Tuesday, July 31, 2012

My first fortnight in Adelaide

So, here we are. Dah dua minggu di Adelaide.
Obviously, sangat sejuk 12C sedangkan Brisbane cuma 21C (I miss Brisbane!)

Okay, as promised... ini adalah entry tentang dari mula keberangkatan aku pada 18 July aritu.

We were sent to the airport by some students, friends and family members.
Dear my students:- Wanie, Kirin, Farah, Myma, Yana, Wiwi, Izzati, Anas & Ayu, Shakir, Faisal, Ayun, Zahin.



Thanks korang. Siap tolong ngemas dan sumbat barang yang nak dibawak.
Sempat lagi bawak makan angin sampai Nilai (hahaha), sebelum sampai ke LCCT
(oh yes, we had to board AirAsiaX (KUL-MEL) and Qantas (MEL-ADL), sebab direct flights asyik penuh).


Lepas meng-check-in kan luggage seberat 87.4 kilo. Fuh. Nasib baik tak exceed 90!
Ada jugak yang minta sign 'autograf'. Hahaha. Malu-malu tenuk pulak si Anas nie.


Barang-barang adalah diangkut dengan menyalahgunakan kenderaan Jabatan. Hehe. Alaa..dulu BigRedCar pun pernah berkhidmat untuk Jabatan gak, so kira aci la kan.

TQ DOE friends (Nizam, Shahady) dan Afifi (USIM). Rupanya ramai lagi kengkawan DOE nak hantar, tapi tak dapat sebab clash dengan preparation untuk events.
That's alrite. It's the thought that counts.


PIL,Kak Mie & family, Angah.
Zeta & family pun ada. TQ dear- susah-susah u datang semata-mata untuk jumpa.

Those yang tak dapat hantar ke airport- Diah (takut terberanak kat airport.hehe), Abah & PakNgah... don't worry. I left with your prayers.

* * * * *

Sampai kat Melbourne (8.20 am). So since ada 4 jam lagi, kitorang relax-relax je.
I had some 'me time'...rekindling masa dolu-dolu when I told myself  "I am coming back to Australia with my family for my PhD".

So,aku bawak Lil Adam ke luar airport dan bagitau dia "Adam, we are now in Australia!"
Dia yang selama ni asyik sebut nak ke Australia, maka tersengih-sengih la dia macam kerang busuk.
Then, aku hembuskan nafas ikut mulut untuk tunjuk ada wap (or smoke as Lil Adam calls it). Hihihi...Memang jakun. Maklumlah...kat Brisbane dulu, tak la sejuk sangat macam ni.
Aku angkat dan spin dia... Hmmm...happynya!



Lil Adib pulak cas jadi Aussie, mengamuk xnak pakai jacket. Ahhh sudahhh...
Jenuh nak distract dia.





Melbourne Airport pulak blackout. Lama pulak tu. Jenuh tunggu, tapi power was still down.
So, MrHubby terpaksa la tolak dua trolleys full of luggages naik kat travellator tu.
Memang penat lah. So, jangan harap nak bergambar sakan.

Touchdown di Adelaide (1.55pm- Adelaide time), dah ada yang menunggu. Nasib baik sempat arrange airport pickup courtesy of the Uni of Adelaide.
So, we were brought to James St, Campbelltown. Rumah Abg Shibi dan Kak Surah.
We were warmly welcomed, siap dengan Nasi Ayam dan teh tarik. Fuh...best la!







---insert pix later---



Abg Azul pun ada... and later that day, Abg Sayuti dan Kak Wan pun datang.

For the next few days, kitorang menumpang kat rumah Abg Shibi.
Selain rehat menghilangkan jetlag, sempat la kitorang inspect rumah dan buka akaun bank.
Lil Adam & Lil Adam ok je. Adapting well.
Lil Adam geng dengan Zakwan, tapi Lil Adib dengan Zaim jenuh sikit la..sebab dua-dua anak bongsu yang dah biasa manja dan dimenangkan. Hahaha

---insert pix later---


 Hmmm... bila difikir-fikir balik, ironi sungguh.
Genap 6 tahun lepas terma scroll masa konvo di UQ, tahun ni (Friday, 20 July 2012)- aku menjejakkan kaki kali pertama ke uni.
THE UNIVERSITY OF ADELAIDE.
Di sini la aku akan 'berjuang' untuk bergelar Dr untuk 3,4 tahun lagi (ayattakbolehblah). InsyaAllah.

