Awal minggu baru-baru ni aku pegi port utama baju raya, Kompleks PKNS. Eh, maybe Kompleks PKNS ni jatuh no.2 kot selepas Jalan TAR, KL.
Sekali...kat podium tengah tu ada buat jualan amal kek!
Humang aiii...
Tinggi nak mamfus sampai mencecah sawang labah-labah kat bumbung Kompleks tu haaa....
Lil Adam ni posing ala Statue of Liberty ke, ala Ultraman, aku pun tak tau la...
Tercari-cari gak aku, jualan amal untuk sape. Adakah untuk orang yang bernama Amal? (okay, tak lawak)
Ooo...Ni ha...
Persatuan Kebajikan Rumah Perlindungan Teratak Nur Insan, KL dan Selangor.
Kek setebal yang abang tu potongkan (hampir penuh bekas chiffon cake) baru RM5.
Tapi aku beli kecik je, besar tapak tangan. Baru dua hengget.
Tu pun sebab saja suka-suka nak makan...
Tapi Lil Adam punya tak sabar nak makan kek tu... sampai tak senang duduk aku nak try baju raya. Kehkehkeh
Malu-malu abang ni berposing.
Dah la kat leher tergantung kad manila besar (ala-ala Marjina nak kena jual, sebelum dibeli oleh Kassim Baba) bertulis "JUALAN KEK AMAL 5pm 2/7/12"
Dia baru je marah kat kawan dia "Kau jangan berani ambil gambar aku!"
Lepas tu aku kata "Saya amik, boleh kan?"
Hahahaha. Tersiput-siput terus dia.
Sekali lagi aku lalu...masa dah lepas maghrib gitu...
Kek dah banyak terjual...Tingkat yang bawah-bawah la.
Tu yang tengah tu..yang berbaju putih tu kira flavour paling sedap la kot. Hehe.
Lupa lak aku nak tanya yang tu sepotong berapa hengget. Kuikuikui
waaaaa ase nak curi kek tu :D
ReplyDeletemcm x hygenic je org yg panjat tetingkat kek tu, erk...
ReplyDeletebtw, best nya zaman2 awal nak fly. excited + nervous. teringatttt betul la... the coat looks very nice on you. 7-15C in the winter tu kira okay la. skang kat UK it's supposed to be summertime, tp 15C during the day. nasib natural insulation cukup hehehe (pujuk hati yg lemak2 itu ada guna nya)
aahla ada ke org nak beli pulak kek yg atas2 sgt tu? susah pulak nak kena panjat2.
ReplyDelete