemok (lagi!)



Right before we left the venue, time aku selfie dengan Mai, kena photobomb pulak dengan Louis, presiden AUMSA. Hahaha


Food, fun, friends, farewell

Food brings friends together.
Kalau setakat roger kawan-kawan, nak jumpa...tak melibatkan makanan, mana la best kan?

Well, this one was a combination. 
Food, fun, friends, farewell.

Sempena BFFs were going back for good, so aku pun buat la makan-makan sikit kat rumah.

Soto in the house!
Tapi yang diraikan (Saz) yang tolong masak. Hehehe


Tapi takpe...sebab yang diraikan yang lain tolong makan.
Anep bajet bapak mithali gittew, dukungkan Zikry sementara Darwin nak makan. Ini semua propa.

 

Esa and Shifa.

Well, actually later in September, Anep dan Shifa akan datang balik...untuk habiskan sikiiiiiit je lagi tesis diorang. So, back for good ni, kira untuk Saz, Darwin and Esa la.


The friends I'd definitely miss.


Desserts time!!!!
Passionfruit torte and Belgian cheesecake. Humang aiiii....



Eh..eh.. Ni menyanyi ke, baca doa?





Shifa, the positive aura.
Anep, yang rajin layan aku merapu.


Lemak-lemak soto ngan cake pun takdan nak digest lagi, the following day aku keluar pulak dengan Shifa and Saz.
Standard la.... mengasah tekak. Start dengan 'Raya Specials' sampai la ke lagu-lagu favourite kitorang.


Then, lepak mengopi kat Nic & Rocco, Rundle Mall.


 Meriahnya macarons diaaaa... colourful!


Ishh..awat terasa muka bulat sangat ehhh?
Cer buat mulut ikan sikit...


Haa..next time kena buat aksi tongkat dagu, untuk mengcover ke'talam'an pipi. Hehehe.


Of all the macaorns, we picked salted caramel, peanut butter and berry apantah.
Nyummm!!!

Hmmm...lepas ni kurang la satu 'kaki' berjimba. Nasib baik Shifa will come back and stay for another 6 mths. Yay!

Nuffnang ads

My Heartbeat