 

Jumaat tu, Aqilah & Faisal tolong bawa aku untuk registration dan tengok-tengok kawasan <--macam YB pulak, main tengok kawasan!

Haaa..jangan tak tau, aku buat PhD in Medic!


Huahuahua. Bagi chance la... Bila lagi aku nak prasantan kan?
Saja je propa kan?
Actually sebab Discipline of Public Health, Fac of Health Sciences dikira under Medic la kot.


Start Ramadhan...
Adelaide mula puasa hari Jumaat, walaupun most states start hari Sabtu.
Jangan la argue sebab apa. Dah masjid-masjid kat sini sepakat nak start hari Jumaat, so nak kecoh apa lagi kan?

Baru hari kedua puasa, Abg Shibi dan Kak Surah dengan besar hatinya hosted majlis berbuka puasa.


Kak Surah siap buat kuih ketayap tu. Aku tau la kuih tu tak susah mana pun nak membuatnya, tapi mengenangkan selama ni 'segalanya hanya di hujung jari-- tunjuk je, dan bayar'.. aku rasa nak tabik spring betul la.
Nanti aku nak cadangkan kat Anep the President untuk wujudkan kategori The Best Rumah Tumpangan Hospitality la. Confirm aku vote diorang ni. eh, undi adalah rahsia ekk?

Then, Gina (Meadow Ave) buat hari Ahad. Makan lagi.
Ehh.. bukan makan je. Tarawih dengan khusyuk dan tawadduk pun ada jugak la.
Tapi takkan aku nak mention...kang riak pulak.
Eh, did I mention? Kwangkwangkwanggg.

Balik dari rumah Gina, baru la secara official kami menghadapi MALAM PERTAMA di rumah sendiri. Hewhewhew. I mean, bermalam la weiii.

Monday 23 July, was my first date with Dino.
Alhamdulillah...
A fatherly figure, he seemed like a nice guy (eh, baik aku tulis dalam BM, takut dia terjumpa blog aku esok-esok..kan ke naya).


Kitorang bincang banyak perkara.
InsyaAllah workstation untuk aku akan disediakan tak lama lagi kat North Terrace campus ni. Strategic sangat sebab Hughes Building ni dekat dengan Hub Central dan Contact Centre tempat aku meng-online-kan diri sementara tunggu internet dipasang kat rumah.


Malangnya...lab aku nanti kat Thebarton campus.
Tak le jauh sangat. Boleh naik free tram je. Cuma satu hal la pulak aku nak kena travel lagi dalam 15-20 mins.
So, maybe next sem aku akan pindah ke kawasan lain pulak.

Wednesday 25 July, Dino bawak aku gi Thebarton, jumpa muka-muka yang bakal bekerja dengan aku...Sharyn, Joe dan Ganyck.
Harap-harap diorang ni helpful la. Maklum la, aku kan buah cempedak di luar pagar.

Lepas tu, gi 178 North Terrace pulak, dekat dengan MYER centre (Fac of Health Sc ni berterabur merata, actually).
Berkenal-kenalan dengan umat fakulti.  Ada yang friendly, ada yang err... Takpe la..yang tu nanti aku citer dalam entry lain, tentang orang-orang kat sini.


Malamnya pulak, kitorang dijemput berbuka kat White House. Hewhewhew. I mean, rumah presiden MyPSA..Haniff & Darwin.
Hebat-hebat betul orang Malaysia/Melayu kat sini.
Yang selama ni hanya kuih tunjuk (3 singgit), tetiba boleh masak sendiri.
Tiramisu la, puff la, kuih kemboja, kuih cara la...dan segala maknenek lagi.

Agak-agak nanti aku pandai tak buat kuih tu semua?
Pandai tu, maybe la. Senang je. Tapi, rajin ke aku?
*dush dush* #hantukkepaladidinding

Fine. Aku kan sepatutnya sibuk study, bukan memasak (hehe)
So, biar MrHubby je la yang mengasah bakat terpendam terendam dia tu. Haha

Oo..speaking of MrHubby, so far he's doing well. Jadi MrMama a.k.a 'househusband' la katakan.
Kena uruskan anak-anak, mengemas, masak, feed anak, cuci/sidai baju.

