Friday, May 25, 2012

Oh My English

I love it so much when Astro comes up with the Oh My English series. The clips are so catchy.


Lil Adam suka sangat yang "Open the Fan" tu.


Paling aku suka, yang student nak minta chop tu. Memang terbaekkkk lah! Sebab banyak sangat students aku yang masih guna such terms.

"PUAN, NAK MINTAK CHOP."

"MADAM, TOLONG CHOP SURAT NI BOLEH TAK?"


Aku pernah terfikir nak bawak pisau pemotong daging je dan "chop"  betul-betul dokumen diorang yang datang minta chop. But my main concern is... WHAT IF THEY DON'T GET THE JOKE? (Hahaha. So lame!).


Lagipun, aku kan berhati mulia (aicehhh)... Kang dah aku betul-betul CHOP surat/borang/dokumen diorang tu macam Harun Salim Bachik buat tu, kesian la pulak dia nak kena print/fotostat balik. Hahaha.

Kena pulak kalau kena dekat budak yang jenis 'benteng akhir-negara-yang-cas-hebat-memperjuangkan-hak'... sikit-sikit mengadu kat FB Dato VC.

Dah la tak nak admit kebodohan sendiri, ada hati nak tunjuk kerek. Duhhh.. IPT students nowadays!!!


Satu hal la jugak.. sebab sesetengah dokumen rasmi pun memang masih tulis 'tandatangan dan chop rasmi'.

Chop ni is actually perkataan dari Bahasa Cina. Agaknya it is awkward to use the correct terms---setem/ stamp... Sebab nanti ada orang ingat kena beli setem kat Pos Malaysia pulak. Haru.


Aku suka sarcastic guna ayat "What croc/clock now?" bila sembang dengan DrWan, to actually ask "What time is it/What's the time now?"...sekadar nak perli orang tertentu je.

Dan aku selalu buat-buat sebut DETERMain (read: determine) dan THAT'S MEAN untuk perli orang yang masih buat kesalahan oh-my-english tu. Tapi aku takut lama-lama jadi habit, aku terrrrguna ayat tu pulak untuk English conversation... Naya je.

Tapi, former lecturer aku yang dulu pronounce 'determain' tu sejak balik dari buat PhD, dah reti sebut 'determine'. Aku rasa kat UK, ada matsaleh tegur dia kot. Heh.


Lagi satu... Lately aku tengok ramai orang suka guna ayat "I is..."

(e.g. I is happy. I is on the way to the party).

Bajet cute la tu...

Cuba korang bayangkan kalau aku pun gedix nak bajet cute dan buat ayat "I IS ISABELLE IS." Confusing kan?


*********************************************


#Tetiba teringat Jiji's (my ex-student cum adik angkat) tele-conversation with her Mama masa kitorang keluar lunch.


Jiji: I'm going out with my lecturer. Alaaa.. my supervisor.


Mama: Is she Is?


Jiji: Yes, she is Is.


And..it left Ayah yang tengah dengar conversation tu jadi blur/confused.


Ayah: Who is Is?


...and Mama had a hard time explaining to him..


*********************************************


Well, maybe Astro should post other clips too. Yang common disalahgunakan... e.g the use of

-THAT'S MEAN (you are the mean one, for using broken English)


-MORE BETTER (dah more, better lagi.


-BORING (oh pls,get a life)


-CONGRATES (bajet cool la pendekkan terms? Salah la wei)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 24, 2012

My 3 boys

Said Lil Adam...


"Mama, I have a heart here (*touching his chest). U dont be angry at me or I will have (a) broken heart. Nanti I will not buy you anything..." @_@


Lil Adib...


Konon rajin study :P


My Cinta...


Melts my heart with the blooming lilies <3


Life is full of blessings.

