MrHubby telah sekian lama berbisnes kamera DSLR dan aksesori kamera (lens, speedlight, etc) secara online. Sejak beriklan tu, sepuluh kali sekejap ada orang sms, tanya itu ini.
Yang senang deal, Alhamdulillah la. Ada yang sanggup naik bas ekspress, turun belek barang, bayar duit dan immediately naik bas balik ke Johor.
Kalau kena yang lorat, lepas sms tanya itu ini... jumpa masa deal, tanya soalan sengal. Kalau COD (cash on delivery), boleh lagi la nak explain.
Masalah besar adalah bila pernah ada customer-ketaq-takdandan-yang-tak-faham-prosedur. Okaylah, aku bagi contoh...
Ada yang nak transfer duit half dulu, pos barang, dah terima barang nanti, baru dia nak transfer duit lagi separuh.Erkkk! Mana punya kaedah muamalat dia belajar, aku tak tau la. Dia tau risau dia je kalau laki aku tipu. Dia tak fikir yang peniaga/advertiser risau kalau dia tipu tak bayar full lepas dapat barang. Sengal!
Ada yang siap nak call masa MrHubby kat rumah, untuk make sure yang laki aku ni memang real (dengar suara anak kat background). Whatthe...
Ada yang dah deal bagai, harga pun dah fixed sebelum jumpa... tiba masa nak COD, buat-buat tak cukup duit pulak. Bukan tak boleh nego harga, tapi kalau awal-awal dah setuju, jangan la buat perangai macam tuuuut cenggitu.
Aku faham la, jaman sekarang ni ramai penipu. Tapi, kita ni nak cari rezeki halal... dan tak la bodoh sangat sampai sanggup biar orang blacklist nama.
Okay itu pasal urusniaga MrHubby.
Recently, aku ada mengiklan kat satu website ni. So dengan tak semena-mena, aku menjadi sungguh fofular. SMS masuk bertubi-tubi. MrHubby pun kata aku ni ala-ala businesswoman berjaya gittew. Harharhar.
Dalam iklan tu, aku ada tulis 'PRELOVED'.
Tapi tetap ada manusia-manusia sengal yang bertanya "Ni baru ke used ye?"
Adoiyaiii...rasa macam nak luku-kepala-secara-maya je. Kau faham ke tidak maksud perkataan PRE-LOVED???
Ada yang tanya "U kat area mana ye?" walhal terang-terang gak aku dah mention dalam iklan tu. Haihhh....Agaknya diorang malas baca kot.
BTW, korang baca ke nombor kat atas tadi tu? Ke termasuk dalam golongan malas baca gak? Hahaha :P
Well, baru benda kecik macam tu pun aku dah pot-pet-pot-pet.
No wonder la MrHubby cakap "Mama ni memang tak boleh berniaga la..."
Hmmm...kata orang...
BANYAK UDANG, BANYAK GARAM
BANYAK ORANG, BANYAK RAGAM.
meh aku sambung... "BANYAK CEKADAK, AKU GERAM.
Hehehe.
hahahaa...setuju yg last tu...
ReplyDeletepenjual:
ReplyDeleteselipar jepun kalis air. warna: biru kehijauan. saiz 15 sahaja. rm480 (including delivery)
pelanggan:
1. nakkk!! berapa ringgit ye? pm price.
2. saiz 5 ada tak?
3. cantik. warna apa? boleh pos kan?
tu psl aku tak mo jd peniaga :p
ReplyDeletesalzahari,
ReplyDeletexlarat hadap mcm2 pe'el.
adihana,
exactly.so annoying kan
elissmie,
bagus..baik ko jadi org IT je.hehe
yes aku x baca no byk2 tu sbb aku pemalas. tp bab jual brg online alhamdulillah tak terkene lai....
ReplyDeletetak reti nak jual brg2 online. maybe sbb takde tahap kesabaran tinggi mcm yg lain. tapi org meniaga kat mana2 pun akan jumpa mcm2 jenis peel manusia. adatlah.
ReplyDeleteMacam aku yang berniaga, jumpa orang hari2. Perasaan nak duku diorang mmg senantiasa tersemat kukuh dalam jiwa ye. Dpt student super sengal, lagila jiwa.
ReplyDeletegini cabaran org bisnes huhu
ReplyDeletesamalah kita. geram dengan org byk cekadak. last2, belinya idak! huhu..
ReplyDeletemeniaga ni kna seribu kali sabar...tu oke lg..ada pengantin dh tempah pelamin bagai nk tema itu ini..tetiba nk kensel nk buat pelamin sendiri..boleh gitu?
ReplyDeletemacam2 peel manusia ni kan. dah terang lagi bersuluh lah kalau dok tanya itu ini... mmg nak kena luku jawabnya.
ReplyDeletesamalah kita
ReplyDeletekurang sabar
mmg cepat je panas bila org banyak cekadak..belinya tak pun
betul tu..kdg2 hangin je dengan org yang bertanya soklan yang dah terang2 kita mention kat blog siap2..adoyai
ReplyDelete