---insert pix later---

The first 2,3 days tu, kesian jugak la diorang bosan kat rumah.





Now that we have a jalopy (a reasonably good white Subaru) to bring us here and there, so kira panjang langkah la sikit. *sobs, tetiba rindu kat BigRedCar T-T

Aktiviti menarik kitorang every weekend adalah shopping.
Bunyi macam banyak duit la sangat.
Elehhh... garage sale or car boot sale je. Ngehehe

Eh, ok la...dah banyak aku membebel ni.
*lagu Najwa Mahiaddin YouGotToGo bermain di background*

Stay tuned.

Wednesday, July 25, 2012

Brrr..brrr...sejuknya. Blogging from Downunder


Salam.

Ta-daaaa...
Aicehhh.. actually there's a lot to blog about.

It's damn cold today...pakai gloves pun tetap rasa jari numb.
Yup, aku poyo siap pakai gloves walaupun di kampung halaman sendiri. Hahaha. Okay, sila juihkan mulut tu. But the fact is,  Aussie ni kira macam kampung sendiri la kan, walaupun dulu dok Brisbane, kali ni kat Adelaide.

Well, jap lagi nak gi Thebarton Campus with my supervisor, where I believe is gonna be 'my place' sepanjang 3-4 tahun kat sini.
So, okaylah... kang 'Abang Dino' ku ittew marah pulak sebab tak punctual.




I promise to blog about the departure and my first few days back in Australia in the next entry.
Till then, take care.
Mmmmuahhhh

Tuesday, July 17, 2012

Triple happiness




Yours truly is leaving Malaysia very..very soon..


Haihhh...Jenuh berkemas, packing segala toknenek, atuk moyang dan yang seusia dengannya... sampai terkorban weekend aku.


Anyway, kira berbaloi-baloi la jugak bila ada triple happiness.

Dah la visa dah approved, sekejap je pulak tu. Hewhewhew. Maka urusan flight ticket pun selesai.
Elaun pun dah masuk...maka secara tak langsung aku sudah menjadi kaya. Lagi dua posen je aku akan jadi setanding dengan Ali Baba yang kaya ittew.




Dalam pada kelam-kabut tu, aku dapat surat naik pangkat. So, now, official lah :)


Syukur sangat-sangat.
This must be berkat doa Abah, galakan daripada kengkawan, sokongan daripada students (besides usaha dan jerit perih sendiri la kan).


Lagi satu perkara yang menghappykan aku adalah... urusan aku sign-sign apa yang patut untuk beli rumah juga dah settle.
Alhamdulillah, at this age...MrHubby dan aku ada dua buah rumah dah.


Cuma aku sedih sikit la sebab lepas ni dah takde geng bergosip secara ilmiah cum geng makan di Pak Li Kopitiam. Sob sob.


And man, I am blessed to have the chance untuk pegi jumpa my favourite uncle/aunt (PakNgah and MakNgah)




Sempat la jugak aku pegi saloon.
Aicehhh...poyo je kan nak buat RAMBUT PhD. Huahuahua


Hajat di hati nak maintain rambut panjang, tapi atas dua sebab kritikal, aku tak jadi la....

Faktor 1: Haircut mesti mahal giler kat sana.
Faktor 2: Bila aku hello kat Liana Samsudin, baru aku terperasan...eh, cermin ropanya. Haahaha



Then, my former students, Nurul  belanja makan Tutti Frutti




And these last few days, I am blessed to get a hand from my students. Susah-payah diorang tolong mengemas.


For all those great blessings, I thank you, Allah. 

Saturday, July 14, 2012

Why bye?

Kata penyair, Abu Firas al-'Amiri (a.k.a Majd al-'Arab)

Berpisahlah, nescaya kau mendapat ganti orang yang kau tinggalkan. 

Mengembaralah di bumi ini, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalalanan itu. 
Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. 
Anak panah jika tidak meninggalkan busurnya tidak akan mengena sasaran. 

(fawat al-fawayat 3/87' beirut, dar al sadir)

Friday, July 13, 2012

Thursday, July 12, 2012

Pembayar roadtax tegar



Perghhh... Macam dia sorang je la bayar roadtax without fail kan?
Aku tengah bayangkan kalau dia nak jual kereta ni nanti, mesti buyer tu menyumpah-nyumpah nak kena kikis segala road tax stickers tu kan?