Alhamdulillah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 22, 2012

Misinterpreting airlines signages. Hehe


Specially for my beloved sister, Ryna Ismail.
Agak-agak kalau aku jawab macam ni masa test lepas training tu...boleh tak aku jadi cabin crew macam hang? Hehehe

Interpreting airline safety guidelines

Monday, May 21, 2012

Perangai orang berurus niaga :P

MrHubby telah sekian lama berbisnes kamera DSLR dan aksesori kamera (lens, speedlight, etc) secara online. Sejak beriklan tu, sepuluh kali sekejap ada orang sms, tanya itu ini.
Yang senang deal, Alhamdulillah la. Ada yang sanggup naik bas ekspress, turun belek barang, bayar duit dan immediately naik bas balik ke Johor.

Kalau kena yang lorat, lepas sms tanya itu ini... jumpa masa deal, tanya soalan sengal. Kalau COD (cash on delivery), boleh lagi la nak explain.
Masalah besar adalah bila pernah ada customer-ketaq-takdandan-yang-tak-faham-prosedur. Okaylah, aku bagi contoh...
Ada yang nak transfer duit half dulu, pos barang, dah terima barang nanti, baru dia nak transfer duit lagi separuh.Erkkk! Mana punya kaedah muamalat dia belajar, aku tak tau la. Dia tau risau dia je kalau laki aku tipu. Dia tak fikir yang peniaga/advertiser risau kalau dia tipu tak bayar full lepas dapat barang. Sengal!


Ada yang siap nak call masa MrHubby kat rumah, untuk make sure yang laki aku ni memang real (dengar suara anak kat background). Whatthe...
Ada yang dah deal bagai, harga pun dah fixed sebelum jumpa... tiba masa nak COD, buat-buat tak cukup duit pulak. Bukan tak boleh nego harga, tapi kalau awal-awal dah setuju, jangan la buat perangai macam tuuuut cenggitu.

Aku faham la, jaman sekarang ni ramai penipu. Tapi, kita ni nak cari rezeki halal... dan tak la bodoh sangat sampai sanggup biar orang blacklist nama.

Okay itu pasal urusniaga MrHubby.



Recently, aku ada mengiklan kat satu website ni. So dengan tak semena-mena, aku menjadi sungguh fofular. SMS masuk bertubi-tubi. MrHubby pun kata aku ni ala-ala businesswoman berjaya gittew. Harharhar.

Dalam iklan tu, aku ada tulis 'PRELOVED'.
Tapi tetap ada manusia-manusia sengal yang bertanya "Ni baru ke used ye?"

Adoiyaiii...rasa macam nak luku-kepala-secara-maya je. Kau faham ke tidak maksud perkataan PRE-LOVED???
Ada yang tanya "U kat area mana ye?" walhal terang-terang gak aku dah mention dalam iklan tu. Haihhh....Agaknya diorang malas baca kot.

BTW, korang baca ke nombor kat atas tadi tu? Ke termasuk dalam golongan malas baca gak? Hahaha :P



Well, baru benda kecik macam tu pun aku dah pot-pet-pot-pet.
No wonder la MrHubby cakap "Mama ni memang tak boleh berniaga la..."

Hmmm...kata orang... 
BANYAK UDANG, BANYAK GARAM
BANYAK ORANG, BANYAK RAGAM.
meh aku sambung... "BANYAK CEKADAK, AKU GERAM.

Hehehe.

Friday, May 18, 2012

A promise to fulfill after 30 years



That's the Story Bridge, Brisbane.
The same bridge, at night.

Cantik kan? And it's romantic too.

Well, just like the name... I have a story behind it too.


It was Winter 2005. MrBoyfriend (then) came to visit me and we walked on the bridge together.
There's an old couple in front of us.
Holding hands.
Walking slowly, letting others to overtook them.



That's the moment MyBoyfriend and I made a promise that suatu hari nanti (after 30 years of ups-and-downs together) we'd go there again... just to walk together hand-in-hand like the couple, rekindling the younger years.


Korang pulak.. Have u ever made such promises with your other half too?
Walaupun tak tau akan tiba tak ...(hayat masih ada atau dah bertalkin di sisi nisan, half-way dah bawa haluan sendiri -nauzubillah) tapi tak salah kalo kita buat satu janji macam tu. Kan?