Ada 11 semuanya.



Ada la macam few people I know yang suka buat koleksi segala sticker kat windscreen kereta. Poyos gitu.
Segala sticker masuk ke Taman Perumahan, sticker company tempat kerja dia selama 6 tahun lepas,  sticker untuk Peraduan Shell, sticker untuk masuk konvo 3 tahun lepas,sticker Tesco, sticker untuk pertubuhan yang dia join, sticker parti politik...semua bersusun sampai co-driver pun dah takleh nampak jalan. 

Motif???






Fine. Dia pembayar roadtax tegar. 
Aku blogger tegar. Sebab tu aku gigih lintas jalan semata-mata untuk snap gambar ni untuk diblogkan. Heh.



Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 11, 2012

Tuesday, July 10, 2012

If u think u know what RETAIL means, think again :P


snapped somewhere dekat-dekat Jalan Haji Taib



PEMBORONG = WHOLESALE
PERMAINAN = TOYS

KANAK-KANAK = RETAIL??? 

Kadang-kadang ada baiknya Lil Adam tak cekap membaca lagi





Baru-baru ni, masa nak membeli baju untuk Lil Adam... I wanted to buy 2 of these stripey long sleeves. So, aku bagi la dia sendiri pilih.


Me: Adam, I want to buy you this green one and one more. Which one do you want?

Lil Adam: But I don't want this black and white TShirt. It looks like the bad guy.





Nak tersembur aku dengar ayat dia. Ye, aku faham.
Sebab selalu orang tunjuk banduan pakai baju belang-belang hitam putih kan? Atau maybe dia tak nak kelihatan macam Mat Kacau.




So, keluar dari FOS kids, masuk FOS untuk orang dewasa lak...tetiba dia ternampak baju ni...
"I love... errr... apa ni, Mama?"
 
 

 
"Aaaa...no, no. This is not for you." 
 dan aku cepat-cepat bergerak meninggalkan kumpulan baju-baju tu. Walaupun hakikatnya aku memang suka baju yang jenis says-it-all ni.
 
 
 
Masa aku gi conference kat Dubai aritu, aku ada belikan TShirt I LOVE DUBAI untuk Lil Adam. So, he is aware that  <3  tu adalah 'love' (or sometimes he refers it as 'heart').
Dan dia jugak dah belajar daripada Word World, double O sounds like 'u'.
 
 
Esok-esok kalau dia tanya aku, BOOBS tu apa? Boleh la aku jawab, tapi satu hal pulak aku nak fikir kenapa orang tulis macam tu kat baju.

Sunday, July 8, 2012

Kesian Ultraman tu..sampai terkelediang dibuatnya

Hahaha. Tengok la budak-budak ni...
Lil Adam and his cuz, Iman... menunggang Ultraman pujaan hati.



Excess load.. sampai terkelediang badan Ultraman tu. Mesti dia sakit pinggang lepas ni. Hahahaha


*terkelediang = meleding ke belakang (kamus Penang)




Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 7, 2012

Tallest cake in town?








Awal minggu baru-baru ni aku pegi port utama baju raya, Kompleks PKNS. Eh, maybe Kompleks PKNS ni jatuh no.2 kot selepas Jalan TAR, KL.
Sekali...kat podium tengah tu ada buat jualan amal kek!
Humang aiii...
Tinggi nak mamfus sampai mencecah sawang labah-labah kat bumbung Kompleks tu haaa.... 

Lil Adam ni posing ala Statue of Liberty ke, ala Ultraman, aku pun tak tau la...

Tercari-cari gak aku, jualan amal untuk sape. Adakah untuk orang yang bernama Amal? (okay, tak lawak)
Ooo...Ni ha...
Persatuan Kebajikan Rumah Perlindungan Teratak Nur Insan, KL dan Selangor.
Kek setebal yang abang tu potongkan (hampir penuh bekas chiffon cake) baru RM5.
Tapi aku beli kecik je, besar tapak tangan. Baru dua hengget.
Tu pun sebab saja suka-suka nak makan... 
Tapi Lil Adam punya tak sabar nak makan kek tu... sampai tak senang duduk aku nak try baju raya. Kehkehkeh
Malu-malu abang ni berposing. 
Dah la kat leher tergantung kad manila besar (ala-ala Marjina nak kena jual, sebelum dibeli oleh Kassim Baba) bertulis "JUALAN KEK AMAL 5pm 2/7/12"
Dia baru je marah kat kawan dia "Kau jangan berani ambil gambar aku!" 

Lepas tu aku kata "Saya amik, boleh kan?"
Hahahaha. Tersiput-siput terus dia.
Sekali lagi aku lalu...masa dah lepas maghrib gitu...
Kek dah banyak terjual...Tingkat yang bawah-bawah la.



Tu yang tengah tu..yang berbaju putih tu kira flavour paling sedap la kot. Hehe. 
Lupa lak aku nak tanya yang tu sepotong berapa hengget. Kuikuikui

Friday, July 6, 2012

Alkisah mencari winter clothing






Dua tiga minggu kebelakangan ni, kerja aku adalah menghabiskan duit. Beli itu ini. Bayar yang tu, yang ni.
Wahhh..bunyi macam orang kaya je. Sebenarnya tepuk dahi bila kena bayar macam-macam. Hahaha


Antara benda yang aku beli adalah LONG JOHNS (thermal inner wear).
Kalau nak diikutkan, dulu masa kat Brissy, it wasn't that cold. Kata Aussies la. U can see all the mat-salehs wearing a jumper and bermuda pants selamba jer berjalan di uni. Maka sudah tentulah menjadi satu kemaluan yang besar untuk aku pakai tebal-tebal yang amat...walaupun hakikatnya memanglah insulator layer aku (lemak) masa tu tak berapa nak ada.


So, when I was in Brissy, long johns wasn't that helpful for me, and wasn't that relevant for the mat-salehs.
This time, although it is down to the south (Adelaide), and I was told the temp is between 7-15C (lebih sejuk drp winter sebelum-sebelum ni)---haaa..ni le akibat global warming dah jadi global cooling.--
maka aku rasa perlu juga la aku ada penebat yang ampuh untuk menggantikan lemak-lemak aku yang tak seberapa ni.


I was lucky to meet Gina and Hairizan, a couple yang kebetulan sekarang balik bercuti. So dah banyak jugak la aku tanya dengan diorang, esp tentangwinter clothing.


Dari Universal Traveller, ke Winter Time...ke Going Places...ke segala kedai baju winter kitorang pegi.


And I found this useful info...
 

 18C and above
wool coat or sweater

10-17C 
long john + sweater + jacket/wool coat


5-10C 
long john + sweater + winter jacket/wool coat +gloves + hat + scarf + wool socks


Below 5C
long john + sweater + down jacket +gloves + hat + scarf + wool socks







Niat aku nak survey long johns je la. 
Cuma kena cari jaket untuk Lil Adam dan Lil Adib.
Aku ada banyak lagi trench coat dulu, dan ada yang Abah bagi tak sempat pakai pun lagi.


Akan tetapi....TIBA-TIBA...


jeng jeng jeng


Masa kat Sunway Pyramid, MrHubby telah me'rachun' aku...
"Tengok ni Mama. Lawa kan jaket ni. Try la..try la.."


Haishhh...meleleh ayaq lioq aku.
MrHubby dah tau sangat taste aku macam mana.








 Lepas try, siap dia ajak anak2 bergambar sekali. Hahaha. Baek punya rachun.
Dengan Lil Adam tunjuk thumbs up ala-orang-MLM


 Dan sudahnya... sekarang ni, jaket tu pun ikut aku balik. Ngeh ngeh ngeh.




Ehhh?
Bukan tadi nak beli Long Johns je ke?
Ye la..ye la...


Lepas tu, aku memang pegi beli Long John pun..kat Going Places, SACC. 
Sekali dengan muffler untuk Centa aku yang berangan ala video klip Kembali Senyum -Izwan Pilus.
Cer korang tengok...tone purple ke, tone merah oren yang lawa untuk lelaki?






(ni sengaja aku pair dengan jaket itam kat kedai tu, sebab jaket MrHubby memang kaler hitam)


Last-last aku beli yang merah oren tu.




Untuk anak-anak???

Uiii..mesti la ada. 

Lil Adib dapat BabyGAP jacket dan Lil Adam punya Lacoste jacket.
Nanti kat sana la baru upload gambar. Kang basi dah semua orang dah tengok (macam jacket aku...huhu)



Nuffnang ads

My Heartbeat