Thursday, May 17, 2012

More reasons

Guilty.
Okay, aku bersalah membiarkan blog ni bersawang ada la dalam sebulan lebih. Sampaikan masa aku buat 'silent note'...ada student yang komen yang dia tak suka sebab aku dah lama tak update. Aicehhh...bajet retis lettew :P

Well, I have been busy la actually, bukan apa pun. Ada keje-keje penting yang perlu disetelkan. Tapi dalam minggu ni aku rasa macam dah boleh bernafas sikit.

Memandangkan semalam sampai pukul berapa pagi ntah mata aku tak boleh lelap, maka aku pun bangun dan listkan segala apa yang dok berlegar-legar kat kepala aku (hahaha..bagus! Bukan nak solat tahajjud! :P)

Lepas tu, aku terfikir, how happy I have been lately...which means that now I have more reasons to be grateful.

The latest is...
MrHubby came back in one piece (from outstation @ Redang) ---jeles I tau.Rindu nak snorkeling.

Dan petang semalam jugak, I got a bouquet of lilies from him. Bukan sempena Mother's Day, bukan sebab Teacher's Day. Saja-saja dia nak bagi. Bunga pojaan punya pasal, maka hati aku pun terus kembang macam rambut Rosmah. Ehhh?





Earlier yesterday...I got Teacher's Day wishes from my dear students.Ada yang subuh-subuh sepi'ee dah Whatsapp, ada yang wish dalam kelas, by sms, Facebook. Bukan je students sekarang, tapi jugak my ex-students yang dah 5,6 tahun tak jumpa. How thoughtful!


Lepas balik dari lunch... ada pulak selambak surprise atas meja.
A beautifully written card, a white rose and a box of sugar untuk bagi kena potong kaki (Big Apple donuts). Hehehe. That was so sweet of my students... Kirin, Farah, Myma, Anas & Faisal. Thanks... XOXO


Aku ingat lagi few years back, boleh kira je berapa ramai yang ucap. Maybe sebab diorang rasa Teacher's Day is for cikgu-cikgu sekolah.
Winie pun ada complain kat aku, kata takde sapa pun wish dia. I blamed it on her. Sapa suruh dia sendiri kata "I'm not a teacher." Hahaha.
Dah tu, dia tak tau pun bila Teacher's Day. Aku yang gedix lebih ari Isnin aritu tanya -apa yang dia siapkan untuk cikgu-cikgu anak dia... dan bawak dia gi beli barang.

Aku?
As usual la...bab-bab crafting ni memang 'makanan' aku la. Suka sangat aku spend masa nak buat (tetiba rasa syoknya kalo jadi cikgu tadika).

Aku dan Lil Adam buatkan handmade card ni untuk teachers dia kat Little Caliphs. (yang ni page luar je, page dalam saja aku tak tunjuk)


Dan yang ni untuk nursery Lil Adib (a.k.a. Lil Adam's former nursery).


Dua hari lepas gak, ahli keluarga aku bertambah.
SIL gave birth to a babyboy. Tengok ni...siap dengan jari tenggek tepi dagu.

Maka sekarang cucu-cucu Abah dah jadi 8 orang. Semua lelaki, sorang je pompuan (yang sulung).

My Mother's Day this year was a quiet one. MrHubby left me a card before he flew off to Redang.


Tengok la aku ni..dari tadi menaip... tapi sekali pun tak sebut lagi.

ALHAMDULILLAH.

Kadang-kadang kita ni (ke aku je?) terlalu syok tenggelam dalam nikmat hidup yang smooth sailing, sampai terlupa nak bersyukur.
Yang kita tau, bila ada masalah...baru nak minta doa.
Nak lagi teruk, bila penat banyak keje...kita mengeluh, pot-pet pot-pet.

Fine, aku la tu   T-T

So, korang pun..jangan lupa banyakkan bersyukur tau... supaya Allah tak tarik balik nikmat tu.
Sekian pesanan penaja untuk hari ini.



Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 13, 2012

Oh no, my little darling.

Happy Mother's Day to all mommies.


Upon seeing this pic, Lil Adam said "Mama,i wanna give a sweat for u."

Oh honey,it has a very totally different meaning (please dont).Hahaha

#grammarnazi


Published with Blogger-droid v2.0.4

Nuffnang ads

My Heartbeat